Monday, January 30, 2012

Diet rawatan

Pola Makan yang betul dan Makanan Sihat

Apakah ada sejenis nutrisi khusus yang dianjurkan kepada saya yg harus di makan?
Tidak ada makanan khusus yang harus anda makan. Hal itu sangat penting untuk sebuah kebaikan-pola makanan seimbang, salah satunya adalah makan makanan tinggi protein….contoh dari makanan tersebut adalah yang mengandung banyak protein seperti daging, ikan, telur, susu, dll.
  • Masak dan sediakan makanan anda dirumah. Hindari makan di luar. Orang yang suka makan di luar, mungkin akan depresi dengan hal ini, tapi sekali lagi kami katakan tidak boleh makan makanan dari luar (makanlah makanan yang anda masak di rumah sendiri) jika anda ingin menang dalam peperangan terhadap kanker. Alasannya sangat mudah, makanan yang anda peroleh dari luar, anda tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam makanan tersebut; seperti minyak, garam, penyedap rasa (ajinomoto), dan bahan tambahan lainnya. Anda membutuhkan kehidupan dan bukan makanan untuk kematian.

  • Hindari yg bergoreng dan makanan yang mengandungi banyak lemak. Termasuk mentega/margarine, karena tidak baik untuk organ hati. Jika anda harus menggunakan minyak, gunakan minyak zaitun. Catatan: gula yang berwarna terlalu putih tidak bagus.

  • Kurangkan makan daging. Terkadang menjadi pertanyaan, dimana saya memperolehi protein? Jawabannya mudah, iaitu dari kekacang, gandum, dll.

  • Banyak makan sayuran, khususnya yang berwarna hijau. Untuk memperoleh nutrisi yang beranekaragam, konsumsilah berbagai jenis buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Sedapat mungkin, makan sayuran mentah atau dimasak tapi jangan terlalu lama.

  • Minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Mencuci seluruh bagian dalam tubuh (inner body) dengan cairan kehidupan, artinya anda butuh minum berbagai macam jenis jus. Misalnya wortel, seledri dan jus apel. Catatan: hanya satu gelas tidaklah cukup!

  • Makan banyak buah-buahan segar, kalau hanya sepotong atau dua potong, bukan makan buah!

  • Hindari semua jenis makanan yang ditinkan. Setengah orang, makan buah-buahan segar atau jus adalah sesuatu yang kurang praktis – mengupas, mengekstrak/memblender, mencuci, dll. Yang gemar dilakukan adalah mengambil makanan yang sudah ditinkan atau dibotolkan. Hentikan itu semua! Anda hanya akan membunuh diri Anda.

  • Jika anda tidak menerapkan pola makan seperti dianjurkan diatas, janganlah gelisah, dan adakan perubahan secara perlahan-lahan. Anda akan segera melakukan pola makan seperti itu. Perubahan pola makan seperti ini hampir menyeluruh di kalangan orang kaya, daging yang lazat menggoda para vegetarian.
Moga hantaran ini bermanfaat.

Ummi Wardah.

Sunday, January 29, 2012

Pengalaman Pertama...

17 Jan 2012 Ummi telah menjalani rawatan Chemo yang pertama di HKL...ditempatkan di wad 1 4 orang sebilik...dgn 2 bilik air siap dengan air panas..Alhamdulillah..!!

Selepas menangguhkan rawatan ini 3 tahun dulu Ummi akhirnya bertawakkal moga masih ada jalan penyembuhan...ialah Ummi amat yakin selagi ada nyawa usaha perlu dicari..Moga Allah memberkati. Inipun setelah pelbagai usaha alternatif Ummi telah melaluinya di serata pelusuk yang didengari...wlpn bukanlah yang terakhir tapi inilah yang belum dicuba...

Setelah munajat setiap kali solat fardhu....Allahumm Inni Astakhiiraka biilmik Wastaqdiruka biqhudratik . Innaka taqdhiru walaa akdhiru, Innaka Ta'alam walaa A'alam, Innaka Antaal Alimul Hakim..

