Tuesday, April 24, 2012

Hadis 28

BERKAITAN NASIHAT,BERTAQWA KPD ALLAH,MENDENGAR & TAAT, IKHTILAF DAN PERINTAH BERPEGANG DGN SUNNAH RASUL, DAN KHULAFAAUR RASYIDIN, SERTA PERKARA BID’AH

UCAPAN TERAKHIR..
Ucapan KW yang Mumtaaz....

Tempuh ku menjadi ketua wanita ampang jaya ..berakhir hari ini.
Ku sujud syukur..Alhamdulillah..thank you Allah..
Bukanlah saya tidak suka diberi tanggungjawab .. cuma saya kurang bahagia nama saya yang panjang meleret tu tercatit disana-sini..tiap kali ternampak namaku..jantungku berdebar..bahuku terasa berat..

Disini saya turunkan text ucapan saya terakhir ..semuga ada juga manafaat untuk akhawat yang tidak dapat hadir.
Alhamdulillahillazi hadaana lihaaza ,
Wa maaa kunna linahtadii, lau laa an hadaanallah
Asyhadu alla ilaaha illallah
Wa asy hadu anna muhammadarrasulullah








Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Akhawati yang dikasihi,

Allah berfirman dlm surah Hadid ayat 11

Siapakah yang ingin memberi pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik?

Pinjaman itu bolehlah kita kategorikan kepada..

wang ringgit.        diinfak dan digunakan untuk jalan Allah  
harta kekayaan.. apa saja harta yang kita miliki, ada bahgian untuk digunakan dijalan Allah
tenaga..                kita utamakan kebaktian kepada Allah dari rehat dan bersenang2
masa.                   .kita tidak peruntukkan masa kita untuk berpoya dan enjoy..semuanya untuk Allah 
ilmu..                    ilmu yang kita pelajari..disampai2kan melalui lisan dan tulisan kepada manusia

Bermakna, setiap keupayaan dan kelebihan yang kita miliki yang dikurnia Allah,..kita tidak guna untuk diri kita sahaja..tetapi dikorbankan juga untuk membimbing manusia kejalan Allah.

Tetapi kenapa pinjaman?

...sebab sesuatu yang dipinjamkan, pasti akan dipulangkan balik ..iaitu, Allah pasti akan pulangkan balik apa2 saja yang kita korbankan untukNya.

.maksudnya..

>> don't worry, whatever you give.. will be returned..
>> Allah bukan nak mintak free- free

Cubalah bayangkan pulangan yang akan perolehi... yang meminjam itu seorang yang kaya-raya dan pemurah!!

Cubalah bayangkan..Allah swt, pemilik setiap harta yang ada dilangit dan dibumi..yang maha Pemurah lagi Penyayang..cubalah bayangkan berapa kali ganda pay-back yang akan diberiNya ??!!

Dalam ayat seterusnya, ie ayat 12, Allah swt berfirman

Pada Hari itu, kamu akan melihat mu'minin dan mu'minat, cahaya mereka bersinar dihadapan dan disebelah kanan mereka.

..iaitu..pinjaman yang Allah minta itu bukan dari kaum mu'minin sahaja...mu'minat sekali!!

Akhawati yang dikasihi,


Untuk makluman ahli2 baru, jemaah kita dibina atas 2 asas.

http://applerosejournal.blogspot.com/2011/05/together-we-stand-separated-we-fall.html

1 Ahli2nya akan dididik dengan ilmu2 asas Islami...ini adalah persediaan dan bekalan
2 Akan ada satu peringkat, mereka akan diguna-pakai untuk fii sabiilillah..iaitu mereka akan diserap menjadi pekerja2/ jawatan kuasa dimedan2 dakwah dan kebajikan seperti tarbiyah, khidmat masyarakat, dakwah non- muslim, aqsa syarif, pendidikan, pemuda..

Oleh itu tiap ahli hendaklah kenal pasti potensi masing2 dan pilihlah mana2 medan yang mereka ingin menyumbang tenaga...

..begitulah pada zaman nabi saw..ada sahabat yang dikhususkan berjuang dimedan peperangan saperti Khalid Al Walid, ada yang dilatih khas untuk berdakwah seperti Muaz bin Jabal, ada yang tinggal bersama dengan nabi saw dan mereka mejadi perawi2 hadith seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas , Anas bin Malek dan seterusnya..

