Ukht Azizah seorang kakitangan UKM, bersama dlm tugas dakwah ini sejak awal beliau di IPT, selamat pengantin baru..
Tiga adik-adik Ummi serta 3 puteri Ummi, semasa majlis pelancaran IKRAM di Mines. Moga-moga kami terus bersama dari dunia hingga ke Jannah nanti juga dalam satu keluarga..
Bersama Ukhti Affa, yang sedang menyambung studi kedoktorannya di UK. Bertemu semasa jaulah ke UK tempoh hari di rumahnya di Loughbrough...
Ahli-ahli DPN Akhwat IKRAM dalam majlis pelancaran IKRAM yang gilang gemilang. Berdiri dari kiri;Dr Hafizah,Dr Niekmah,Ukht Affa,PM Dr Roohaida, Ukht Mahayati,Hjh Sumilah,Dr Azizah,PM Dr Harlina Halizah,Ummi, Dr Fauziah,Pn Hjh Nailah. Duduk dari kiri; Ust Arfah,Pn Hjh Kamaliah,Ust Maznah dan PM Dr Hjh Anisah.
Bersama Pn Khairiah Sujud, pengetua dedikasi SAMTSH, juga teman sekerja awal-awal Ummi bertugas sebagai guru.
Ust Rugayah Bahrun, classmate semasa di YPTIK Nilam Puri. Sejiwa dalam isu-isu penghayatan Islam dan perjuangan semasa di kampus 30 tahun dulu.. ditemukan semula baru2 ini ..Alhamdulillah... Moga ukhuwwah terus marak bagai dulu.. I.Allah kami sekeluarga akan menyantuni majlis walimah anakda sulung beliau Marhamah pada 12 Dis. di KK nanti..
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... ____________ _________ _________________ _________ _________________ _________ ___
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Ia tak lama lagi bulan ' Berniaga Yang berkat" datang lagi... Antara yg Ummi berazam menghabiskan sebelum kedatangannya nak habiskan tilawah Al-Quran yang baru sampai juz 27. Moga bila Ramadhan tiba nanti Ummi bisa memulakan tilawah dengan awal surah dari Al-Quran semula.... Moga azam menghabiskan tilawah 30 juzuk dikabulkan Allah...
Masya Allah 23 Julai baru berlalu... Tarikh bersejarah kerana Ummi mendapat maklum kesihatan Ummi pada tarikh itulah...Dr menyatakan " U just have one year for survive..if didn't took u'r surgession..". Ini berdasarkan pengalaman pesakit beliau pastinya... Namun...hingga kini, Allah masih memberi Ummi peluang untuk mengisi kehidupan ini....Alhamdulillah!
Moga Ramadhan yang bakal tiba Allah memberikan Ummi kekuatan dan keberkatan menjadikannya benar2 bulan berniaga yang menguntungkan... Ummi mohon diberikan sihat untuk terus mampu beramal & mendidik,membimbing anak-anak Ummi menjadi hamba Allah yang dikasihiNya.
Adakah benar anda seorang pencinta? ~ Picture by Yavorancho of Deviant Art
Saya banyak belajar akan cinta daripada sepasang suami isteri. Itulah dia Pakcik Rosdi Baharom dan Cikgu Maimunah. Setakat ini, dalam hidup saya, belum ada yang boleh mengatasi dua loving couple ini. Walaupun umur sudah melebihi 50-an, mereka sangat-sangat intim dan mesra.
Kalau setakat jalan pegang tangan, duduk dua-dua, ungkap ayat-ayat cinta, mungkin ramai boleh buat. Tetapi pasangan suami isteri ini bukan demikian. Yang membuatkan saya menyatakan tiada yang boleh menandingi mereka adalah apa yang telah mereka harungi, lalui dan korbankan dalam kehidupan mereka. Proses-proses yang mereka lalui, menjadikan mereka adalah mereka hari ini, sentiasa menjadi inspirasi dan aspirasi saya.
Sebab itu cinta untuk saya adalah tinggi dan mahal.
Kalau yang murah, itu bukan cinta namanya. Kalau yang kotor, itu bukan cinta namanya. Kalau bukan yang ke syurga, itu bukan cinta namanya.
Dari mereka berdua juga saya belajar bercinta dengan semua orang. Cinta rupanya tidak terbatas pada perempuan yang kita hendak bersama dengannya sahaja.
Dan bukan perempuan yang kita cinta itu sahaja kita hendak bersama dengannya sahaja rupanya.
Ada ramai lagi rupanya yang saya perlu bersama mereka.
Yakni bersama di akhirat sana.
Dan hari ini saya teringat akan cinta-cinta saya.
Cinta kepada Allah
Cinta kepada Allah? Ramai yang akan menjawab ya.
Bagaimana bentuknya cinta kita kepada Allah? Ramai yang akan terdiam.
Manifestasi cinta adalah amal. Taatkah kita dengan perintahNya? Sudahkah kita menjalankan suruhanNya? Apakah kita berusaha meninggalkan laranganNya?
