Thursday, April 29, 2010

The new Dirty Dozen: 12 foods to eat organic and avoid pesticide residue

Fruits and veggies are an essential part of a healthy diet, but many conventional varieties contain pesticide residues.

And not all the pesticides used to kill bugs, grubs, or fungus on the farm washes off under the tap at home. Government tests show which fruits and vegetables, prepared typically at home, still have a pesticide residue.

You can reduce your exposure to pesticides by as much as 80% if you avoiding the most contaminated foods in the grocery store.

To do so, you need the latest info from the why the Environmental Working Group's "Dirty Dozen" list of foods most likely to have high pesticide residues. Since 1995, the organization has taken the government data and identified which type of produce has the most chemicals.

This year, celery takes the number one spot and both blueberries and spinach make an appearance (displacing lettuce and pears).

The best way to avoid pesticide residue on foods is to buy organic produce -- USDA rules prohibit the use of pesticides on any crop with the certified organic label.

Here's a closer look at the 2010 Dirty Dozen:

1. Celery
Celery has no protective skin, which makes it almost impossible to wash off the chemicals (64 of them!) that are used on crops. Buy organic celery, or choose alternatives like broccoli, radishes, and onions.

2. Peaches
Multiple pesticides (as many as 62 of them) are regularly applied to these delicately skinned fruits in conventional orchards. Can't find organic? Safer alternatives include watermelon, tangerines, oranges, and grapefruit.

3. Strawberries
If you buy strawberries, especially out of season, they're most likely imported from countries that have less-stringent regulations for pesticide use. 59 pesticides have been detected in residue on strawberries. Can't find organic? Safer alternatives include kiwi and pineapples.

4. Apples
Like peaches, apples are typically grown with poisons to kill a variety of pests, from fungi to insects. Tests have found 42 different pesticides as residue on apples. Scrubbing and peeling doesn't eliminate chemical residue completely, so it's best to buy organic when it comes to apples. Peeling a fruit or vegetable also strips away many of their beneficial nutrients. Can't find organic? Safer alternatives include watermelon, bananas, and tangerines.

5. Blueberries
New on the Dirty Dozen list in 2010, blueberries are treated with as many as 52 pesticides, making them one of the dirtiest berries on the market.

6. Nectarines
With 33 different types of pesticides found on nectarines, they rank up there with apples and peaches among the dirtiest tree fruit. Can't find organic? Safer alternatives include, watermelon, papaya, and mango.

7. Bell peppers
Peppers have thin skins that don't offer much of a barrier to pesticides. They're often heavily sprayed with insecticides. (Tests have found 49 different pesticides on sweet bell peppers.) Can't find organic? Safer alternatives include green peas, broccoli, and cabbage.

8. Spinach
New on the list for 2010, spinach can be laced with as many as 48 different pesticides, making it one of the most contaminated green leafy vegetable.

9. Kale
Traditionally, kale is known as a hardier vegetable that rarely suffers from pests and disease, but it was found to have high amounts of pesticide residue when tested this year. Can't find organic? Safer alternatives include cabbage, asparagus, and broccoli.

10. Cherries
Even locally grown cherries are not necessarily safe. In fact, in one survey in recent years, cherries grown in the U.S. were found to have three times more pesticide residue then imported cherries. Government testing has found 42 different pesticides on cherries. Can't find organic? Safer alternatives include raspberries and cranberries.

11. Potatoes
America's popular spud reappears on the 2010 Dirty Dozen list, after a year hiatus. America's favorite vegetable can be laced with as many as 37 different pesticides. Can't find organic? Safer alternatives include eggplant, cabbage, and earthy mushrooms.

12. Grapes
Imported grapes run a much greater risk of contamination than those grown domestically. Only imported grapes make the 2010 Dirty Dozen list. Vineyards can be sprayed with different pesticides during different growth periods of the grape, and no amount of washing or peeling will eliminate contamination because of the grape's thin skin. Remember, wine is made from grapes, which testing shows can harbor as many as 34 different pesticides. Can't find organic? Safer alternatives include kiwi and raspberries.

More Healthy Eating Tips From The Daily Green

Reprinted with permission of Hearst Communications, Inc.

Erti sejambak/segugus bunga...




Jambangan bunga yang baru digubah di bilik UBK hasil kreatif Pn Zaiton Yusof. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja....


Hasil gubahan beliau yang kedua juga menjadi hiasan di satu sudut di bilik UBK.