Akhawat yang dikasihi,

Allah berfirman didalam surah an Nisaa ayat 95

Tidak sama orang2 mu'min yang duduk bersenang (qaa'iduun) tanpa uzur dengan orang2 yang berjuang dijalan Allah...
Allah melebihkan mujahidiin diatas qaa'idiin dengan pahala yang besar..iaitu beberapa darjat daripadaNya, ampunan serta rahmat..

Jadi, buatlah pilihan..nak jadi qaa'duun..tinggal dirumah dan beribadat.. atau berjuang dijalan Allah..tidak sama penempatan mereka diakhirat kelak..syurga ada 100 tingkat, diantara kedua tingkat, sejauh langit dan bumi..so pilihlah dari sekarang..nak tinggal ditingkat atas atau dibawah..

Bagaimana pula dengan wanita.. boleh berjuang dijalan Allah ??

Hoho..jangan lupa sejarah..

>> manusia pertama beriman pada nabi saw adalah seorang wanita..Khadjah binti Khuwailid
>> manusia pertama mati syahid adalah seorang wanita..Sumayyah
>> tak lupa juga Asma' binti Abu Bakar..membahayakan dirinya.. membawa bekalan makanan ketika
rasulullah saw berhijrah

Pernah seorang sahabiah bertanya kepada nabi saw..adakah wanita tidak dapat darjat berjuang dijalan Allah..maka turun lah ayat 195 surah Ali Imran..

Maka Rab mereka memperkenankan permohonannya..'sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan orang2 yang beramal diantara kamu...baik lelaki atau wanita, they are part of each other..mereka2 yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman, yang disakiti dijalanKu, yang berperang dan yang dibunuh...pasti akan Ku hapuskan kesalahan2 mereka dan pasti Aku masukkan mereka kedalam syurga..'

Akhwat yang dikasihi sekelian,

Hari ini adalah hari bersejarah.. ditubuhkan sayap wanita ikram ampang jaya ..secara rasmi..

Ketika memilih barisan kepimpinan, pastikan ada sedikit ahli jawatan kuasa yang berumur dan ramai yang muda..orang2 lama ni dah melalui liku2 perjuangan, banyak pengalaman, dah matang tetapi dah uzur, dah out-dated..jadikanlah mereka penasihat dan pembimbing..

Yang muda2 pulak..mereka dynamic, aggressive, full of energy, ambitious tetapi kurang matang..belum ada pengalaman, belum kenal sign-board perjuangan..


Oleh itu, kita blendkan kedua generasi ini...supaya yang muda2 terus maju kehadapan dengan bimbingan orang2 lama..
Sama2lah kita tegakkan panji2 Allah di daerah Ampang jaya....Allahu Akbar wa lillaahil hamd.

Wabillahi taufiq wal hidaayah wassalaamu alaikum warahmatullahi wabaraatuh
KW Ampang Jaya 2010-2012  zaharatullaili md diah

Masihkah Engkau Mampu memberi Yang Terbaik....

Dalam menghadapai segala mehnah dan ujian ya hatiku amat cemburu pada ramai sahabat yang Allah beri mereka keupayaan , kekuatan, peluang berlumba2 dalam beramal dgn sebaik mungkin...

Aku juga selalu memohon , sekalipun tidak dapat berbuat seperti mereka, tapi kan Allah itu Maha Adil...Dia pasti juga boleh memberi Yang Terbaik pada kita selagi ada kemahuan dan azam...

Lantas setiap hari kufikir apa lagi yang harus boleh dibuat...

Antara yang utama,:
1- aku pastikan setiap hari ku baca, ku hafaz satu ayat dari AL Quran surah yang ku pilih..

2- Mesti berhubung dgn sahabat seperjuangan yang baik, berbincang tentang amanah dan tanggung jawab yang masih ada.. dll...sentiasa berusaha menyumbang, terlibat sama wlpn hanya dgn kalam hasanah...dan idea yang baik..

3- Berhubung dgn suami, adik2 ku, anak2ku,  yang di U agar mereka sentiasa rasa dekat di hati..Aku perlu kuat semoga mereka jadi anak2 dan ahli keluarga  yang kuat...Aku mahu Ummi sentiasa dekat di hatimu anak2ku...