Melihat kembali atas kehidupan ini, apakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh menjadi hambaNya?
Sedang Allah amat cinta kepada kita.
Mengapa kita khianati kasih sayangNya?
Terkedu saya seketika. Sungguh, malu rasanya menyatakan kita cinta pada Allah, dalam keadaan hidup jauh daripadaNya.
Jika benar mencari cintaNya, apakah yang kita usahakan?
Bukankah di akhirat nanti kita berharap untuk bersama Allah?
Cinta kepada Rasulullah SAW dan Para Sahabat serta yang mengikuti mereka
Bagaimana agaknya cinta kita kepada Rasulullah SAW dan para sahhabat serta mereka yang mengikuti mereka?
Tersengih. Biasanya agung sahaja mulut bicara akan kasih dan cinta kepada golongan syurga itu. Tetapi adakah perjuangan mereka kita sambung dalam hidup? Adakah apa yang mereka bawa kita junjung? Apakah yang mereka ajar kita sebar?
Tengok kehidupan dan nilai sendiri. Bukan suruh hitung orang lain. Saya mengajak kita melihat cinta kita yang satu ini pada diri kita sendiri. Bagaimana?
Pelikkan kalau kita kata cinta, tetapi tak buat apa yang dia suruh?
Geleng kepala. Sendiri tahu logika itu. Tetapi semua buat-buat tak tahu.
Macam mana agaknya cinta kita kepada mereka?
Main-main sahajakah? Mengapa kita tidak menaiki ‘kereta’ yang telah mereka naiki untuk ke akhirat?
Bukankah harapan kita agar di syurga nanti kita bersama baginda dan para sahabat?
Cinta kepada Ibu Bapa
Semua kalau bab cakap sayang ibu ayah, berbuih mulut mengaku. Sayang ibu bapa ini pada saya lebih dari sekadar salam cium tangan, tanya khabar dan tersenyum sahaja bersama mereka.
Sejauh manakah kita berbuat baik dengan mereka, itu satu persoalan antara kita dengan mereka. Tetapi pernah tak kita muhasabah, adakah kita memimpin ibu bapa kita ke syurga? Perasan atau tidak, mentaati ibu bapa itu adalah antara ‘tiket’ yang kita perlukan untuk ke syurga. Kalau ibu bapa kita bukan orang Islam pun, kita diwajibkan taat kepada mereka.
Tetapi sejauh mana kita memperkenalkan Islam kepada mereka? Sejauh manakah kita memimpin ibadah mereka? Sejauh manakah kita membina kefahaman mereka terhadap hubungan dengan Allah?
Pernah diusahakan? Bagi yang ayah dan ibunya mungkin memahami Islam pun, pernahkah anda mengurangkan bebanan mereka dari disoal di akhirat kelak dengan anda sendiri hidup dengan baik di atas jalanNya? Ya lah, kadangkala mak ayah kita dah baik. Kita yang tak baik. Nanti di akhirat, mak ayah kita disusahkan kerana terpaksa disoal mengapa kita ini tak jadi baik.
Kalau ibu ayah kita jenis buat dosa, atau hidup dalam ketidakfahaman Islam, pernahkah kita terfikir menembusi akhirat, apakah akan berlaku pada keluarga kita nanti?
Kalau saya, saya tak sanggup melihat ada ahli keluarga saya masuk neraka. Lagi la ibu bapa.
Kalau cinta, selain sayang dan kasih yang kita curahkan kepada mereka, selain taat dan patuh yang kita beri kepada mereka, adakah kita menghidupkan Islam dalam kehidupan mereka dan menjalinkan mereka kepada Allah SWT? Sebanyak mana kita berdoa agar Allah kurniakan ibu bapa kita istiqomah atas jalan Iman dan Islam?
Satu persoalan yang besar bukan?
Boleh perhatikan.
Atau anda tidak berniat untuk bersama ibu bapa anda ke syurga?
Cinta kepada sahabat
Orang kata, sahabat masa ketawa mudah dicari, sahabat masa menangis sukar ada.
Em, saya tak pandang besar bahagian ketawa menangis ni. Pada saya, bahagian yang saya pandang adalah bahagian: Sahabat ke neraka mudah dicari, sahabat ke syurga sukar ada.
Itu mungkin sesuatu yang besar untuk diperhatikan bukan?
Jangan pandang sahabat kita dan hitung mereka: Adakah sahabat aku ini seorang yang nak bersama aku ke syurga atau dia sekadar akan membawa aku ke neraka?
Jangan. Jangan dan jangan.
Tetapi pandanglah diri kita dan hitung diri sendiri: Apakah kita ini seorang yang nak bersama sahabatnya ke syurga, atau kita ini sekadar hendak membawa sahabat-sahabat kita ke neraka?