Gubahan bunga hidup yang disediakan di hadapan tempat santap Sultan Selangor di dewan santapan di dalam Dewan Al-Bukhari SAMT Sultan Hisamuddin sempena perasmian sekolah pada hari ini 29 April 2010.

Catatan peribadai Ummi Wardah.

Pokok-pokok yang sangat berbakti....

Ini pokok yang Ummi tanam di tepi sinki dapor.


Ini pula pokok yang Ummi jadikan hiasan di atas meja kopi ruang tamu bilik UBK di sekolah.


Selain mencantikkan halaman rumah sebenarnya pokok-pokok sentiasa berbakti kepada kita penghuni rumah. Peranan pokok ialah menghasilkan oksijen yang amat diperlukan oleh manusia. Itulah ibadah yang dilakukannya tanpa cuai sebagai pengabdiannya kepada Allah demi membantu manusia meneruskan kelangsungan hidup sebagai khalifah di bumi ini...Adakah kita selalu menyedari hakikat ini....?

Justeru bagi ummi antara petua yang diamalkan bila menghampiri pokok-pokok yang ada di halaman tu selalu bercakap-cakap dan berterima kasih atas peranannya ini..Ya..zahirnya mereka tiada respon spontan kepada kita kecualilah pokok semalu, tetapi hakikat yang kita pelajari dari ilmu aqidah ya.. semua pokok juga berinteraksi dan boleh bertutur sebenarnya. Tapi Maha Suci Allah yang menghijab kita buat seketika di dunia ini...ia juga bakal menjadi saksi di akhirat atas amalan yang kita telah lakukan didunia ini.

An-Nur:41. Maksudnya,
" Tidakkah engkau tahu(Muhammad)bahawa kepada Allah-lah bertasbih apa yang ada di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing2 sungguh telah mengetahui cara berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan ".

Petua yang Ummi amalkan ini, ummi selalu lakukan bila ummi di dapor kepada pokok renek di tepi sinki, begitu juga pokok yang ditanam di dalam pasu berair dibilik UBK sekolah. hasilnya MasyaAllah pokok -pokok ini menghairankan Ummi kerana ia begitu subur dan menghijau, sehinggakan teman sebilik Ummi di bilik UBK juga heran pokok yang Ummi tanam subur menghijau sekalipun tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Subhanallah...!!




Pokok-pokok renek bukan sekadar hiasan, tetapi ia memberi hasiat yang sangat baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Pokok oregano ini contohnya amat subur dan amat mudah ditanam dan dijaga. Orang Europe mengeringkannya serta mengekspotnya untuk kegunaan masakan macaroni. Kita boleh mendapatkannya di mana-mana supermarket..!Begitu..mereka memperomosikan makanan dan masakan mereka kepada dunia. Siapa yang tidak mengenali macaroni yang amat dekat dengan jenama Kolonial Makanan Segera Pizza hut, Mc Donald dll...

Jika kita gunakannya dalam masakan macaroni memang sedap. Ummi suka memakannya sebagai ulam ketika makan. Ia menghasilkan bau yang segar...Selalu jika kita beli di pasar ulam-ulaman ini, paling kurang seikat berharga 50 sen hingga satu ringgit. Kadang-kadang untuk menghabiskannya mengambil masa beberapa hari dan kita simpan di dalam peti sejuk di rumah.

Ada ketika juga jika kita selalu tidak makan di rumah lantaran sibuk atau bertugas di luar kawasan, ulam yang kita beli sudahpun layu dan mungkin juga rosak. Jadi Ummi amat gemar menanam sendiri ulam-ulaman ini kerana selain segar dari pokok, mengambil mengikut kadar keperluan ia juga amat menjimatkan. Disamping..rasa best..nikmat, rasa amat gembira bila tengok pokok-pokok menghijau...menenangkan fikiran dan mendekatkan rasa syukur pada Penciptanya...
Taman mini herba.
Tinggal di bandar yang memiliki kawasan tanah yang kecil, masih memberi peluang untuk mewujudkan taman mini. Taman mini herba yang ditanam dengan pelbagai pokok ulam-ulaman juga mat bermanfaat.

Daun-daun pokok yang hijau menandakan proses membuat makanan /fotosentisis berlaku. Semakin banyak dedaun yang hijau bermakna semakin banyak oksijen yang dihasilkan..Maha suci Allah yang menyediakan teknik pembersihan udara secara tabii kepada manusia. Alangkah hebatnya kasih sayang Allah pada manusia ini...!!

