Saturday, October 31, 2009

Sofea seronok sangat dia....


Nilah dining rumah kami di N-Park Batu Uban...

Best juga..rumahtu menghadap hutan buatan di tepi kolam renang....


Ni ..... bilik Sofiah di Penang la...tapi dia takut nak tidor sorang di bilik dia.



Yang ni pulak....Sofiah berenang. Boleh kata hari-hari..susah nak larang dia jgn pi kolam tu..dok intai dari koredor rumah..!




Tengokla Sofiah....punyala posing.....tu dia! di tepi kolam renang...macam ...eeerr...Chak...!!


Catatan dlm kenangan:
Ummi

Kenangan di Pulau Mutiara 2


















Catatan (2)





Bila bab makan pula...banyaklah tempat makan yang kami telah pi..semua tempat makan yang asasnya lauk ' kari/gulai' orang utara kata. Gulai ikan, ikan bawal, ikan nyok-nyok atau ikan duri. Kari itik, ayam, kambin, lembu dll.

Satu lagi , warung laksa asam ...banyak tempatlah yang kami telah pi tapi yang tak dapat lawan rasa sedap sangat laksa di pekan Kulim dekat stesen bas tu...memang kaw laksanya...


Kalau pi Penang atau Seberang Prai tak sah jika tak pi makan " Mee Udang"....Banyak warung yang jual tapi yang best sekali warung mee udang tepi sungai di Sg Dua...memang sedap meenya..

Tu dulu lah..ngantuk la pulak ari ni pasai apa tak taula...
Ummi

Friday, October 30, 2009

Kenangan di Pulau Mutiara.....2009








Sejarah dalam keluarga...!!!


Ummi lalu , mengimbau seribu kenangan, dlm perjalanan hidup ini.
Disember 2008 hingga Mei 2009 , melakar sejarah sendiri dalam keluarga kami. Abah telah ditugaskan di Pulau Mutiara. Nun jauh di utara. Tempat kerja abah bersebelahan desa kelahirannya Seberang Prai. Abah kata," Tak sangka setelah bekerja puluhan tahun tiba-tiba bekerja dekat kampung sendiri...Sungguh tak disangka...Inilah janji Allah dan takdirnya..".

Sejak itu juga hampir setiap minggu abah akan berulang alik antara KL-PP tanpa gagal...!
Perjalanan 5-6 jam merupakan weekly travelling ...yang menjadi rutin mingguan. Babah kata, "Dekat jer sebenar Penang ngan KL nie........!!".

Hari weekdays, jikapun ada rindu dan ingatan antara umi,abah dan anak-anak kami sama-sama pendamkan jauh2 di sanubari. Penghubung antara kami biasanya h/p dan e-mail...hampir setiap hari , pagi , petang atau malam antara kami mesti berhubungan..ya dalam sehari bukan sekali. Kekadang rasa rindu, sedih, kecewa, kesihan saling silih berganti...

Namun permustautinan sementara melakar sejarah keluarga,
Antara kelebihannya telah habis kami jejaki sekeliling Pulau Mutiara. Ceruk mana yang abah tak bawa kami..semuanya dah dijejaki...Dari Batu Uban, Batu Maung,Batu Feringgi , Balik Pulau, Bukit Bendera ,Empangan Air Itam, Padang Kota, Bayan Baru dan Bayan Lepas....paling teringat sekali..!

Lapangan Terbang Bayan Lepas antara singgahan kami jika ke sana atau ke KL menaiki Fire Fly atau Air Asia.
Abah bawa kami melihat kesan tsunami di kg pinggir laut dlm masjidnya. tak jauh dari Batu Feringgi...

Seingat ummilah kegemaran abah dari dulu lagi jika ada peluang, memang suka jalan dan ronda-ronda bawa kami semua sekeluarga. Masa berjalan nilah kami rasa yang paling 'best' sekali....

Selama tinggal di kondominium N-Park, Batu Uban, Sofiahlah paling gembira...kerana boleh dikatakan saban hari dia akan memuaskan diri mandi di kolam renang di Kondominium yang abah sewa. Tengokla gambarnya ...punyalah dia gembira....