Inkunta ta'alam annahazaa dawaa..Chemotrapy khairun li fi diniini wamaasyi wa'aakibatu amri ..faqdhurhu li wayassarhu li wabaarikli fiihi, Wainnkutta Ta'alam annahaza Syarrun li fi diini, wamaasyi waakibatu amri...Fasyrifhu anni Fasyrifni Nganhu wakdhurhu lii alkhairaa min khaithuma Kunta....Innkaanal Khayaata Khairunli liadhaai..amaanati kulliha fathowwil umuri wabaarikli fiiha, wakdhurli asyifaa wal khaira min khaithuma kunta...wainnkaanal 'aaksa...Rabbanakhtim laana bikhusnul khatimah walaa takhtim alaina bisuuil Khatimah.

Allahummaa Inni asaluka ridhaka Wal jannah Wainnaka afunn karimm tuhkibbul afwa fa'afu anna waliwalidiina wadhilna jannataka birahmatika Ya Ar khamar Rahimin...

Waj'aal liqaaii mangaaka..liqaan mubaaraka, liqaan muta'abbida, liqaan mutaqarribaa wa mahbuban ilakka Ya Rahman Irhamnaa...

Ya Maalikusa samaawaati wal alrdhu waman fiihinn...Ya Malikunnabaataati wal Asyjaar , Aiqontu Anna 'Indakaa Syifaa waa dhawaa limaradhi haaza..qaddarali wayassarali wasyfiini Antal Waliyyi Waailaikal masyiir...

Aminn.....................

Maka ketika nurse mula memasukka ubattan ke dlm tiub di tangan Ummi ummi minta dia membaca bismillah kuat yang boleh Ummi dengar, ketika itu juga Ummi membacakan doa ini dgn harapan Allah Yang Maha Melihat sedang melihat rawatan yang sedang diberikan...dan Ummi Yaqeen Allah dekaat.. bersama Ummi...dan memberkatinya untuk kesembuhan penuh insyaAllah . Faizza A'azamta Fatawakkal A'alalloh..

Alhamdulillah proses rawatan yg pertama berjalan lancar . mengambil masa kurang dari 1/2 jam semua telah selesai. Pada ubat yang terakhir Ummi rasa 'direct' kepala bagai dicucuk2 jarum peniti agak sakit dan berdenyut2...buat seketika.... Selepas dicabut semua tiub Ummi dinasihatkan berihat seketika...sehinggalah tiba waktu makan petang.

Alhamdulillah Allah masih memberikan selera makan seperti selalu. Ummi menghabiskan hidangan makan malam berkongsi dengan Kak Chik (panggilan keluarga pada anak ketiga Ummi) Asma yang menjadi peneman Ummi sepanjang rawatan kali ini..Alhamdulillah cuti semnya bolehla dimanfaatkan meneman Ummi kali ini..3 hari 2 malam kami menginap di HKL ini..berkongsi katil tidor..Alhamdulillah saiz Asma dan Ummi yang semakin kecil ini membolehkan kami tidor selesa....

Alhamdulillah sebelum maghrib Ummi telah bersiap mandi dan menukar pakaian. Oleh kerana kami ni ABC ( Allah Bagi Cuti) maka selepas membersih diri Ummi dan Asma meneruskan membaca buku dan mendengar bacaan Quran dari Samsung Tab yang dibawa serta...juga melihat FB, email dan blogs dll lagi....masa yang terluang jika dah penat, Ummi ambil kesempatan membanyakkan bertasbih,Tahmid dan takbir....siap pegang biji tasbih di tangan..

Alhamdulillah program Katibah bersama akhwaat minggu lepas itu amat memberi kesan bagaimana wajar kita memanfaatkan setiap masa yang terluang ' bukan utk termenung' tetapi beramal yg simple/mudah tetapi amat besar pahalanya di sisi Allah dan waktu2 senggang itu juga ditangisi oleh ahli syurga kerana tidak dimanfaatka dgn amal yang baik....

Para pembaca sekelian marilah ita manfaatkan waktu kosong/senggang kita dgn menyebut istighfaat, tasybih,tahmid dan takbir....jgn biarkan ianya berlalu tanpa apa-apa amal/kerja..just termenung shj..dgn memikir apa-apa entah...

Lagi2 bagi seorang pesakit...perlu merasa lebih dekat dengan Pencipta Yang Maha Mendengar Lagi Melihat dan Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang..!!

Tapi Ummi sedih melihat...situasi yang berlaku di kalangan ramai pesakit, sedangkan si sakit masih sedar/waras...jg keluarga pesakit yang menjaga dan menziarahi, di mana ramai yang tidak menunaikan solat ........bagaimanalah mengharap kesembuhan dariNya..tetapi di masa yang sama melupakannya...Adakah kerana semasa sihat pun selalu lupa...???

