Wednesday, February 15, 2012

Pengalaman 2

...bersambung...
masuk minggu ke 3 Alhamdulillah kesihatan Ummi semakin pulih..
Ummi sudah boleh memandu ke sekolah untuk menghantar surat cuti, mengambil Sofiah di sekolah dan ke kedai...bila ada keperluan...

Ummi juga masih boleh menerima jemputan ceramah di Cahaya SPK untuk kaum ibu. Tak sampai hati menolak jemputan sahabatku Fadhilah yang beriya-ia mahu Ummi yang menyampaikannya...Tajuk " Stress dan Menangani dari segi Agama" amat2 menguja Ummi. Kebimbangan Ummi bila menyampaikan sesuatu tajuk lantas nanti diuji dengan apa yang disampaikan kadang-kadang menjadi satu enxity...

Sungguh...!! minggu itu juga Ummi diuji dengan situasi yang agak mendorong stress...Ye lah dgn kesihatan yang kurang stabil, menyantuni sahabat-sahabat AJK program yang bertanyakan beberapa perkara ditambah dengan kesebokan menguruskan urusan keluarga terutama di pagi2 hari, ia mendorong ketegangan komunikasi yang menyebabkan stress....

Kalau sebelum ini (terutama dalam keuzuran ummi ini) Alonglah yang banyak membantu mengurus adik ke sekolah setiap pagi, kali ini Along tidak dapat lagi membantu, kerana dia sendiri baru mula bertugas dan perlu bergegas awal-awal pagi ke tempat kerjanya di PJ...Setelah munajat dan berdoa moga dileraikan kekalutan yang ada Alhamdulillah kekusutan akhirnya dapat dirungkai...semula..Alhamdulillah.

Ummi juga masih menyertai sahabat-sahabat Ummi mengenadalikan mesyuarat untuk melaksanakan program Keluarga dan Syariat. JK Wanita IKRAM Kuala Langat akan mengenadalikan programa Indahnya Berkeluarga Bersyariat: Bercinta Hingga ke Syurga pada 11 Febuari..sepanjang tempoh melaksanakan perbincangan Ummi ditakdirkan Allah diberi kekuatan mengikuti dan menyertai perbincangan yang di adakan. Menghubungi individu yang diperlukan dan membantu mana2 yang Ummi boleh lakukan.

Kadang-kadang terfikir sendiri...bila Allah memberi maka amat wajarlah Ummi manfaatkan pemberian yang diberi itu untuk kebaikan...mengingati seperti ini, Ummi cuba sedaya upaya tidak memberi peluang untuk "mencari alasan" untuk tidak terlibat dengan apa sahaja yang masih mampu dilakukan asal sahaja memberi kebaikan...kepada diri atau orang lain.

Selalu terfikir, " Mungkin inilah peluang terakhir Ummi bisa melakukannya..entahkan esok atau lusa sudah tidak mampu atau medapat peluang lagi..??".

Lantas mengingat ini, setiap pagi antara perkara pertama yang difikirkan sebelum melakukan apa-apa sahaja...
" Apa lagi amal/kerja yang Ummi perlu buat hari ini....? " Paling-paling ringan pun Ummi akan pastikan dapat memenuhi masa yang ada dan terluang dengan sebanyak mungkin tahmid,tasbih dan tahlil.....Ia ..ia amal yang selalu terlupa bila waktu-waktu sebok bekerja sebelum ini...

Dengan nikmat sakit, rehat, cuti yang diberi Ummi dapat mengisi dengan aktiviti -aktiviti ini juga...Mungkin kita selalu membaca, menelusuri sirah dan hadis Rasullullah s.a. w., Ar-Rasul beristighfar sehingga 100 kali, dapat bertasbih, bertahmid dan bertahlil dengan menyebut bilangan atau jumlah sekian-sekian..terfikir sendirian, " Apakah hikmahnya bilangan-bilangan bacaan ibadah kecil2 ini...3X,10X, 33X, 100X itu......??". Bahkan kita juga terbaca kesah salafus salih dan ulama' silam mengamalkan wirid2 tertentu beribu-ribu kali sehari....??

Pada Ummi ia tiada lain betapa mereka memahami pengajaran surah Al-Asr dan kaitannya memenuhi masa dengan amalan jika boleh ....setiap saat waktunya tiada yang terluang kecuali " merebut peluang" beramal, kebajikan, pahala dan ganjaran dan redha serta pandangan Allah pada dirinya selaku hamba...hamba yang hati dan ruhnya sentiasa hampir dan merasa hampir dengan Pencipta..lantas mulutnya tidak lepas mengingat kekasihnya...!!

Sampailah saat yang ditunggu ..penuh debaran..bimbang dan takut...Chemo rawatan ke 2.

Entah ..setiap kali akan menghadapi rawatan Ummi sentiasa tinggi rasa kebimbangan dan takut, walaupun tetap bertawakkal....memanglah dr selalu mengingatkan " Pn mesti tabah...kuat semangat dll...". Tapi dr hanya memberi nasihat..hakikatnya tiadalah pengalaman itu dirasainya...Sungguh hanya yang berpengalaman merasainya ' benar2 tahu' apa yang Ummi ungkapkan ini...

Benar kata Liya, sahabat Ummi, Pakar ubat yang menjadi rujukan semua jenis2 ubatan yang dr berikan pada Ummi, " Kmar Liya pun hanya membancuh dan menyediakan ubat chemo utk pesakit tapi ya..hakikatnya tak pernah merasai penangannya.....". Terima kasih Liya dan Mas kerana amat simpati dan empati dengan Ummi.." I love... both of U so much..". Moga kasih kita kekal hingga di Syurga......

Masih teringat seorang sahabat Ummi ( Dr Mai) seorang dr pakar yang diuji dengan cancer rahim...akhirnya mengalah setelah 3X rawatam chemo yang diambil. Bertawakkal menghentikan rawatan berikutnya kerana " Tak tahan" penangan kesan ubat2an chemo...." akhirnya sahabatku itu mengambil air2 yang dibaca dengan ayat2 Al-Quran dan bertawakkal dengan usahanya ...setakat ini Allah masih memberinya kehidupan dan kekuatan..dan masih bertugas..May Allah bless U ya ukhti...

Maka apatah lagi Ummi tiadalah banyak maklumat ubatan2, ilmu kedoktoran jauhlah lagi diketahui..mmg wajar "Takut,bimbang,harap...semuanya memenuhi kotak fikiran tiap kali tarikh rawatan hampir menjelang....".

Namun..Ummi pasrah...moga Allah memberi yang terbaik dari sisiNya. Apa dia.?? .tiadalah ummi ketahui..yang selalu ummi panjatkan doa hanya doa istikharah setiap kali waktu solat fardhu khusus menyebut, " Jikalah Chemo ini ada kebaikan untuk pengubatan ku dan ugamaku,hidupku dan akhiran hidupku..permudahkanlah ia , berkatilah ia......

Rabbana alaika Tawakkaltu wailaikal masiir..

Ummi Wardah.

No comments:

Post a Comment