Kondo 32 tingkat tak jauh dari jambatan PP. Nampak bangunan pencakar langitnya dari arah jambatan...ada 4 block kondo semuanya.

Batu Uban ni unik sedikit kerana di celah-celah bangunan tinggi ada perkampungan Melayu lama,ada kubur dan masjid serta tadika Kemas. Bahkan mengikut catatan di masjid Kg Batu Uban dinyatakan kg ini merupakan penempatan melayu Islam pertama di PP. Di kampung ini masih mengekalkan ciri-ciri tradisi kg melayu...rumah-rumah kayu dan separuh batu.Ada banyak ayam kg berkeliaran, mengingatkan ummi saat di kampung halaman di Sg Besar. Persis seperti ayam-ayam kampung yang emak bela.

Akan bersambung....dah ngantuk!!

Ummi

Wednesday, October 28, 2009

Doa dan ingatan buat sahabat...

Sahabatku.....!!
Hari ini, saat ini,
Seorang sahabat ummi tengah berdepan dengan perjuagan, antara hidup dan mati di bilik OT...nun jauh di Yiyang,negeri China, berjaulah semata-mata mengharap usaha mencari kesembuhan akan diperkenan Allah....

Ya Allah anugerahkanlah akh Dr Hafidzi kejayaan dalam pembedahan pemindahan buah pinggang beliau.....saat ini ya Allah. Engkaulah yang memberi sakit lalu menyembuhkan...
Tidaklah Engkau menzalimi kami Ya Allah..hanyasanya ia ujian dunia bagi insan....
lantas ummi tergerak menulis sesuatu ditujukan khas untuk Dr Hafidzi dan ukht Zuraidah..

"Salam~
Akhi, moga Allah terus memberkati anta dan semua keluarga atas ujian ini. Sesungguhnya Allah tidak sesekali menzalimi kita dgn memberi ujian ini tapi ia takdir Allah yang kita perlu redha, sabar dan terus berusaha mencari sebab penyembuhan.
....Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat kita dan amat dekat ya Akhi..

Allahu Yasyfika wa yassir umuroka...Ya Arhamar Rahimin...

Ukhtukum fillah,
Ust Marhamah, Hj Nahar & anak-anak khasnya anakda Sofiah Kauthar.
* Teringat/terbayang saat ana 2X masuk bilik OT untuk pembedahan pada 1991 & 1994.

Sahabat...seperjuangan,
Ummi Wardah

Kalau ia katakan ia....................

Catatan (4)

Ummi masih di bilik ini. Ummi masih melakukan tugas biasa ummi seperti sebelumnya.... Membantu guru terlibat dalam kes-kes disiplin, kaunseling, bimbingan,menandatangani beberapa perkara, menerima panggilan talifon, urusan pembangunan sekolah, menerima tetamu luar dll.....

Alahai......
Betulkah ummi ini...Hati ummi sebenarnya amat bimbang....jika ia suatu yang silap dilakukan. Bahkan menyalahi amalan wajar...ya jika dalam proses bersih diri , ummi akur....tapi tidak untuk minggu ke depannya.....

Jikapun ummi ni baik orangnya , akan ummi pastikan yang ummi tetap ada perinsip dan tiada orang yang boleh mempermainkan prinsip yang dipegang..Etika tetap ummi ikuti. Profesionalisme selaku pegawai pendidikan ijazah mesti dihargai dan dijaga.

Apapun....
Ummi perlu akur....kemanusiaan juga suatu yang dituntut dijadikan amalan. Tidakkah ia sudah sebati dalam sanubari, semenjak pertama kali usrah diikuti...
Usrah dan tarbiyah banyak mendidik ummi menjadikan ' sedar diri', hormat diri, mensyukuri anugerah Allah, syukur nikmat dan yang paling penting hormat sesama insan dan makhluk alam ini, tolong menolong, berbaik sangka, bersahabat, berukhuwwah....Lantas , setegas-tegas ummi , ummi amat masih bertoleransi....