Maka lihat balik. Bagaimana kita berhubungan dengan sahabat-sahabat kita? Ke arah mana kita bawa sahabat-sahabat kita? Bila sahabat-sahabat kita melakukan kejahatan, apakah yang kita lakukan kepada mereka?
Kalau benar cinta, ke syurgalah destinasinya. Mustahil cinta itu adalah melempar orang ke dalam neraka. Mustahil dan mustahil.
Tidakkah satu kekurangan, sahabat rapat kita tiada bersama kita di syurga?
Tidak tahulah pada kamu. Pada saya, ia satu kesedihan.
Penutup:
Banyak lagi cinta, Dan asasnya satu.
Cinta yang kukuh, berasal dari asas yang kukuh. Untuk saya, saya tidak melihat asas yang lebih kukuh daripada keimanan kepada Allah SWT. Tidaklah saya cinta sesiapa atas nama kelab. Tidaklah saya cinta sesiapa atas nama negara. Tidak juga saya cinta sesiapa atas nama clan.
Cinta kita ini, kita kena bangunkan kerana iman kepada Allah SWT.
Allah suruh berkasih sayang. Allah suruh kasih mengasihi. Allah suruh kenal dan Allah suruh ajak kepada kebaikan.
Tanpa iman, kita tidak akan dapat bercinta dengan Allah dan RasulNya. Tanpa iman, kita tak akan dapat bercinta dengan serius terhadap ibu bapa. Tanpa iman, dengan sahabat kita hanya akan ke arah yang kotor dan hancur.
Banyak lagi cinta tidak tersebut oleh saya. Cinta kepada masyarakat, cinta kepada isteri dan anak-anak, cinta kepada negara dan cinta kepada bumi ini, cinta kepada akhirat dan sebagainya.
Tetapi kalau perasan, asas cinta adalah keimanan. Itu asas terkukuh.
RENUNGAN & TATAPAN BUAT ANAK-ANAKKU YANG DIKASIHI…!!
Kerana Antara Kita, ” Ada hubungan Fitrah dan kemanusiaan”,
NASIHAT & PERINGATAN BUAT RAKAN DAN TEMAN SEPERJUANGANKU YANG DIKASIHI....!!
Kerana Antara Kita, ” Ada amanah dan tanggung jawab yang sama”,
Buat anak2 Ummi yang dicintai:
UMMU HANI,NUSAIBAH DAN ASMA’
Ya ...dulu ummi juga ,
Jadi anak dan cucu,
Kini sudah jadi Ibu… dan Guru…,
SESUNGGUHNYA, ANTARA KITA, Sebenarnya,
Tiada apa yang lebih ...kecuali amanah dan tanggung jawab yang wajar ditunai,
Selagi ada hayat
Kerana Itu, adalah Amanah Allah dan Taklif tiap hambaNya.
Yang kita sebenarnya ” Tiada Pilihan ”.
Anak-anakku...!!
Antara kita juga sebenarnya,
Memilih sunnahhidup yang sama,
Menjadi penegak Agama yang Allah ridha,
Menjadi hamba Allah, tuhan yang sama dari awal hidup hingga ke mati,
Berdoa yang sama, bakal jadipenghuni Syurga di Akhirat nanti.
Moga dijauhi dari,
Menjadi penghuni Azab Allah yang tidak terperi.
Menjadi hamba Allah yang jahil dan lalai di dunia ini.
Tarikh: 7 Shawal 1428 H/19 Okt. 2007
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Anakda-anakdaku yang dicintai…!!
Ummi mulakan bicara kali ini dengan salam kasih yang menjadi Sunnah,
Kasih seorang ibu, yang syukur dengan anugerah Allah,
Anugerah gelaran mulia seorang ” IBU”,
Dua desawarsa yang lalu,
Alhamdulillah anakda ummi, semuanya anugerah Ilahi,
Yang dinanti kelahirannya
diterima dengan syukur dan setinggi puji pada Ilahi,
Menjadi pembelajaran dan ujian buat ummi,
Selama ini Ummi sentiasa sedar diri,
masih terus merasa menjadi ” PELAJAR”agar menjadi insan dewasa,
Ummi yakin inilah juga perasaan yang dikongsi,
Oleh Abah, ayahda anakda-anakda semua
Ya..kami terus merasa masih menjadi pelajar yang terus belajar dan menimba ilmu,
Untuk sentiasa menjadi seorang yang matang dan dewasa.
Tentunya kerana kami yakini perlunya kita terus mengambil pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat yang ada
Yang entah esok atau lusa pasti Allah akan menjemput kami juga akhirnya.
Pastinya Ummi telah cukup rasa gembira jika,
Tulisan inibisa menjadi tanda fikir dan renung buat anak-anak untuk terus jadi insan mulia, matang dan bahagia di sepanjang usia meningkat dewasa.
Namun untuk bisa jadi terus mulia hati dan jiwa, wajar kita melihat, berfikir bahawa dalam hidup ini,
KITA MASIH MANUSIA BIASA,ada tabiat diri, emosi dan kehendak nafsu, budaya yang dipelajari bertahun dahulu, yang merujuk kepada ’ kelemahan diri manusia biasa’.