Pokok misai kucing,pokok delima, chekor dan pokok selasih, pokok kari,pokok limau purut serta pegaga. Inilah antara pokok-pokok yang ada dihalaman rumah ummi. Ummi ambil daunnya untuk pengubatan cancer yang dideritai. Diambil beberapa helai daunnya direbus dengan pelbagai tambahan herba dan rempah ratus dan diminum airnya mengikut sukatan dan kekerapan yang ditentukan oleh tabib yang mengubati Ummi.

Daun delima pula boleh mengubati cirit-birit akibat keracunan makanan. Ambil secekak daunnya direbus dengan 2 cawan air dan diminum bila sejuk, insyaAllah boleh menyembuhkan. Ketika abah sakit perut balik dari lawatan ke Indonesia tempoh hari setelah bertanya tabib yang mengubati ummi , ummi buatkan ubat sendiri untuk abah dan Alhamdulillah sembuh dari sakit perut yang dideritai sehingga terpaksa bercuti /mc kerja beberapa hari, juga setelah makan ubat yang diambil dari dr namun belum juga sembuh sepenuhnya walaupun ubat sudah dimakan. Selamat mencuba....

Ummi Wardah.
Bdr Puteri.

Hutan Batu.....Gaya hidup baru masyarakat bandaraya...



Sebahagian dari pembangunan bandaraya Kuala Lumpur . Bangunan-bangunan tinggi menjadi landscap utama bandar-bandar utama di Malaysia...Ia adalah lambang kemajuan dan peradaban...? Adakah jika tiada bangunan tinggi menandakan satu kemunduran tamaddun satu bangsa dan negara...?

Penempatan penduduk kotaraya...rumah-rumah appartment yang dibangunkan bagai cendawan tumbuh....

Satu pemandangan yang diambil dari lebuhraya Duke ketika ummi melaluinya balik dari menghantar kak Ngah ke UIA bagi mengikuti sesi semester pendeknya bermula 26 April lepas.

Catatan Ummi.

Acara sukan Pra U Kak cik di KISAS....


Acik pula menang Naib Johan acara Bola jaring dalam acara sukan yang diadakan di KISAS.

Inilah pasukan SAMT Sultan Hisamuddinbersama guru pengiring Puan aini Abdullah dan Ust. Norkhairiah.Seawal 7.30 pagi Ummi telah menghantar Kak Cik pagi tu terus ke KISAS. Kak Cik yang pakai baju WA tu. Kadang2 Ummi fikir Acik ni kuat ke main bola..nie..? rupanya menang juga Naib Johan.
Moga-moga anak-anak Ummi selalu beriadhah sebagai amalan untuk kesihatan ...Remaja amat2 perlu sangat bersukan supaya dapat mengeluarkan toksid yang berada di dalam tubuh badan. Apatah lagi remaja yang mempunyai tenaga yang banyak...Jadi ia perlu digunakan dan dinyahkan melalui aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh..dan menggunakan tenaga fizikal.

ummi V U..

Sofiah menyertai karnival sukan SRI Hira...


Baju ni babah belikan di koperasi sekolah. .


Acara Fun Ball Tahap 1


Gaya atlet cilik buat pertama kalinya menyertai pertandingan dalam sukan sekolah. Sangat excited dari balik sekolah sepanjang perjalanan balik ke rumah dipakai hadiah tu di leher.


Inilah ummi hadiah bagi kategori Johan acara Fun Ball yang Sofia menangi dengan kawan-kawan sekumpulan. Adik masuk dua acara tapi yang satu lagi kalah...

sofiah nie suka beriadhah..katanya nak kurus badan lagi....sbb satu-satunya anak Ummi yang badan 'caby' sikit nih..

Ummi.

Wednesday, April 28, 2010

Gambar paling heran/lucu hari ini...


Cuba tengok betul-betul gambar ini.....
Hebat betul sdr ni...boleh berkawan baik benor dgn lembu yg bijak memandu....motor cycle nya tu..

Tuesday, April 27, 2010

Watikah Undangan Raja Sehari ....

Salam kasih buat anak-anakUmmi,


Baiklah....just to share tulisan ni...moga menenang jiwa seketika...seperti yg Ummi tersentuh dgn membacanya.

