HIDUP DAN MATI UJIAN PIAWAI AMALAN
Surah al-Mulk: 2:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Bila ditakdirkan kita hidup ia umpama kita bersedia memasuki "DEWAN UJIAN/PEPERIKSAAN" sepanjang hayat. Apabila telah mukallaf bermulalah amanah yang dipikul dibahu . Benar seumpama orang yang akan menghadapi peperiksaan maka banyak strategi , ilmu, latihan yang perlu disediakan sebelum memasuki peperiksaan.
Itu merupakan tanggung jawab kedua ibu bapa yang perlu menyediakan asas agama kepada semua anak-anaknya dalam fasa awal kelahiran hinggalah mumayyiz. Fasa yang hanya difahami oleh yang " belajar" jadi ibu bapa muslim sejati yang tidak mengagongkan nilai budaya dan pegangan selain Islam sebagai way of life...
Ramaikan kita lihat..anak-anak memulakan persekolahan awalnya di tadika-tadika , pusat asuhan yang tidak membudayakan ajaran Islam....Apakah hala tuju pendidikan,persiapan anak-anak ini untuk menjadi muslim yang mukallaf dapat diterapkan dari awal2 lagi di institusi pendidikan seperti ini......??
Namun kehidupan selepas baligh merupakan madrasah dan latihan sepanjang hayat. Diuji dengan pelbagai tools, cabaran, dugaan, halangan dan pelbagai lagi hingga benar-benar iman, minda, ruh, fizikal,emosi semuanya teruji....ADAKAH BENAR-BENAR IMAN KITA BENAR DAN TULUS KEPADANYA... Adakah akhiran Ujian ini kita akan menjadi orang yang berjaya...?
Ini persoalan yang perlu ibu bapa,pendidik dan semua kita yang ada tanggunjawab mendidik generasi warisan selalu mempersoal dalam diri..SUDAHKAH AKU MENUNAIKANNYA....???
KERANA IA AKAN MENJADI PERSOALAN UTAMA BILA DIIDUPKAN DI ALAM:
1) BARZAKH.
2) DI HARI HISAB DIPADANG MAKHSYAR.
BENAR...! Allah menjaga , membimbing dan menyediakan segalanya yang di langit dan di bumi untuk membantu manusia menghadapi ujian2 itu....Tetapi semua hanya diberikan kepada orang yang hati,minda, roh dan fizikalnya MENCARI DAN MAHU DENGAN PETUNJUKNYA (AL-QURAN & SUNNAHNYA) BERSUNGGUH2...dan tiada ragu2 serta sak wasangka dengaNya zahir dan batinnya, pertuturan dan tingkah lakunya...yang tidak bercanggah dengan syariat ALLAH...!!
Dengan Rahmat Allah yang tidak terbatas atas kehendakNya Dia akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Namun bila kita sebagai muslim kita wajib mencari,membina, mengukuh dan berusaha mengekalkan IMAN dan HIDAYAH yang telah diterima dengan sedaya upaya..
Pasti...akhirnya hanya kepadaNya lah kita memohon dan bertawakkal atas segala usaha. Sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janjiNya kepada hambaNya yang ikhlas dan mencari kebenaranNya...
Marilah kita jangan culas, lalai dan mengabaikan tanggung jawab dan amanah . Pasti Allah tetap bersama hambaNya yang mengasihiNya.
Aminn.
Ummu Watrdah.
Bdr Puteri.
No comments:
Post a Comment