Yang masih kadang-kadang bertingkah laku di bawah sadar, kurang daya kawalan, bahkan kadang-kadang bisa melanggar norma agama dan budaya, bahkan kadang-kadang melangkaui batasetika jugailmu yang ada.
Terjadinya ia kadang-kadang bukan tidak disedari, tetapi Ummi yakin itu adalah kerana kita sebenarnya masih manusia biasa yang diuji.
Justeru Allah mengajar kita ,
bila kita sedari maka sewajarnya antara kita saling bermaafan,
SABAR dengan kekurangan saudara kita, mengenang kebaikan saudaranya lebih dari keburukan atau kekurangannya.Moga dengan itu Allah akan mengampunkan pula kita dan menetapkan kita di kalangan mereka yang ditambah kebaikannya , dicukupkan kekurangannya dan digantikan atau dihapuskan pula keburukan yang telah dilakukandengan kebaikan yang dibuat selepasnya.Sebagaimana maksud hadis Rasullullah s. a.w. ,
” Sesungguhnya kebajikan yang dilakukan seorang hamba akan menghapuskan keburukan yang telah dilakukannya...”Sesungguhnya amat beruntungnya seorang mukmin di mana dia sentiasa mahu melihat dirinya dan saudaranya terus jadi orang yang berjaya dan melihat dunia di hadapannya dengan ” JAYANYA” ..............
Inilah gambaran yang Allah sebutkan dalam Surah Al-Mukminun ayat 1-11. .Bagaimana ia boleh terjadi demikian......kerana orang mukmin berjaya bila ia berjaya memahami matlamat hidup ini.
Hidup adalah ” Ujian, melalaikan dan permaianan atau games”. Dunia ini bukan matlamat hidup kita , ia hanya tempat melaksanakan amanah dan tanggung jawab, tempat kita diuji, tempat memperbanyakkan bekalan, untuk matlamat yang hakiki iaitu di Akhirat nanti.Namun sudah tentu untuk berjaya di Akhirat kita perlu menjadiorang yang berjaya dan memenangi tektik ” games” di dunia ini.
Kejayaan ini hanya akan dimiliki oleh orang yang suka belajar dan berilmu, Sabar dan berusaha tanpa jemu, bersedia menghadapi cabaran....,dekat hati dan tawakkalnya dengan Allah serta suka tolong menolong dan bermaaf-maafan dengan saudaranya..Jika tidak, benarlah seperti firman Allah dalam Surah Al-Asr yang maksudnya,
"Demi masa yang berlalu...ramainya manusia yang rugi kecuali orang yang tidak rugi itu ialah mereka yang beriman dan beramal soleh, dan sentiasa menasihati sesama insan perkara yang benar dan SABAR.
Nah , jika ini yang Allah minta daripada kita, maka Ummi menulis ini, tiada maksud yang lain daripada maksud dan tujuan ini.Semoga kita sentiasa dikasihi Allah juga. Kerana bila kita melihat kekurangan orang lain kita juga wajar memikir bahawa kita juga tidak sempurna sebagaimana saudara kita. Lantas tingkah laku kurang wajar yang berlaku, semuanya kesan dari kelalaian kita memenangi tektik ’ ujian dan games’ belaka. Jika kita sabar dan berjaya memahaminya maka berjayalah kita mengatasi tektik ”games” yang berlaku. Benarlah kata nasihat pantun Melayu kita:
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Anakdaku yang dikasihi...!!
Mengimbau peristiwa semalam...ketika ziarah ........
Di antara kita merasa kecewa , sedih dan lain-lain lagi.Pada ummi reaksi atau perasaan ini normal. Perubahan emosi yang berlaku yang dilahirkan melalui tingkahlaku pastinya juga normal.Yang berbeza ialah bagaimana tiap kita melahirkan emosi itu....Yang ini, pada Ummi tiap kita Allah memberikan kelebihan,kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri...
Apa yang abah tunjukkan dari reaksi ’ kecewa’ pastinya menyebabkan orang lain berfikir, dan akan beringat di lain ketika...Pengajaran pada kita semua yang menjadi orang terhampir, yang kadang-kadang merasakan ’ tempias’ dengan sebab yang berlaku, wajar Sabar dengan kekurangan sesama kita, bijaksana menghadapi situasi demikian jika berlaku lagi, bijaksana menjaga tingkahlaku atau pertuturan kita, dan yang penting didiklah diri kita menerima seadanya, fikirkan kebaikan dan pengorbanan Ummi & Babah yang banyak di lain ketika, yang telah atau yang akan dilakukannya.......................
Anakdaku...
Sesungguhnya kita kan menghadapi suasana yang lebih hebat dari sikap dan pernyataan emosi di luar kawalan oleh ramai lagi insan bila kita melayari bahtera kehidupan ini...si hasad, si pendengki, si pembenci , musuh dan sebagainya pastinya akan menunjukkan reaksi tingkahlaku emosi yang dahsyat......