4- Membaca walau pun sedikit buku-buku ilmiah dll... Ku mohon Allah bantuku menjaga IQ ku, kekal normal hingga saat hujungnya...Aku tidak mahu kesan chemo yang kubaca dari pelbagai sumber ia menghantui mindaku lantaran kajian kesan2 sampingannya...Aku tetap melawan arus .Segalanya jika Allah kehendaki maka ia Kun Fayakun...Aku yaqeen Allah Maha Berkuasa memberi sesuatu yang lain dari biasa...

5- Munajat Khas . Apa sahaja yang kuhajati aku yaqeen Allah Maha Mendengar dan Menyambutnya...Aku ingin sentiasa rasa hampir dgnNya...ketika aku amat2 memerlukan..pertolongan dan belas kasihanNya...Mohon dikekalkan ketenangan dan kebahagiaan hati, minda dan keluarga...Selagi aku hidup aku ingin memohon padaMu Ya Allah semahuku....Terimalah doaku Ya Allah..

6- Mohon tetap dapat berbakti kepada keluarga..khasnya ibuku yang semakin uzur, adikku-adikku yang memerlukan...Ya Allah selagi baktiku diperlukan berilah daku keupayaan agar keluarga tetap berkongsi nikmat,kegembiraan serta  rezeki...semoga dengannya Engkau sempurnakanlah kehidupan kami semampunya dgn keberkatanMu Ya Allah..Kumpulkanlah kami di dunia dgn bahagia hingga ke syurgaMu Ya Allah dgn kebahagian yang abadi.

7- Ampunilah dosa dan kesilapan kami ya Allah ...tiadalah yang terbaik kami pohon padaMu selain RidhaMu....Ia mengatasi segalanya...Ia kemenangan yang hakiki..Istajibna Ya Allah.

Moga Allah terus merestui dan menjadikan kami hambaNya yang Solihin....

Aminn...

Ummi Wardah.
* Noted: Alhamdulillah minggu ini masih dpt bersama:
   MAD Daerah Kula Langat
   Tazkirah Hadis: 28 dlm usrah mingguan
   Menyantuni ahli 01
   Membantu mengurus/berbincang halaqat usariy yg baru
   Melaksanakan tugas naqibah mingguan 2 usrah...
 

Ya Rabbi Bisanya badanKu

18/4 Tarikh pertama Chemo ke 5 bagi ubat baru ku....seperti biasa aku mengambil rawtan Day Care..tanpa perlu warded...

Pengalaman di wad kadang2 amat menguji minda dan emosi...Tiap kali mesti ada pesakit yg sedang nazak dan meninggal di wad yang dihuni...Terasa sekali bagai menanti giliran...bila pulaklah giliran Ku tiba...

Selepas Chemo ke 4 tiada halangan sukar untuk aku terus berazam untuk tidak warded sepanjang rawatan...Alhamdulillah seperti selalu chemo yg ke 5 dan Yg first dgn ubat ini, semua juga berjalan lancar seperti baisa.


Hari pertama dan kedua selepas itu, juga aku masih gagah dan mampu bertingkah laku seperti biasa..namun hari ke 3..segalanya baru mula terasa..

Malam ketiga badanku amat keletihan seolah tak mampu membuka mata...Petang itu ke JJ mencari buku bacaan, seakan mahu pitam di perjalanan...amat tidak larat...letih dan laonglai sendi2...namun Alhamdulillah masih diberi kekuatan hingga sampai di rumah..sekitar 11 malam juga..Aku terus tidor sehingga tgh malam...

Awal pukul 3 pagi aku bangun solat tahajjud dan munajat semampunya..sehingga selesai...aku menyambung pula tidor hinggalah ke suboh...lepas solat aku terus makan sedikit sarapan dan makan ubat dan menyambung rehat..hinggalah hampir tengahari....bangun badanku terasa lemah dgn sendi2 terasa sakit dan berbisa...begitulah yang kuhadapi sepanjang 3 hari ini...

Rupanya inilah penangan kesan chemo ke 5 ini. Segalanya baru mula dirasa selepas hari ke 3....

Ya Allah berilah aku kesabaran dan kekuatan..agar berjaya mengahdapi semua halangan seterusnya...
Ya Rabbi...
Ummi Wardah

Sunday, April 8, 2012

Day - Care , Pertama Kali

Sekali lagi hari dan tarikh yang ditentukan tiba.....
Kali ini aku memilih rawatan Day-Care. Tanpa perlu menghuni wad HKL seperti sebelumnya. Ini juga merupakan pengalaman pertamaku menerima rawatan tanpa masuk wad.

