Monday, May 10, 2010

Malam Amal Raudhatus Sakinah

Ahnaf penyanyi solo salah satu Kumpulan Nasyid remaja yang turut menyumbang persembahan di Malam RS. Ahnaf merupakan anak seorang rome mate Ummi semasa di Cairo dulu...

Prof. Dr Harlina halizah sedang memberi ucapan aluan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah RS.


Sebahagian ahli JKP Wanita yang turut serta meraikan majlis, Pn Mariam, Pn Hjh Norhayati dan Pn Hjh Anfal.



Ummi bergambar bersama Pn Hjh Ir Endok Sempo Daeng Mat Tahir, sementara menanti kedatangan Yang Amat Mulia Bonda DYMM Sultan Mizan. YAM Syarifah Nong Al-Segaff.

Malam amal RS antara program gemilang wanita JIM untuk mengutip dana pengoperasian RS di semua cawangannya di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tahniah kepada Jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Pn Hjh Rosmawati yang berjaya menganjurkan majlis yang amat baik pengurusannya. Para tetamu setia menanti sehingga ke hujung majlis. Ditambah pula pengacaraan majlis yang amat baik oleh En Fitri dari TV3. Majlis berakhir sekitar pukul 11.00 malam.

Catatan Ummi Wardah.
SACC S.Alam.


No comments:

Post a Comment