Bagaimana nanti kita akan menghadapinya dengan ’ jiwa yang tenang, tabah dan SABAR” ...? Bagaimana nanti kita terus boleh membina kekuatan emosi dan minda yang terus bijaksana...? Dan..Roh yang gagah perkasa, walau kudrat sekelumit sahaja..Bagai sahabat Ar-Rasul bergiliran memegang panji-panji tentera di dalam medan juang yang suci, akhirnya...semua menjadi para syuhada’!!
Jika kita melihat seerah dan sunnah Ar-Rasul alangkah mulianya jiwa Baginda begitu pemaaf dengan kekurangan apatah lagi jika kerana jahil saudaranya.
Ikhlas jadi pemaaf perlu dilihat pada tingkah laku yang zahir. Paling utama rasa hormat, mohon maaf dan kekal komunikasi yang baik, juga terus mengukuhkan kasih sayang.
Panduan berikut Ummi perturunkan:
Jika marah, merajuk tidak berlama
Lebih tiga hari memutus silatur rahmi
Jika merajuk janganlah sms pun taksudi
Memberi salam, bertanya khabar janganlah dilupai
Ayahda dan bonda memang menanti
Anakdaku!!
Menjadi dewasa bukan kerana umur bertambah sahaja.
Membina diri, sedar diri, tambah kemahiran diri, tambah ilmu di dada, menbina kekuatan emosi dan ruhi, semua perlu dibina, dibimbing, dirasa dalam diri. Bila….? Ya masa umur muda remaja. Ia hanya fatrah masa hanya sekali .Perjalanan hidup yang panjang ini, perlu dijaga, dipelihara, penuh hati-hati. Kerana masa-masa itu hanya berlaku sekali dalam fasa kehidupan kita. Jadikanlah semua pengalaman dan peristiwa GURU paling baik menjadikan kita seorang ’ DEWASA YANG BERJAYA..” !!!
Increasingly, despite its early military and political successes, it appears that Israel cannot for long endure as a colonial project. It must choose between wars – and destruction – or transition to a state for all its peoples.
In order to firmly secure its existence – as firmly as that is possible for any state – a settler state has to overcome three challenges. It has to solve the native problem; break away from its mother country; and gain the recognition of neighboring states and peoples. It can be shown that Israel has not met any of these conditions.
Consider Israel’s native problem. In 1948, in the months before and after its creation, Israel appeared to have solved its native problem in one fell swoop. It had expelled 80 percent of the Palestinians from the territories it had conquered. In addition, with the rapid influx of Arab Jews, Palestinians were soon reduced to less than ten percent of Israel’s population.
So, had Israel licked its native problem for good? Not really.
The Palestinians inside Israel pushed back with a high natural rate of growth in their numbers. As a result, despite the continuing influx of Jewish immigrants, the Palestinian share in Israel’s population has grown to above 20 percent. Increasingly, Jews in Israel see Israeli Arabs as a threat to their Jewish state. Some are advocating a fresh round of ethnic cleansing. Others are calling for a new partition to exclude areas with Arab majorities.
The Palestinians expelled from Israel in 1948 did not go away either. Most of them set up camp in areas around Israel – the West Bank, Gaza, southern Lebanon and Jordan. In 1967, when Israel conquered Gaza and the West Bank, it could expel a much smaller fraction of the Palestinians from these territories. In consequence, with more than a million additional Palestinians under its control, Israeli had recreated its native problem.
Israel’s native problem has grown worse since 1967. Already, the Palestinians equal or outnumber Israeli Jews between the Sea and the Jordan River. In the years ahead, moreover, the Palestinian share will continue to rise.
Having run out of solutions – such as rising net immigration of Jews and ethnic cleansing – Israel has been implementing draconian measures to handle its native problem. With Egyptian collaboration, it maintains a medieval siege over Gaza; it neutralizes the Palestinians in the West Bank with the apartheid wall, expansion of settlements, settler-only roads, intimidation and humiliation of Palestinians, and military control over the Jordan Valley.
However, these remedies are creating new problems. They lend support to charges that Israel is an apartheid society not a democracy. As a result, slowly but steadily, Western publics are throwing their support behind the campaign to divest from, boycott and impose sanctions on Israel.
Has Israel broken away from dependence on its mother country/countries?
In the absence of a natural mother country, Zionism worked with surrogates. Quite a few of them. Indeed, there is not a Western country – including Russia in its previous incarnation as Soviet Union – that has not served as a surrogate mother country to the Jewish colonial project.
The Jewish settlers in Palestine lost the support of Britain – their leading surrogate mother – in the early years of World War II, but retained it long enough to create their own state. Over the next few years Israel took on several new surrogates, not counting the Jewish diaspora: including the Soviet Union, France, Germany and the United States. Starting in the late 1950s, however, the United States became the leading mother country to Israel. This was the result of a powerful dynamic largely directed by Israel and the Jewish lobby in the United States.