Semuanya kerana ummi diajar, kita lakukan amal kerana Allah semata-mata...!!
Jikalah itu yg dimaksudkan, ummi berdoa moga amal yang dilakukan dipandang Allah dengan pandangan kasih sayangNya dan rahmatNya...Justeru tiada yang lebih bahagia dlm hidup ummi melainkan merasa-rasa Allah amat Mendengar, Melihat, Membantu lagi amat hampir dengan diri....
Ya Rabb, Alaika tawakkatu wailaikal masir.....Rabbana taqabbal minna..

Ummi Wardah.

Thursday, October 22, 2009

21 Oktober 2009..Hari Bersejarah

Catatan (3)

21 Oktober 2009: Hari yang amat bersejarah buat ummi...mana taknyer...
Berakhirlah tempoh ummi memangku jawatan selaku PK HEM SAMTH selama 10 bulan......Jan. - Okt. 2009.
Ya Allah aku bersyukur padaMu memberi peluang menambah nilai amal dan pengalaman selaku pentadbir....
Ummi banyak mempelajari sesuatu sepanjang tempoh -tempoh tersebut....

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh itu. Bantuan,sokongan dan sumbangan semua Semua Pentadbir,S/U Unit Hem, Staf sokongan dan Penyelia Asrama dan barisan Waden Asrama. Akhirnya anak-anak didik dari saf pengawas hinggalah kepada murid di kelas ..terima kasih semua ..Ummi just to say,
" I love U'll lillahi Ta'ala..."


Allahu Akbar....ummi amat terasa bagaikan terngiang-ngiang lagi doa dan munajat ummi apa yang ummi rasa dan fikir ketika memanjatkan doa ......di sekeliling Kaabah ketika bertawaf dan ketika sujud dan munajat di malam hari......

Lantas bila Ummi melihat surat BPI KPM semalam yang Pn Ramlah adalah PK HEM SAMTH mulai 16 Oktober 2009, hatiku amat teruja sekali, " Ya Allah Engkau Mendengar doaku ya Allah..

Ya Allah tetapkanlah hati ummi di jalanNya. Rasa kecil dgn keinginan dunia ini......
Dalam sujud syukur ummi menagisi kekurangan yang ummi lakukan sepanjang tempoh itu...
Bimbang dengan tugas dan amanah yang telahpun dipikul di bahu....yang semuanya bakal menjadi persoalan di MahkamahMu ya Allah...

Ramai k/tangan awam menganggap 'pangkat' itu kemuliaan dan kebanggaan...Ya betul juga tu, tetapi ummi yakin jika orang yang mengingati mahkamah Allah ' kebanggan itu' amat digeruni.....

" Ya betul lah ustazah...nak ucap takziah/tahniah saya tak taulah jadinya...". Ucap teman seperjuangan....
Takziah kerana sepertinya ' turun darajat' . Tahniah kerana dirasakan rengan tubuh memikul beban.....selepas ini boleh tidur lebih lena ....

Ala kullihal ....Alhamdulillah....

Ummi
Bdr Puteri

Tuesday, October 20, 2009

Tazkirah Zulqaedah

Pesanan Ruh Kpd Umat Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-lukadengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan ister iku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepa tkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apayang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu diabertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya . Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A..S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tudapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

D ari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itudicabut nyawanya maka datanglah malaika t maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadik an lidahnya berzikir kepadaAllah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia punkembali kepada AllahS.W.T.dan me njelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapikeluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan in i mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. "Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadir i majlis-majlis ilmu."Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendenga r bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W .T. berfirman yang bermaksud:"W ahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu danmenunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan sepe rti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W, Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Monday, October 19, 2009

Bila Takdir Allah Telah Tiba..........


( Catatan 2 sambungan..............)

Begitu cepat kereta pengangkut ' tot-tot ' sampai untuk membantu....Abah terasa seperti disengajakan mereka menabur serpihan tayar tu supaya jika akan ada kemalangan. Dengan itu, akan adalah kerja dan rezeki yang boleh dibuat ekoran kemalangan yang berlaku...Ummi dan Abah telah dihantar pulang ke rumah dan abah meneruskan urusan membuat repot di balai polis dan mengambil barang-barang yang masih tertinggal di dalam kereta di workshop di mana kereta abah ditarik oleh 'tot-tot' itu.

