Sunday, February 12, 2012

SELAGI ADA HAYAT......

Selaku pesakit, selalu mengingatkan diri bahawa ajal terasa amat hampir.....
Namun hakikatnya tiadalah siapa yang tahu bilakah ajal kita akan tiba? Sakit tidak semestinya mati. Namun sakit umpama PERINGATAN utk pesakit lebih insaf diri, dan lebih bersedia akan kedatangan ajal itu...

Jika inilah hakikatnya, bersabarlah dan bersyukurlah jika anda ditimpa sakit...kerana ia anugerah dari Allah. Tapi anda perlu cukup sabarrr ...pastikan anda Tidak Hilang FOKUS UTAMA kehidupan.

Mohonlah tetap diberi Allah ketenangan dan berfikiran rasional yang menghasilkan tindakan,keputusan yang WAJAR..

Ingat ....!! janganlah ujian sakit ini membantutkan tugas asal anda sebagai khalifah Allah yang bertanggung jawab beribadah hanya kepadaNya...!!

Janganlah ada terlintas di hati untuk " TIDAK MELAKSANAKAN AMANAH/BERCUTI" menunaikan amanah dengan alasan sakit....pohonlah kekuatan dariNya..pasti Dia Maha Pemberi..

Sebab itu, Ibadah SOLAT tetap wajib ditunaikan oleh orang yang mukallaf sekalipun hanya dgn isyarat sahaja.........Ini hujjah jelas bahawa insan WAJIB beribadah walau apa keadaan pun selagi waras aqalnya.. ramai yg lupa ini..betapa ramai pesakit sengaja tidak solat...!!! apatah lagi amal2 yg lain..tp masih tidak lupa makan....kerana makan ini kehendak nafsu..lupa sakit sebagai ujian.


Di saat yang sama Ummi sentiasa mengingat bahawa kita juga perlu melakukan apa sahaja amal kebaikan selagi masih ada peluang dan ruang. Jika kebaikan itu kita dapat kongsikan dengan ramai orang , moga-moga pahala kebaikannya itulah amal jariah yang bakal ditinggalkan.

Ramai teman-teman meminta Ummi menulis pengalaman sakit yang boleh dijadikan panduan/pengajaran kepada insan lain yang memerlukan.
Ummi memang berhajat menulisnya, tetapi lantaran kesibukan tugas selalu menjadi alasan yang menghalang cita-cita. Menulis ini juga perlukan ketenangan dan idea yang perlukan waktu tertentu....

Moga -moga dengan luang masa yang dianugerahkan Allah ini Ummi bisa menukil pengalaman yang bisa jadi bahan panduan atau just sharing ..jikalah ada kebaikan darinya pastilah Allah yang mentakdirkannya. Jika tidak jadikanlah ia sempadan..

Selepas Ummi mencari apa-apa sahaja maklumat melalui google yg berkaian sakit cancer , terdorong dihati utk menulis perkongsian pegalaman sendiri . Rupanya Ummi salah seorang yang sangat ingin mencari apa-apa perkongsian maklumat, ilmu dll bagi mereka yang sama takdirnya...

Ummi yakin di sana ramai insan lain yang mendambakan cetusan pengalaman agar ia bisa jd semangat,dorongan, motivate, sumber kekuatan dan sekurang-kurang just utk sharing.....

Moga apa yang bakal ditulis diberkati Allah yang memberi manfaat kpd yang mahu membacanya.


Ummi akan tulis mengikut tajuk-tajuk yang difikirkan terbaik.

SIRI (1) KITA INSAN MULIA

Ketika mentadabbur dan menghafaz ayat-ayat Surah Al-Baqarah: ayat 30 -39, hati selalu merasa amat insaf. Betapa insan ini makhluk istimewa yang dicptakan Allah. Diciptakan kerana mahu dilantik sebagai khalifah yang bakal mengurus DUNIA dan segala apa yang ada di dalamnya. Walaupun hakikat insan itu lemah namun Allah berjanji MENGUATKANNYA dengan sebab iman yang mendalam dan benar kepadaNya.

Insan dibekalkan segalanya , Iman sejak di alam roh, aqal yang boleh menimba ilmu, Basyirah yang bisa membezakan yang baik dan buruk, yang benar dan yang salah. Diberi segala bantuan, perhatian dengan penegasan apabila di persoal oleh mlaikat dengan jawapan yang tegas, " Aku lebih tahu apa yang Aku lakukan dari kamu".

Insan juga dimaklumkan siapa musuhnya. Bagaimana menghindarinya. Allah amat memahami tiada manusia yang maksum kecuali para rasul lagi ulul Azmi. Lantas ditunjuki bagaimana langkah kehidupan yang perlu dilakukan jika tersalah dalam tindakan.