Sempat Ummi memberi nasihat kpd keluarga yang menjaga jiran2 di wad agar si sakit dibantu solatnya..... Ummi siap bertanya adakah dia tahu bagaimana menunaikan solat ketika sakit..ya tahu..sbb dia juga bersekolah Agama katanya. Tetapi Ummi tidak melihat/mendengar si sakit dibantu solatnya sepanjang pengamatan ummi menjadi jiran 3 hari 2 malam itu..bahkan ketika subuh tidak juga nampak ia bergegas bangun utk solat..Allahu A'alaam........

Allahumma aftah lahumm bil khair...! Waa'fu anhum...situasi yang menjadikan Ummi cukup tidak selesa di wad...kerana terasa mendpat saham dosa jika Ummi tidak menyampaikan nasihat kepada mereka...

Apapon setelah pulang ke rumah Ummi masih diberikan Allah keupayaan utk melakukan aktiviti seperti biasa. Alhamdulillah tidak merasa loya dll ....Ramai keluarga, sahabat termasuk Pengetua dan PK datang ziarah...sempat lagi Ummi menyediakan juadah makan tengahhari resepi nasi minyak istimewa serta ayam masak ungkab utk keduanya....sedikit salat dan sambal tomato serta sambal daging...dan sup ayam....

Alhamdulillah tetamu makan cukup berselera nampaknya...untuk pencuci mulut pula Bik Im, adik ummi menyediakan bubur sagu + barli yang cukup rasa..amat sedap sekali!! terima kasih Rahimah ../Im ..lantas bila dah habis Ummi minta dia buatkan kami sekali lagi....emm masyaAllah besarnya rahmat dan kasih sayangNya kepada kami sekeluarga...!! Moga Allah mengekalkan kasih sayang keluarga kami..dan memberikan Im kesabaran dan memberikannya kegembiraan pada keluarganya suatu hari nanti...................!!!

bersambung......i.Allah.
Ummi Wardah.



Lagi mengenai rawatan Chemotrapy.....

RAWATAN KEMOTERAPI

MEMAHAMI KEMOTERAPI

Salah satu kaedah rawatan kanser yang sering diberikan kepada pengidap kanser adalah ubat kemoterapi. Bab ini disediakan untuk membantu anda, keluarga anda dan rakan-rakan anda memahami kemoterapi. Kemoterapi tidak dapat tidak akan mengubah kehidupan anda. Disamping mengalami perubahan dari segi penampilan fizikal dan emosi, anda mungkin juga akan merasa sukar untuk bercakap mengenai apa yang anda rasa kepada orang lain. Dengan memahami bagaimana kemoterapi bertindak ke atas sel-sel yang normal dan tidak normal dalam diri anda, diharap anda akan lebih tabah dalam menghadapi sebarang kesan sampingan yang dialami sepanjang dalam rawatan ini. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani rawatan kemoterapi ini.

APAKAH ITU KEMOTERAPI

Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Di sini, kemoterapi merujuk kepada penggunaan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel-sel kanser yang sedang merebak dengan cepat dalam badan anda. Ubat ini akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi. Bila lebih dari satu jenis ubat digunakan, ia dipanggil kemoterapi kombinasi.

BAGAIMANA KEMOTERAPI BERTINDAK

Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Ubat kemoterapi sebenarnya banyak yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti contohnya ubat Paclitaxel yang digunakan untuk merawat banyak jenis kanser. Ubat kemoterapi ini dihasilkan dari kulit pokok yew. Terdapat beberapa kategori ubat kemoterapi yang mempunyai perbezaan dari segi bagaimana ubat-ubat ini mematikan sel-sel kanser.


Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati. Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak.


Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang. Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku ianya adalah lebih bersifat sementara.

APAKAH FUNGSI RAWATAN KEMOTERAPI

Rawatan kemoterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan kemoterapi adalah seperti berikut :

A. RAWATAN UTAMA. Sebagai kaedah rawatan utama kanser. Contoh rawatan kemoterapi sebagai rawatan utama adalah di dalam kes kanser anggur ataupun koriokarsinoma.