Ummi dihantar along ke klinik berdekatan tetapi doktor menasihatkan ummi pergi ke hospital, tetapi ummi tak pergi. Sebaliknya ummi hanya berehat dan tidor awal....sehingga ummi tak sedar ketika abah balik malam itu.


Keesokan hari hari cuti sekolah sempena perayaan Depavali. Seharian ummi berehat sementelahan kepala terasa masih berat......
Malamnya dengan adinda Siti Zainon ummi ngan abah serta Non ke Bangi kerana urusan tarbiah. Kami bertolak sblm maghrib dan bersolat di Putrajaya.
Sesampainya kami belum begitu ramai yg hadir...
Setelah mengambil sebotol air dan sebiji mafin kami mengambil tempay duduk bersama Kak Ani.....
Semasa bersalaman Kani sempat menyebut...Kani sehat Mar wlpn kurus...
Ramei teman lama dan baru yg kutemui....
Program berakhir hampir tengah malam. Selepas solat isya ummi merebahkan badan, berehat dan tidor.....
Nikmatnya tidor hingga ke pagi..
Esok hari Sabtu , agenda lain menyusul
Yang sudah dirancang ....
Ummi Mar
20 Okt.

Sunday, October 18, 2009

Bila Takdir Allah Telah Tiba....

Catatan (2)

Tanggal 15 Okt 2009 adalah hari yang tidak dapt Ummi lupakan.....

Masakan tidak......!!
Pukul 8.25 minit malam tersebut Ummi dan Abah dalam perjalanan ke mesyuarat Wanita pusat. Seperti biasa Abah akan jadi driver dan teman setia Ummi menghantar dan menunggu ummi hingga mesyuarat selesai. Perjalanan dari Klang ke KL bukannya dekat. Paling cepat pun dengan pemanduan abah yang standard jika tiada aral 45 -50 minit, barulah kami sampai di kompleks JIM tu. Jika ummi yang memandu paling cepat standard pemanduan ummi 1jam barulah sampai.
Dipendekkan cerita.....mlm 2 Okt tu Ummi memang agak ' rasa berat' nak pergi mesyuarat, wlpn dah maklum awal dan memang bersedia untuk pergi..tetapi entah kenapa hati ummi agak liat sikit malam itu..hingga Ummi menyuarakan pada along...Mlm ni ummi rasa ' segan je' nak pegi, tapi abah tu amat bersemangat nak hantar pula..
Ummi pun segera ambil beg khas yang biasa dibawa untuk mesyuarat dan bergegas keluar menuju kereta yang telah beberapa minit abah menunggu di dalam keretanya...

" Kenapa lambat mi, kan dah lewat ni...". rengus abah pada ummi sebaik ummi melabohkan punggung di seat duduk sebelah kiri.

Sampai di depan kedai 99 ummi suarakan keinginan makan jagung rebus. Tanpa berlengah abah pun segera berhenti di warung jagung rebus di depan kedai 99 dan membeli 2 tongkol jagung siap untuk di makan. Kami berdua pun meneruskan perjalanan sambil asyik bercerita dan makan jagung rebus yang masih panas itu...

Lebihkurang sepuluh minit kami telahpun sampai di tol Jalan Kebun..Ummi merasakan kelainan pemanduan abah, kenapa abah terlalu dekat dgn kereta didepannya semasa hampir dengan pos bayaran tol...hatiku berdoa moga selamat perjalanan ini.

Selepas melepasi tol abah mula memecut laju, lantas ummi bertanya," Agak-agak pukul berapa bah kita boleh sampai di kompleks JIM ni..?". Tanya ummi ingin kepastian. Mensyuarat sepatutnya bermula 8.30 malam, sedangkan kami masih lagi di Shah Alam.

" InsyaAllah pukul 9.15 kita akan sampailah..". Jawab Abah dengan bangganya. Ini ummi kira kerana abah cukup yakin dengan kekerapannya memandu dari Klang ke KL abah mampu memecut laju dan menggunakan jalan-jalan yang paling tepat. Kalau ummi hanya tahu 2 laluan sahaja untuk ke sana, tapi abah memang ummi akaui banyak jalan-jalan pilihan yang diketahuinya. KL bagi abah merupakan laluan hariannya.

