Hari ini kali ke 4 Abah membuat air penawar untk Ummi
Kali pertama Ummi buat sendiri, ke 2,3 dan 4 Abah juga yang membuatnya.
Semasa Abah buat ubat penawar dgn ayat2 Al-Quran , Abah akan mengambil satu ruang beserta air2 dan minyak zaiton yang disiapkan di hadapannya. Abah akan mengambil masa 2 jam lebih untuk membaca semua ayat2 dan doa2 yang berkaitan.
Masa yang lebih kurang sama Ummi ambil masa kali pertama Ummi membuatnya dulu....!
Kebiasaannya juga bila Abah dah mula membaca Ummi biarkan Abah dengan apa yang sedang dibuatnya...sehinggalah selesai.
Hari ini, 3/1/2010 Ummi sempat menunggu Abah sebelum Ummi ke sekolah. Hari ini semua pelajar asrama akan mendaftar semula. Esok merupakam hari persekolahan pertama tahun 2010. Pelajar2 tingkatan 2,3 dan 5 telah pun mendapat semua buku teks dan mendaftar semula untuk ke sekolah. " Wellcom & Back to School ".
Semenrtara Ummi menunggu Abah menyiapkan bacaan akhir doa2 dan ayat2 yang dibacanya, Ummi mencapai Buku Mohammad Lili Nur Aulia, "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna". Antara koleksi buku terbaru yang ummi beli semasa cuti..
Sesungguhnya Al-Imam Hassan Al-Banna merupakan seorang ayah yang menunjukkan kasih sayang yang amat dirasai kehangatannya oleh ahli keluarganya...! Namun mereka bersama tidak lama. Anak2nya hanya 15 tahun sahaja yang paling lama merasai kasih seorang ayah.....Al-Imam meninggalkan mereka buat selama2nya ketika masih amat muda. Ketika wafat umurnya baru 43 tahun....!
Sambil membaca Ummi mendengar Abah membaca ayat2 dan doa2 berpandukan buku yang Ummi beli dahulu sewaktu Ummi pergi ke Makkah menunaikan umrah tahun 2008.
Mendengar bacaan Abah hati Ummi terus menyebut," Masya Allah Azimm" . Ummi dapat merasakan betapa abah membacanya sepenuh hati dan penuh kasih sayang seorang suami kepada isterinya......
Abah...walaupun bukan lulusan IPT agama, bacaannya fasih......itulah antara sebab abah pernah dilantik menjadi salah seorang imam di surau penempatan kami.
Masyaallah...!
Namun hari ini baru benar2 ummi menghayati/merasakan betapa ' bersusah payahnya' Abah berusaha untuk menghabiskan semua bacaan ayat2 dan doa yang dikhususkan untuk pesakit 'cancer' ini....Sekalipun pengetahuan abah dalam bahasa arab minima, mungkin sebahagian ayat2 dan doa2nya abah tidak dapat menghayatinya maknanya sepenuh hati , tetapi disebabkan azam dan rasa ikhlas dan kasih sayang yang mendalam ini...digagahi nya menghabiskan semua bacaan2 itu. Ini bukan kali pertama tapi yg ke 4.....!!
Sekalipun Ummi jika membacanya lebih memahami & lebih cepat tetapi usaha ummi untuk membuat penawar sendiri kali ke dua dahulu hanya separuh jalan...selain gangguan anak kecil ummi, sebenarnya ummi merasa '''penatnya....untuk menhabiskan semua bacaan doa2 itu.....Moga Allah kabulkan doa dan harapan Abah ...moga akhirnya Ummi akan sembuh dari penyakit yang menguji Ummi ketika ini....
Inilah antara kelebihan abah yang ummi amat bersyukur dengan anugerah seorang 'suami & ayah'. Azam, Kesungguhannya & kasih sayangnya' amat ummi kagumi. Seingat Ummi sepanjang perkahwinan Ummi, Abah "pasti" akan menunaikan apa2 sahaja keinginan Ummi yang ia mampu sediakan . Kadang2 Ummi sudahpun terlupa apa yang Ummi telah nyatakan keinginan ummi kepadanya...tetapi bila Abah ingat dan dapat sediakan/belikan apa yang pernah ummi nyatakan dia tetap akan beli/sediakan. Seperti juga air untuk ubat ini, bibik telah menyediakan air tu hampir sebulan dulu, tetapi kesebokan Abah menyebabkan dia tidak berkesempatan membuatnya sehinggalah hari ini.....
Tak semena2 Abah menyatakan 'perasaannya' yg dia memang membaca sepenuh hati dan kasih sayang ketika membaca....walaupun Ummi tak menyatakan apa-apa kepadanya tadi...
Wajahnya berseri2..... senyumnya membayangkan kepuasan.. kerana merasakan satu kepuasan menunaikan hajat dan sebuah harapan yang tulus ikhlas...buat seorang isteri dan ibu kepada anak-anak abah...
Moga Allah mengkabulkan munajat dan harapan penuh tulus ini.....
Ummi nukilkan ini, moga anak-anak ummi terus bersyukur dan berbakti sebaik mungkin buat seorang ayah. Sekalipun abah bukan seorang yang sempurna dari kekurangan/kesilapan tetapi sesungguhnya amat banyak kebaikan abah dari kekurangannya....
Anak-anak Ummi yang dikasihi, syukurilah ia.Doakan kesejahteraan & rahmat Allah buat abah..

Terima kasih Abah
I'm love you & proud with You... so much...!!
Ummi Wardah
Bdr Puteri,
Klang.
3 Jan 2010
No comments:
Post a Comment