Bermulalah kisah Adam dan Hawa melakukan pelanggaran batas hukum ketika di Syurga. Berlaku perdebatan dan pertentangan yang berakibat hukuman kepada Iblis, malaikat, Adam dan Hawa. Malaikat makhluk yang sentiasa taat, maka maqamnya sentiasa hampir dengan Pencipta. Syaitan dengan sombong dan bongkaknya maka laknatlah akhirnya. Insan (Adam & Hawa) tersalah atas tipu muslihat syaitan, dicampak ke bumi, akhirnya sedar diri, bertaubat dan menghampr diri pada Allah, akhirnya diampunkan dosanya olehNya. diberi lagi jalan petunjuk buat pilihan untuk hari mendatang....

Peristiwa ini ,Adam dan Hawa ( bapa manusia semuanya) menunjukkan jalan bagaimana perjalanan hidup seorang insan di dunia ini. Allah menciptakan kita insan mulia bermatlamat satu supaya menjadi HAMBA ALLAH yang taat dan ikhlas hanya kepadaNya dari awal menjadi mukallaf hingga lah ajal tiba.

Visi dan Misi kehidupan manusia mestilah mengikut acuan yang di kehendaki Pencipta. Tiada manusia yang tidak bersalah , namun jika tersalah kembalilah memohon ampun kepadaNya. Jangan jadi seperti Iblis yang Engkar lantaran sombong dan bongkak, tidak mengaku bersalah bahkan hasad dengki serta dendam kesumat menyelubungi diri. Akhirnya laknat Allah kepadanya lantaran SOMBONG dan BONGKAK hingga dikunci hatinya oleh Allah .

Lalu mata, telinga, hatinya buta,pekak dan keras kepada peringatan dan kebenaran....!!!!.

Allah menunjuki jalan kebenaran iaitu orang yang mengambil pengajaran dari Al-Quran dan Sunnah Rasullullah sebagai cara kehidupan way of life pasti berjaya. Ia tidak akan ditimpa perasaan bimbang dan ketakutan. Ini kerana IMAN YG MENDALAM pasti menjadi sumber kekuatan kepada insan yang mulia itu.Kerana Allah suka menghampirkan diri,membantu,menolong kepada insan yang sentiasa merasa dekat denganNya.

Sesiapa yang enggan/engkar dengan petunjukNya pasti dirinya dipenuhi sifat-sifat negatif syaitan dan ahli neraka dari mindanya , lisan dan tingkah lakunya.

Sungguh manusia diberi ruang PILIHAN...!!! PILIHLLAH.....NAMUN KITA HAKIKATNYA, BILA TELAH MENGAKU BERIMAN TIADA PILIHAN KECUALI YANG ALLAH KEHENDAKI SAHAJA....


Rumusannya :
1.0 Insan - makhluk yang terbaik dan termulia yang dicipta Allah dengan penuh pengawasan dan perhatian.

2.0 Setiapa insan - telah dipilih untuk menjadi pemimpin di dunia. Matlamat kehidupannya memastikan kehidupan dunia sentiasa mengekalkan IMAN kepada Allah dan menghambakan diri kepada Allah. Inilah TUGAS BESAR seorang insan yang telah ditunjukkan melalui utusan para rasul-rasul hingga akhir zaman.

3.0 Syaitan - adalah musuh sebenar insan yang ia akan menggunakan segala tools yang ada di dunia utk memastikan insan tidak dapat melaksanakan tugasnya dan boleh menjadi temannya untuk menjadi penghuni neraka Jahannam.

4.0 Insan - pasti akan tersalah dan tersilap. Allah menunjukkan cara untuk kembali bersih dengan bertaubat , mendekat diri kepada Allah dan mengambil Al-Quran dan Sunnah Rasul sebagai petunjuk jalan. Kedua petunjuk ini Allah menyatakan TIADAK DIRAGUI petunjuk hidup bagi orang yang bertaqwa dan orang yang berjaya.

5.0 Insan - yang GAGAL hakikatnya gagal memahami dirinya, fungsinya, tujuan kehidupannya dan bagaimana ia perlu hidup di atas muka bumi ini yang sementara , apakah petunjuk yang patut digunakannya. Ditambah pula dngan GAGAL dalam pertarungannya dengan musuh sebenar insan iaitu SYAITAN. Musuh yang melihat kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka, namun dialah yang menyelaputi NAFSU yang ada di dalam dada setiap insan.

Hasbunallahu wanikmal wakil....

Ummu WardahBdr Puteri
13/2/2012

No comments:

Post a Comment