Beberapa minit kemudian, " Kenapa lain macam je kereta depan tu umi...". Abah bersuara. Ya Ummi juga melihat tiba-tiba salah sebuah kereta di depan kami di lorong laju mengalihkan pemanduan ke lorong sebelah kiri. Ummi melihat seolah-olah ada sesuatu terbang melayang, dan tiba-tiba kereta di depan kami bergerak perlahan dan menahan break kecemasan.

Berkata-kata hati ummi..." Eeehhh ..kenapa ni ..la abah ...!!!". Baam ....!!! Bunyi dentuman amat kuat kereta abah melanggar kereta BMW di depan kami. Ummi sempat menahan dari terhantuk ke hadapan...tetapi tiba2...badan Ummi ternaik ke atas dan hampir tercampak ke belakang. Kepala ummi terhantuk sesuatu, tudung tercabut ke belakang dan kaca mata ummi terpelanting entah di mana..... Ummi sempat mendengar bunyi brek yang ditarik sekuat hati dari arah belakang kereta kami. Ummi yakin itu adalah bunyi brek yang ditarik dengan sekuat hati oleh pemandu BMW di belakang kami yang menghentam kereta kami. Selepas beberapa saat semua 3 buah kereta yang terlibat pun terhenti di lorong paling kanan(lorong paling laju) di lebuh raya KESAS berhampiran exit S.Alam/Puchong....

Aku hanya menyebut .." Ya Allah, Lailahaillah......bah apa yang berlaku ni...ya Allah...!!." OK OK ummi jangan panik......kita accident ni...". Abah nampak agak cemas. Aku melihat asap keluar dari enjen kereta kami, lalu aku segera menjerit , " Bah ..jom kita cepat keluar...!! ada asap kereta..!!". Aku amat bimbang jika berlaku kebocoran tangki minyak yang boleh menyebabkan kebakaran. Waliyazubillah....!!

Seseorang membuka pintu kereta dan meminta kami segera keluar dari kereta, bimbangkan keselamatan kami. Selepas abah mendapatkan kaca matanya yang terpenting kami pun keluar. Ummi cuba berdiri tapi tak boleh disebabkan kepala ummi pening dan terhoyong hayang. Melihat keadaan ummi, Abah segera memegang ummi. dan bertanya, " Ummi rasa apa..?". " Ummi pening dan rasa terhoyong hayang ni..". Agaknya dentuman kuat letika melanggar dan dilanggar menyebabkan kepala ummi terhantuk dan terlantun. Tetapi ummi tak pasti terhantuk apa kepala ummi. Ummi cuma merasakan leher agak sakit dan kepala bengang.Untuk meredakan keadaan ummi terus duduk bersimpuh di tepi divider lebuhraya supaya ummi tidak tumbang sementara abah berurusan dengan pemandu terlibat dan kumpulan ' penarik kenderaan' tot tot...

( bersambung....)

Monday, October 12, 2009

Dia yang Menyembuhkan....

" Apabila sakit Dialah yang Menyembuhkan.."

Bunyinya merupakan suatu yang lumrah dalam kehidupan.
Ya ..bagi yang menghadapi kesakitan pastinya ungkapan ini merupakan suatu ' perasaan' yang sangat hampir di hati. Betul seperti kata orang nikmat itu amat terasa bila dia hilang dari kita. Tetapi nikmat , bagi yang diberi ' sakit' kerana dengannya hati jadi selalu ingat, bahawa umur, sehat, nikmat bahkan segalanya cuma pinjaman yang dibilang-bilang dengan jari mungkin amat2 hampir akan hilang dari diri.