Over the years, the United States has subsidized Israel, armed it, allowed it to acquire nuclear weapons, and gave it immunity from the sanction of international laws. Under the protection of the United States, Israel quickly gained hegemony over the Middle East: it became a law unto itself.
Still Israel is not an autonomous state.
It could not sustain its current military posture without the annual military grant of some three billion dollars from the United States and the tax-free donations from American Jews. More importantly, without the US veto at the United Nations, Israel could not continue its occupation of the West Bank and the Golan Heights, its siege of Gaza, its pre-emptive wars against its neighbors, and its policy of assassinations against Arabs. In short, without US-backed immunity, Israel would become a pariah state.
Arguably, this dependence does not place Israel at risk, since it is primarily an artifact of the Israel lobby in the United States. Over time, however, as the damage that Israel causes to US interests filters to the American electorate, unqualified US support for Israel may be in jeopardy.
Finally, there is the question of gaining the recognition of its neighbors.
Israeli gains on this front are more apparent than real. The Arab regimes that have recognized Israel, or are eager and ready to recognize it, have little legitimacy. Should these regimes collapse, their replacements are likely to resume their early confrontational posture towards Israel.
This is not mere speculation. Under the despotic Shah Iran was friendly to Israel, but after the Islamic Revolution of 1979 Iran became an ideologically committed adversary of Israel. As the powers of the secular generals in Turkey have been clipped, Turkey too has been revising its friendly ties with Israel.
In recent years, Israel has been running into a new problem: the loss of legitimacy with growing segments of civil society in the Western countries.
Driven by the contradictions of an exclusionary settler-state, as Israel has ratcheted its violence against Palestinian and Lebanese civilians, as it has tightened its siege of Gaza, as it deepens its apartheid regime in the West bank, as it threatens to strips Arab Israelis of their rights, it has slowly called forth a new form opposition to its policies.
Angry at the complicity of their governments in Israeli crimes, segments of civil society in Europe, Canada and the United States have been moving forward with calls for boycotts, divestment and sanctions against Israel. Increasingly, despite vigorous opposition from the Jewish establishment, this movement has been spreading among academics, students, trade unions, church groups, dissenting Jewish organizations, and human rights activists. Some of them have been organizing convoys, over land and sea, to break the blockade of Gaza.
As the failure of Israel’s colonial project looms larger, its nervous leaders will increasingly seek security in new and more dangerous wars. Increasingly, Israel will become an intolerable threat – if it isn’t already – to the Middle East, the world, and no less to Jews everywhere. Zionism was founded overwhelmingly by secular Jews, but, in order to succeed, it created a new religious myth of Jewish restoration, galvanized messianic tendencies among Western Christians, and created the myth that Israel alone shields the West from a resurgent Islam and Islamicate. It will not be easy putting these genies back in the bottle.
Perhaps, the best chance of unwinding the Zionist colonial project lies with the Jews themselves. Only when liberal segments of the Jewish diaspora are convinced that Zionism endangers Jewish lives, only when they act to countervail the power of the Jewish lobby in leading Western societies, will Israel finally be moved to dismantled its apartheid regime. In the end, the alternative to this orderly dismantling of Zionism is a destructive war in the Middle East that may not be limited to the region. Whatever else happens, it is unlikely that Israel or US interests in the Middle East will survive such a war.
Semua kita ada nama.. Pasti kita juga amat gembira, bangga dengan nama yang indah yg telah diberikan oleh ibubapa kita...Betapa tidak...bayangkan tika ibubapakita menyambut kelahiran kita, pastinya hati keduanya amat gembira...
Jika pun takdir kita tidak sepeti yang Ummi nyatakan, ingatlah Allah dan para MalaikatNya dan alam seluruhnya pasti merestui kelahiran dan kewujudan kita... Justeru....syukurilah apa adanya tanpa kita mempersalahkan sesiapa lagi...
Yang pasti terimalah kenyataannyya.. Kita telah hidup dan wujud di dunia ini.. pasti Allah yang mentakdirkannya... Kita khalifahNya... Pasti kewujudan dan kehidupan kita bukan percuma... Tapi ia pastilah mengikut apa yang Allah kehendaki.. Oleh itu... Marilah kita terus bersama-sama menggali ilmu memahami diri dan tanggung jawab kita di DUNIA ini..!
Bercerita mengenai NAMA..ada cerita di sebalik nama kita sebenarnya...
Pernah bertanya ," Bapak kenapa bapa beri nama Ummi dan adik beradik yang perempuan ni ada Siti semua..?". Soal Ummi suatu hari ingin tahu.