B. KEMOTERAPI ADJUVAN. Untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan kemoterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant chemotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan kemoterapi ke atas pesakit kanser ovari yang telah menjalani rawatan pembedahan.


C. KEMOTERAPI NEOADJUVAN. Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan kemoterapi ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan akan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser ovari.


D. KEMOTERAPI PALIATIF. Peranan terakhir rawatan kemoterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Kemoterapi Paliatif ( “Palliative Chemotherapy”).


Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser pangkal rahim ataupun kanser-kanser lain yang merebak biji kelenjar Para-aortik dan menyebabkan penyumbatan saluran buah pinggang dan menyebabkan salur buah pinggang dan buah pinggang menjadi bengkak (“hydroureter, hydronephrosis”). Pesakit akan menghadapi masalah sakit pinggang dan jangkitan buah pinggang. Biji kelenjar yang besar ini juga boleh menekan urat saraf dari tulang belakang dan menyebabkan kesakitan bahagian belakang.


Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan mengurangkan kesan penyempitan. Rawatan kemoterapi paliatif ini tidak bertujuan untuk menyembuhkan penyakit kanser pesakit tetapi untuk mengurangkan penderitaan akibat kesakitan.


Allahul lazhi Qaddara bil aza wal maradh wahuwa syafi.....laa syifaa illa syifaauka..syifaaun laa yughodiru syaqamaa...


Ummu Wardah.

Saturday, January 28, 2012

Malaysia Muflis 2019..???

PULAU PINANG, 11 Jan: Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019.

Menurutnya, Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.

Kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang,".

Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:

1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.

2. Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).

3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.

4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).

5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).

6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).

7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).

8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.

9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.

10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.


Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 201.

"Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia.

"Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat,".
Sponsored Links

Thursday, January 19, 2012

"Teman setia" menurut pandangan Ibn al-Jauzi

"Teman setia" menurut pandangan Ibn al-Jauzi
Ibn al-Jauzi dan teman setia Teman setia ialah teman yang memimpin kita ke syurga. Ibn al-Jauzi rahimahullah berkata kepada teman-temannya: “Seandainya kamu tidak menemuiku di syurga bersama kamu, maka tanyalah tentang aku.

Katakanlah: “Ya Tuhan kami, hambaMu fulan itu pernah itu pernah memberi peringatan kepada kami agar beriman kepadaMu….” Sampai di sini dia tidak dapat meneruskan kata-katanya dek tangisan yang tidak dapat ditahan.

Setelah tangisannya agak reda, dia menyambung: “Aku mohon kepada kamu, sekiranya Allah masukkan kamu ke dalam syurga, tetapi kamu tidak menemuiku di kalangan kamu, maka mohonlah kepada Allah untuk diriku. Mudah-mudahan aku pernah mengingatkan kamu tentang Allah walaupun hanya sekali.”

Jzkk, ustazah

Akhirnya ..Aku Pasrah...

Langkah seterusnya...
16 Januari melakar sejarah dalam diari kehidupan Ummi...
Ummi mengambil langkah berani dgn tawakkal dan munajat pada Pencipta. Akhirnya Ummi bersedia mengambil rawatan hospital bagi sakit yang telah dideritai selama 3 tahun dulu.

Setelah bertemu pakar di PUSRAWI atas nasihat Pakar Bedah Dr Razipah dan Dr Hjah Zabedah pakar Onkologi di situ, Ummi bersa lebih bersedia....

Telah Ummi temui ramai para pakar kedoktoran, ramai perawat sepanjang tempoh pencarian ubat penawar....

Apabila Ummi dapati perawat juga kekadang menampilkan tingkah laku serta komunikasi yang tidak wajar samada sptnya : sombong, takabbur dgn ilmu, amat merasa benar dgn cara/perawatan yg lain tidak baik, dll...semuanya memberi kesan kepada kesediaan ummi utk terus mengambil rawatan darinya....

Amat malang ada orang yang mengambil kesempatan pula dengan pesakit. selain berunsur penipuan, mengambil untung berlebihan.....

Jauh, dekat, rasanya ribuan kilometer jauhnya, serta ribuan wang telah digunakan untuk kawalan sakit, akhirnya selaku k/tangan awam kelebihan di hospital maka berhaklah kita menjalani rawatan dgn bayaran minimum..atau mungkin di sponsor..Alhamdulillah.