Tarikh 23 Jun 2009 kali pertama ummi melalui ujian pemeriksaan doktor kerana kerisauan ummi kepada payudara yang agak luar biasa, di Pantai Medical Centre Pelabuhan Klang. Ummi menemui Dr Noor Jahan yang telahpun seperti doktor peribadi ummi semenjak ummi mengandungkan anak pertama. Sejarah panjang rawatan ummi ada dalam rekod doktor ini. Dr Noor amat terkejut bila membuat ujian tekanan darah ummi menunjukkan 200/140. Terpacul dari mulutnya," You will die anytime.." Selepas itu panjang lagi leterannya pada ummi....Kerisauannya jelas terpancar di raut wajahnya... Esoknya 24 Jun ummi terus membuat beberapa ujian lanjutan: memogram, scan breast, blood test dan urin test.
Sebenarnya kali terakhir ummi datang menemuinya pada Ogos 2007. Seingat aummi , ummi membuat ujian pepsemier....dan ummi tidak mengambil laporan ujian tersebut sehinggalah ummi datang semula hari itu...

Hari ini ummi telah membuat suatu keputusan yang besar dalam hidup...
Perjuangan mencari penawar bagi sakit yang dideritai meminta ummi membuat suatu keputusan besar. Pilih dan Tawakkal.
Setelah bersolat hajat dan istikharah,Ummi tekad, Ummi telah mengambil hanya ubat herba Hj Osman Kelantan dan air serta minyak zaiton yang dijampi oleh abah. Ummi tinggalkan rawatan homeopathy dan herba -herba yang lain.......................Ya Rabb alaika Tawakkaltu...

Semenjak 4 bulan telah berlalu, ummi berusaha mengubati dengan rawatan homeopathy, herba Bio, herba Melayu dan Air serta minyak zaiton yang dijampi....tidak dinafikan ada kesan positif dgn pengamalannya. Sengal dan denyutan dibawah ketiak serta di belikat belakang kanan , ummi rasa semakin hilang....

Rawatan ubat ini ummi ambil setelah disahkan, ummi pengidap breast cancer stage 3A dengan tahap agresif 3 hampir 5 bulan dulu oleh pakar surgery HUKM. Dr Saladina Jazmin doktor yang telah disyorkan kepada ummi oleh seorang teman untuk ditemui di HUKM. Terima kasih Ukht Dr Liza , kerana atas pertolongannya mempercepatkan banyak urusannku dengan rawatan di HUKM ini. Tarikh 23 Julai merupakan tarikh aku dimaklumkan selaku pesakit oleh Dr Saladina.

Tampak di wajah doktor rasa hiba ketika mengumumkannya. Beberapa anak murid(bakal doktor) doktor separuh umur ini turut tampak riak kesedihan. Namun heran, aku sendiri jadi hairan kerana aku tidak sedih atau terkejut dengan berita itu... Ummi lihat abah yang amat tersentuh dengan berita itu. Hibanya abah ummi dapat rasakan, hinggakan bila mahu pulang jalan arah pulang pun hampir tersasar, walaupun jalan pergi dan balik ke HUKM bukan jalan asing bagi abah...Begitu juga Dr Liza sahabatku yang kami temui sebelum kami pulang, air matanya tidak dapat ditahan lagi, bila mendengar penerangan ummi dan abah tentang pengesahan doktor tadi...

Ya... sejak hari pertama aku di HUKM ada beberapa orang bakal doktor yang turut serta dalam proses rawatan yang dilakukan oleh dr pakar. Aku masih ingat lagi betapa sakitnya bila doktor melakukan ' biopsy' sebanyak dua kali. Setiap kali sedutan di' tembak' ke payudara kananku darah memancut agak tinggi. Aku memalingkan muka dari melihatnya, namun air mata kesakitanku aku tidak dapat menghalang....bila dr bertanya tahan sikit ya puan...hanya Allah yang tahu betapa sakitnya. Hatiku 'jengkel' .
Kenanganku 15 tahun dulu ketika aku terlantar di hospital kerana pembedahan 2kali untuk membuang syis dan axtopic pretnancy sebanyak 2kali terbayang semula...Setiap kali doktor melakukan injuksi ke badanku amat terasa sakitnya...sehingga tanganku seketika itu menjadi bengkak kerana beberapa kali tusukan jarum untuk memasukkan pelbagai ubat-ubatan.....Aku hanya pasrah .....Apakah situasi itu kan kembali berulang di usia emasku kini, jika aku sekali lagi akan terlantar di hospital kerana rawatan2 lanjutan seterusnya..........!!
Ya Allah Ya Latiff...Engkaulah Pemberi Jalan Kesembuhan....!!