"Dalam bahasa jawa Siti adalah ringkasan Syaiyidati. Sebab itu dalam kitab2 Agama yang di tulis dalam bahasa jawa membahasakan Syyidatina Khadijah , Syayidatina Fatimah dll dengan Siti Khadijah,Siti Fatimah dll. Bapak ingin nak-anak Bapak juga memiliki kemuliaan sebagaimana isteri Kanjeng Nabi Siti Khadijah dan anak-anaknya.. dll".Gitulah penerangan ayah panjang lebar bila Ummi bertanya. Lantas Ummi amat rasa bangga dengan nama yang diberi itu...
Namun agak melucukan Ummi kerana nama Ummi sebenarnya Emak dan ayah ingin memberi nama Maisarah tetapi ikut cerita ayah jadi Marhamah sbb ayah terlupa bila tiba di Balai Polis untuk membuat laporan daftar kelahiran. Namun semua ahli keluarga , juga orang kampung lebih mengenali Ummi dengan panggilan Maisarah/Sarah sahaja. Bahkan ramai teman sekampung amat terkejut bila di sekolah cikgu memanggil Ummi dengan panggilan sebenar seperti di dalam kad pengenalan....
Kini Ummi amat bersyukur setelah memahami Bahasa Arab rupanya Marhamah itu nama yang cukup INDAH! Dinukil di dalam surah Al-Balad....Selepas menghayati kandungan Al-Quran Ummi selalu berdoa moga Allah anugerahkan Ummi selebar mungkin bijana kasih sayang dan belas kasihan dalam diri sebagaimana indahnya nama Marhamah@ Kasih Sayang.
Moga Allah suburkan sifat mulia itu dalam diri Ummi selama hayat di dunia ini...Bukankah Ar-Rasul juga diutus kerana kasih sayang kepada Ummat ini....Nyata Baginda memang amat2 mengasihi umatnya...
Pengalaman indah Ummi kongsikan " Ada Apa Pada Nama" agar ada kebaikan darinya....
1- Pengalaman 1
Tika Ummi selaku siswi di IPT,(1978-1981) Ummi seperti rakan-rakan yang lain pastinya ramai rakan. Kebetulan YPTIK Nilam Puri Kelantan menjadi tumpuan siswa siswi Nusantara. Antara rakan karib Ummi, rakan perbincangan ialah Kak Rogayah. Kak Gai, itulah panggilan mesra di kalangan kami. Siapa yang tak kenal Kak Gai ketika di YPTIK ...Antara Freshie yang berani dan bijaksana.
Beliau orang Sabahan. Orangnya amat berkarisma. Kak Gai ada menyatakan yang dia suka dengan Ummi. Entah apa.. kelebihan Ummi , Ummi pun taklah tahu. Apatah lagi dengan sifat pemalu Ummi dulu semasa gadis, pasti Ummi pendamkan sahaja perasaan diri bila dipuji..
Selepas beliau menamatkan pengajian langsung berumahtangga. Ketika Kak Gai telah selamat melahirkan anak sulungnya Ummi menerima surat yang 'amat mengejutkan' Ummi. " Mar ...Alhamdulillah Kak Gai selamat melahirkan anak sulung seorang puteri. Atas suka dengan kebaikan Mar Kak Gai namakan anak Kak Gai ini dengan nama Marhamah..!Moga dia bakal jadi anak yang baik seperti kamu..".
Ummi amat rasa terharu selepas membaca surat yang telah dikirimkannya. Masa itu Ummi baharu sahaja bekerjaya sebagai guru di SAMTH pada tahun 1985.....Itu kenangan lebih 30 tahun dahulu..
Jun 2010......tanpa disangka2, setelah berpisah lebih 30 tahun...dengan kehendak Allah jua Ummi ditemukan semula dengan Kak Gai dan anakda Marhamah yang sudah pun berada di tahun akhir di UIAM..!! Semasa bertemu baharu2 ini Kak Gai sempat berjenaka, " Kan persis kamu ketika gadis dulu ..". sambil menunjuk kepada anaknya Marhamah....Dalam hati Ummi berkata MasyaAllah Marhamah junior...bertemu Marhamah Seniour...sambil kami berpelukan antara satu sama lain..
2- Pengalaman Dua.. Sekitar tahun (1990-1991) setelah berkerjaya selama 5 tahun sekali lagi Ummi menjadi siswi di IPTA. Kali ini di Lembah kelang UIAM, kerana mengambil Diploma Pendidikan sepenuh masa selama satu tahun. Ketika itu usia Ummi sudahpun 30 tahun..
Seperti bakal siswa/siswi yang lain kami perlu melalui ujian temuduga Bahasa Arab pada tarikh dan masa yang telah ditentukan...Juga seperti rakan2 yang lain, Ummi cuba mengingat semula Qawaid Bahasa Arab, sejarah sastera dan para sasterawan Arab dari zaman Jahiliyyah hingga ke zaman modern. Ini semua sebagai persiapan menghadapi ujian lisan kemasukan...