Ditambah dengan keyakinanku atas komunikasi dr yang amat mutadayyin dan tawadhuknya..menjadikan Ummi lebih yakin..bahawa keputusan yang aummi ambil betul dan tepat pada masanya. Rabbana Alaika Tawakkaltu wa ilaikal Masiir...

Masih terngiang2 lagi tazkirah sahabat Ummi Dr Hafizi di PPN 2010, ketika beliau baru pulang dari China:
" Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: Tua sebelum sangat tua, Miskin sebelum sangat Miskin. Sebok sebelum sangat sebok,Sakit sebelum sangat sakit, dan Hidup sebelum mati....". Kata2 yang diambil pengajaran dari sabda rasul ingatan kepada semua mukmin...agar sentiasa " Think positive and tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk merebut peluang beramal kebaikan...!!

Moga Allah melimpahkan kasihNya pada Ummi sekeluarag. JZKK kepada Babah,Asma dan semua keluarga di rumah yang sentiasa menyantuni Ummi dengan setulus kasih sayang...

Moga Allah menganugerahi ummi kesembuhan..

UMMI WARDAH
19/Januari

Penjagaan kesihatan selepas rawatan

Langkah-langkah menjaga kesihatan diri

SELEPAS RAWATAN

Walaupun tiada seorang pun boleh menjangkakan apa kesudahannya bagi penyakit mana-mana individu, namun banyak penyakit kanser boleh disembuhkan. Bagi yang lain, rawatan boleh diberikan yang dapat mengawal kanser dan memanjangkan hayat, mungkin banyak tahun.

Dalam kes-kes lain pula, rawatan tidak akan memanjangkan hayat tetapi dapat mengurangkan simptom yang didapati amat berkesan bagi kebanyakan pesakit.

Apabila penyakit kanser dikesani banyak perkara yang tidak pasti akan timbul dalam semua aspek kehidupan. Apa yang akan terjadi selepas rawatan membangkitkan pelbagai emosi. Anda mungkin berasa anda tidak dapat mengawal hidup anda. Maklumat yang diberikan di sini mungkin dapat membantu anda mengambil cara yang difikirkan paling sesuai untuk anda.

1. Pemakanan
Badan memerlukan zat makanan dan kalori yang lebih ketika menjalani
rawatan atau selepas rawatan kanser. Oleh itu, berusahalah untuk makan
dengan sempurna walaupun anda mungkin tidak berapa berselera. Makanlah sedikit-sedikit dengan kerap. Makan sebaik mungkin makanan yang disediakan oleh keluarga anda ketika anda tiada selera atau tidak berdaya untuk memasak sendiri.

2. Rehat dan aktviti
Rehat dan aktiviti diperlukan untuk kesihatan dan perlulah diimbangkan dengan baik antara kedua-duanya. Lazimnya badan anda akan memberitahu anda bila anda harus rehat, tetapi apa yang penting ialah janganlah tidak aktif langsung atau terlalu aktif. Apabila anda tidak sihat atau menjalani rawatan, badan anda menggunakan lebih
banyak tenaga daripada biasa. Oleh itu, anda perlu rehat untuk memberikan masa
untuk badan anda pulih.

3. Tetapkan matlamat yang hendak dicapai
Mulakan secara kecil-kecilan – mungkin berjalan di sekeliling taman atau pergi bekerja beberapa jam seminggu. Cuba tumpukan pada apa yang anda boleh buat.

4. Dapatkan bantuan yang diperlukan
Setiap orang pulih daripada rawatan mengikut kadar masing-masing. Ada rawatan yang memerlukan pesakit masuk hospital. Badan yang tidak aktif semasa berada di hospital malah untuk beberapa hari sahaja pun boleh menyebabkan anda berasabertambah lemah dan mungkin bimbang tentang bagaimana hendak mengatasinyaapabila anda pulang ke rumah nanti. Dalam hal seperti ini lebih baik bagi andamendapat bantuan ahli fisioterapi dan ahli terapi pekerjaan di hospital untukmerancang cara supaya anda boleh berdikari dan bergerak.

Sebelum pulang ke rumah, anda dan anggota keluarga mungkin ingin bercakap dengan jururawat atau pekerja sosial di hospital. Doktor di hospital boleh menghubungi
doktor yang anda akan pergi buat susulan dengannya bagi memberitahu bahawa anda akan pulang dan memberi maklumat terkini tentang keadaan anda dan apa-apa
rawatan yang anda perlu teruskan setelah pulang ke rumah nanti.