Moga Ummi terus kuat &tabah.


Friday, October 9, 2009

Hari ini dalam sejarah......

Coretan (1)

Hari ini 21 Syawal 1439 hijrah.
Walaupun dah penghujung Syawal..tetapi jamuan makan 'open house' makin lebat. Masyarakat kita meraikan aid fitri dgn jamuan makan sebulan juga..jika tak kerana jemputan biasanya kurang atau tiadalah kunjung mengunjung sesama kita hatta jiran tetangga...

Agaknya bila kita semua berazam kembali kepada tuntutan aid tu ye..
Aid Fitri pada bulan Syawal hanya disambut hari pertama sahaja. Sunnat bertakbir bermula ghurub matahari malam awal Syawal@malam hari raya, sehinggalah imam takbiratul ihram solat sunat Aiddul fitri shj. Yg afdhalnya malam syawal tu jagan tidor banyak tetapi penuhkan dengan bertakbir sebab malam tu Allah kurniakan pelepasan azab neraka bagi yang memohonnya. Tanda meraikan ' kemenangan' melalui ujian sebulan Ramadhan.

Bab bekunjung hari raya ni, yang penting jgn lupa puasa enam Syawal . Jangan dek kerana sebok memenuhi undangan sampaikan terlupa mengejar pahala berpuasa sunat enam yang meyamai puasa setahun ganjarannya...

Yang lama/panjang sambutannya...aa..nanti Aidul Adha..4 hari lamanya. Boleh bertakbir banyak-banyak. Menyembelih korban ..aa...ajak mai kekawan manjamu makan. Tapi tak gitu pulak ya... Terkenang masa belajar di Kelantan antara 79-81 dulu-dulu. Boleh kata tiap-tiap rumah buat jamuan korban. Tu yang meriah sambutan Aidul Adha berbanding Aidul Fitri yang hanya disambut ala kadar dan sehari sahaja. Tapi sekarang di Kelantan ke Terengganu ke same jer la rasa ummi. Tandanya bila raya Iduul Fitri berbondong-bondong anak kelantan dan terengganau yang balik kampung sampai jam jalan raya ke sana...tapi masa Idul Adha tak jam pun...agak-agak umi budaya sambutan di sana pun dah tak jauh beza dengan di negeri lain dah...tak macam dulu-dulu..sambut habis puasa enam macam hari raya kedua dalam bulan syawal nie..
Bab sambutan ni, pun sebenarnya tak perlu lama. Agak-agak ummilah, sambutan perayaan ni memang Islam tak galakkan berlama-lama. Sebab jika lama-lama tu banyak mengundang pembaziranlah agaknya.
Bazir masa, tenaga dan harta...... bahkan Islam melarang kita berlebih-lebih dalam bergembira.....

EEEmmm...mai kita sama fikir dan laksanlah no..
Ummi Mar
21 Syawal 1430H

Assalamualaiku wrth wbrkht

Salam Pembuka bicara

Assalamualaikum dimulakan bicara saya.
Menyahut cabaran dunia siber, hati terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan berinteraksi melalui maya. Moga ia kan jadi medan mengasah bakat dan cita-cita yang terpendam lama, jauh disanubari mengimbau kenangan lama. Aku mahu jadi penulis.....!!
Menulis apa....!!
Menulis apa sahaja yang boleh mengasah minda, mengeluar idea, mencoretkan pengalaman, rasa suka duka dan harapan masa muka...paling penting biar minda terus hidup dan berkembang walaupun usia terus meningkat warga emas...
Jika ada manfaat yang paling baiknya untuk diri sendiri.
Jika anak-anak ummi membacanya , moga ada rasa gembira dan syukur
jika anak murid ummi yang membacanya , moga ingat dan saling mendoakan
jika teman ummi yang membacanya, moga bertambah sillaturrahmi
jika yang menyayangi ummi yang membacanya, moga Allah tambahkan mahabbah hingga di akhirat nanti.

Aminn...
Yang baik untuk semuanya.