Hati Ummi agak 'kecut' bila beberapa rakan yang telah melalui ujian menyatakan betapa susahnya mereka di soal subjek2 lama ketika ditingkatan enam dahulu...! Mendengar ini semua hati Ummi semakin 'kecut perut' dibuatnya. Namun tawakkal mengatasi bimbang yang ada..Alhamdulillah!
Lantaran itu bila Ummi di panggil Ummi agak cukup bersedia dengan soalan2 jika ditanya subjek2 di tingkatan 6 dahulu. Kebetulan pula Ummi pernah menjadi guru mata pelajaran Bahasa Arab STPM beberapa tahun.. .. Pengalaman ini....Ia amat membantu untuk lebih bersedia.....!
Namun Ummi 'amat terkejut' apabila di soal hanya berkaitan nama Ummi sahaja....Penyoal bertanya , " Nama kamu cukup indah..nama kamu ada di dalam Al-Quran kan..? Soal penanya...." Beliau, seorang pensyarah berbangsa Arab Mesir berusia awal 40an. Itu agakkan Ummi sahaja.. "Ya..". Jawab Ummi dengan pasti. Ini kerana Ummi kebetulan memang hafaz surah tersebut.
"Adakah kamu tahu surah apa? dan adakah kamu hafaz surah itu?". Soalnya lagi.. Ummi lantas mengiyakan semua soalan2 .... Tambahnya lagi," Baiklah...kamu hafaz..kamu baca surah itu..". Ummi pun membaca sehinggalah ayat yang ada menyatakan lafaz Marhamah/kasih sayang itu...Selepas itu beliau mengatakan OK ..khalas anti! memberi isyarat selesai..! Ummi amat2 terkejut sehinggalah beberapa rakan bertanya apa kah yang ummi dapat/soalan yg dikemukakan. Ummi memaklumkan soalan saya amat mudah...
Hanya soalan itu lah sahaja Ummi disoal dan juga Ummi dimaklumkan berjaya mengikuti program pendidakan pula akhirnya....
Ternyata sepanjang tempoh Ummi menjadi siswi rupanya penyoal itu lah yang menjadi salah seorang pensyarah Ummi di kuliah. Ustaz Ahmad Hasyubah sudah agak berusia. Beliau seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan amat dedikasi di dalam tugasnya. Itulah yang kami para pelajar amat hormat dengan beliau.
Entah bagaimana ia bermula sepanjang menjadi muridnya ternyata ustaz amat baik dengan Ummi. Ummi sering bertanya banyak perkara di kuliah dan kadang2 Ummi berkunjung ke bilik pejabatnya.
Pelbagai cerita yang diceritakannya kepada Ummi. Beliau telah berpisah dengan isterinya, juga sewarga negara di Mesir. Telah mempunyai 3 orang anak perempuan. semuanya berada di negara kelahirannya.
Beliau pernah dipenjarakan beberapa tahun kerana penglibatan dengan Ikhwan Muslimun. Ketika itulah beliau berpisah dengan isterinya. Tidaklah diceritakannya kenapa ..Selepas keluar beliau merantau ke Filipina dan bertugas beberapa tahun di sana. Akhirnya ke Malaysia dan menyambung pelajaran di peringkat PhD. Seterusnya bertugas di UIAM...
Ketika Ummi dalam latihan beliaulah juga menjadi penyelia. Entah kenapa Ummi tak pasti kenapa Ustaz amat baik sekali khasnya dengan Ummi.
Ummi amat senang bila berjumpa dengan beliau kerana beliau suka membahasakan dirinya, Ayah kepada Ummi. " Maza turid min abiki Ya Marhamah". Begitulah ustaz selalu bila Ummi ke bilik pejabatnya. Ummi pula pasti akan bersama teman jika ada apa2 keperluan untuk berjumpa dengan ustaz. Namun kerana kelebihan ' lebih lancar berbahasa arab' Ummi selalu menjadi juru bicara bagi pihak teman2.
Kebaikan ustaz jelas ditunjukkannya sehinggalah Ummi telah tamat mengikuti program diploma pendidikan. Pernah sekali ketika beliau menyelia 'guru praktikal junior UIAM' di sekolah Ummi, ia beriya2 membawa kek yang dimasaknya sendiri katanya. Disuruhnya Ummi makan kek yang dibuatnya itu..
Selang beberapa tahun ustaz berkunjung lagi ke sekolah Ummi bertugas. Kali ini Ustaz bersama isteri barunya seorang pensyarah di UIAM. Agaknya ingin memperkenalkan isteri barunya. Seorang wanita Melayu lingkungan usia 40an juga.. Ketika itu ustaz nampak amat gembira sambil memperkenalkan isteri barunya yang berasal dari negeri Perak. Namun kini Ummi tidak pasti di mana ustaz berada...adakah beliau masih berada di Malaysia lagi atau telah ke negara asalnya...Ummi tetap berdoa moga Allah memberikan kebaikan kepada ustaz yang dihormati dan dikasihi atas segala kebaikannya kepada Ummi...Aminnn...!!