5. Belajarlah untuk relaks
Relaksasi merupakan kemahiran yang boleh dipelajari dan digunakan untuk melega-kan ketegangan otot; menghilangkan stres, letih dan sakit;menenangkan fikiran dan membuatkan anda tidur dengan nyenyak ; dan dapat mengawal balik emosi. Relaks bukanlah hanya sekadar ‘bersenang-senang’ tetapi digunakan untuk mewujudkan masa bila seseorang boleh memikirkan tentang masalah dan, diharapkan, akan wujud fikiran yang berpandangan positif.

6. Siapakah yang boleh membantu di rumah?
Selepas menjalani rawatan anda perlukan masa untuk pulih. Anda mungkin banyak menghabiskan masa di rumah untuk pulih daripada rawatan. Anda mungkin seorang yang amat suka berdikari dan tidak mahu orang menjaga anda, tetapi pada masa yang sama, untuk beberapa waktu anda mungkin tidak dapat melakukan semua kerja yang anda biasa lakukan di rumah.

Bagi kebanyakan pesakit, orang yang banyak membantu ialah anggota keluarga, kawan dan jiran. Kehadiran mereka bukan sahaja dapat membantu melakukan kerja anda malah dapat memberi galakan dan mengelakkan anda daripada megelamun dengan fikiran yang sedih dan ini akan dapat membantu anda supaya cepat pulih.

Walaubagaimanapun, berehat di rumah, boleh menimbukan kesukaran terutamanya jika anda ada anak-anak kecil yang tidak faham tentang keadaan anda. Sesetengah wanita mendapati sukar untuk tidak membuat kerja-kerja di rumah.

Janganlah malu untuk menerima tawaran orang yang hendak menolong atau malah untuk meminta pertolongan. Kadangkala kawan dan jiran lebih suka jika anda meminta pertolongan yang khusus seperti membeli barangan keperluan dapur atau meyapu/memvakum rumah.

Jika anda tinggal bersendirian, bantuan di rumah dan makanan yang dihantar boleh membantu anda. Ini boleh diuruskan. Jika anda berkemampuan, elok sekali kalau mengupah sesorang beberapa jam seminggu untuk membantu anda melakukan kerja yang berat seperti membersih rumah dan membeli-belah.

7. Kembali bertugas
Agak sukar untuk menentukan bilakah masa yang paling sesuai untuk kembali bekerja. Keputusan anda berkenaan hal ini bergantung terutamanya pada jenis kerja anda dan sama ada pendapatan anda terjejas. Yang paling penting ialah anda harus lakukan apa yang terbaik untuk diri anda.
Kembali melakukan apa yang anda lazim lakukan amat membantu dan anda mungkin ingin kembali bekerja secepat mungkin. Banyak orang mendapati kembali bekerja se-baik-baik sahaja mereka cukup kuat mebuatkan mereka lupa tentang kerungsingan mereka apabila mereka sibuk dengan kerja dan rakan kerja mereka semula. Berbin-canglah dengan majikan anda tentang kemungkinan anda bekerja separuh masa atau berkongsi tugas.

Ada sesetengah rawatan mungkin memerlukan masa yang panjang untuk anda pulih
sepenuhnya dan mungkin anda akan mengambil masa banyak bulan sebelum bersedia
untuk kembali bekerja. Janganlah rasa terpaksa untuk melakukan banyak kerja,
dengan segera pula.
Doktor dapat membantu anda menentukan bila anda boleh kembali bekerja.
Minta nasihat doktor atau jururawat jika:
 Anda ingin bercakap dengan kaunselor tentang masalah yang dihadapi.
 Anda ingin menyertai kumpulan sokongan atau menghadiri program pendidikan.
3
Projek Usahasama CaEd, Malaysia dan
Peter MacCallum Cancer Centre, Australia
03-8947 2706
KanWork
http://www.cancereducation.org.my/ http://www.ipsas.upm.edu.my/kanwork/
Cancer Resource Centre
Aras G, Bersebelahan Pusat Sumber Diabetes,
Hospital Putrajaya,
Putrajaya,
Malaysia.
+603-8312 4200 ext 1105
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KanHelp Line di 03-8947 2706.
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sulit yang dikendalikan oleh jururawat
kanser.