Seawal 6 pagi, 22 Mach lalu aku dan hubby telah keluar rumah untuk rawatan kali ke 4ku. Ini semua, gara-gara mengelakkan jam di perjalanan yang sudah amat dimaklumi di KL ini. Pukul 6.00 pagi belum lagi masuk waktu subuh pada hari itu. Kami singgah di masjid UM sekitar 6.20 pagi. Sesampainya di masjid imam dan para jamaah subuh baru sahaja selesai solat subuh. Terlepaslah peluang berjamaah subuh bersama imam masjid..

Selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan menghala HKL. Sebelum itu kami singgah di Restoren Haslam untuk bersarapan pagi. Aku membawa sedikit bekalan nasi dan lauk kebiasaanku yang telahpun disiapkan oleh pembantu. Abah pula telah siap bersarapan dari rumah lagi. Abah hanya minum kopi dan sedikit kueh. Selepas selesai bersarapan kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. HKL hanya di seberang jalan sahaja.

Sekitar pukul 7.25 pagi aku telah sampai dikaunter pendaftaran, sementara suami mencari tempat parking kereta. Begitu ramai pesakit yang menunggu di kaunter walaupun belum pukul 8 pagi. Selepas aku menghulurkan kad rawatan dan dimaklumkan no giliranku aku duduk di kerusi. No 19..? Aku dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas di wad sebelum ini yang rawatan Day-Care hanya mengambil 20 orang sahaja untuk satu-satu hari.

Perasaan ingin tahu ku spontan hadir. Untuk kepastian aku menghampiri kaunter dan mendpatkan maklumat yang aku ingini.
" Pukul berapakah kaunter ini mula beroperasi? Pukul berapa pula pesakit yang awal dariku sampai. ..?".

Pukul 8.00 pagi barulah bilik rawatan utk Day-Care dibuka. Yang mendapat no awal bergegas mencari katil yang sesuai...rupanya hanya 6 orang yang pertama sahaja berhak mendapat katil. Yang lain memada duduk di sofa yang disediakan.

Semasa proses rawatan aku sempat bertanya dgn bbrp pesakit yang awal..ya mereka telah sampai di kaunter seawal pukul 7.00 pagi.. Ini bermakna ramai yang lebih awal dariku keluar dari rumahnya.

Nama kami dipanggil mengikut giliran yang diberikan. Tekanan darah kami dicatat. Darah kami juga diambil untuk diuji. Setelah proses ini selesai kami diminta menunggu sementara hasil laporan ujian darah masing-masing dimaklumkan. Jika bacaan darah OK barulah rawatan dapat diteruskan..

Dr yang bertugas hanya datang sekitar pukul 10 pagi. Mungkin selepas selesai masa lawatan Dr ke wad pesakit. Sementara tempoh menunggu masing-masing membuat aktiviti kendiri. Yang mendapat katil, ada yang membaca surat khabar. Tidak kurang juga ada yang bersarapan dengan bekalan sendiri. Ada yang meminta izin untuk membeli sarapan pagi.

Ada yang terus tidor.. Agaknya membayar waktu tidor yang terganggu kerana perlu bangun dan keluar awal dari rumah masing-masing bagi memastikan mendapat nombol awal yang membolehkan pesakit mendapat katil,

Yang memada dengan duduk di sofa, begitu rancak makcik-makcik bercerita. Walaupun menjadi pesakit tetapi dari senyum tawa mereka ketika bergurau, aku dapt merasakan semua pesakit yang datang membuat rawatan ini adalah mereka2 yang tabah dan kuat azam dan sabar.

Tiba giliranku dipanggil..Dr Pakar yg mengambil semua laporanku...Emm bacaan darah pn OK..nanti boleh terus diberi rawatan seperti biasa. Pesan Dr Z pada Ummi. Sehingga jam 12 murse yang bertugas sedia memasukkan tiub ke dalam tangan kananku. Selepas nenerapa ketika proses rawatan chemo ke 4 dilakukan..mengambil masa lebih kurang 25 minit, semua ubatan selesai dimasukkan.

Jam menunjukkan pukul 1.30 petang. Emm masih lama menunggu abah datang pukul 3 petang. Ummi mengambil peluang istirehat sehinggalah abah datang mengambil Ummi di lobi dan terus memandu balik ke rumah..

Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar...moga Allah memberi Ummi kesembuhan.

Ummi Wardah