Petang ni Ummi membaca satu jemputan walimah sedara yg akan berlangsung majlisnya pada Jun nanti.Terasa indah dan penuh kiasan pengajaran yang mendalam, akan kata-kata ucapan yang disisipkan di atas Watikah Undangan Raja sehari itu. Ingin berkongsi dengan semua yang membaca capaian ini.

Moga yang ditulis ada kebaikan yang boleh dikongsikan.

Watikah Undangan Raja Sehari;

Tak perlu mencari teman scantik Balqis, Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim, Andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Mengapa didambakan teman hidup bak siti Khadijah andai diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Allah, agar dia kan terus menjadi milikmu, teman dan rakan seperjuaganmu. ..

Maknanya ; Baca dan fahamkan sendiri.

Tp yg perlu dihayati, hidup menjadi suami isteri, kena sentiasa berusaha pastikan mindset kita sentiasa 'benar' dan siap siaga menghadapi 'ujian dan mehnah' yg lebih berbanding situasi sebelumnya.. .
Bahtera yg ditumpangi pasti ada laluan sukarnya di lautan luas.Perlu 'sabar dan berlaku adil', terhadap diri dan pasangan, serta tinggi ' bergantung harapnya' dengan Yang Maha Berkehendak memberi ujian itu.

Kadang2 terfikir bagi wanita antara ujian yg pasti dilaluinya ialah 'ujian sakit' dari mula mengandungkan anak hinggalah melahirkan seterusnya membesarkan anak2...kadang2 3 sbb ini menjadi punca kepada mengalami 'sakit2' yg lain-lain pula...Maha Suci Allah yang menjadikan wanita cukup persediaan awal kemungkinan untuk' fasa sakit2 ini' dgn diberinya kitaran haid bulanan. Namun benarkah wanita lbh kuat menahan sabar bila di uji dalam rumahtangganya. .? yg ni kita para wanita kena jawab sendiri.

Namun yang pasti menjadi suami/isteri ianya adalah memenuhi sunnatullah Yang Maha Bijaksana menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Surah Yassin: 36

{36} سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

Justeru, tidaklah mulia menjadi SUAMI/ISTERI kecuali jika melaksanakan amanah mengikut yg ditentukan syarak. Begitulah ketentuan Allah hanyasanya tujuan pembinaan keluarga meyempurnakan dan melengkapkan salah satu amanah penciptaan dan kehidupan manusia iaitu UNTUK MENGABDIKAN DIRI HANYA KEPADA ALLAH.

Lantas ketaqwaan menjadi asas penilaian siapakah suami/isteri yang paling Mulia di sisiNya. Sayugia setiap suami dan isteri perlu menunaikan amanah memastikan dan membantu pasangan untuk terus istiqamah membina keupayaan agar dapat terus menunaikan amanah sebagai hamba Allah dengan ttugas sebagai suami,isteri, ibu dan ayah.

Ingatlah Asiah isteri kepada suami yang zalim Firaun. Dengan sifat taqwa yang ada di dalam diri dapat menjadi benteng dari terjerumus sama dengan kezaliman si suami, bahkan ia menyerah dan penuh harap dengan janji Allah di akhirat nanti...dengan doanya Ya Allah... binalah padaku syurga di sisimu di akhirat nanti....

Suami/isteri yang bertaqwasaling menjadi penasihat kepada pasangan atas kesilapan yang dilakukan. Bukan kerana ' cinta' maka turut terjerumus dalam dosa...

Inilah hakikat sunnah berkeluarga....




Tu sahaja.
Syukran.

Saturday, April 24, 2010

Bunga Bakawali.......?



Dulu-dulu masa sekolah rendah..dok ingat ada satu tajuk dalam buku Bacaan BM, Bunga Bakawali......
Tu buku sekolah rendah tahun 60an. Cerita macam cerita dongeng la....Salah satu ungkapan penulisan cerita 'dongeng lama' ni lagu ni,".....arakaian maka adalah putera raja itu teramat letih dan lesu.. kerana sebelum bertemu nenek kebayan baginda telah masuk dan keluar hutan belantara tujuh pernama lamanya...."

lepas baca cerita lagu tu kan dok mai fikiaq ," Luas sungguh no hutan zaman tu......! " . Zaman tu bila.. tak tau ..tp macam dlm 'kayangan'. Kayangan tu apa dia ..juga tak tau nak khabaq...
tu zaman Ummi kecik2 60an kan org kampung suka betui cerita2 lagu tu....pakat dengaq la drama bersyair di radio yg disiarkan bersiri....dok ingat2 lg berasa rugi jika tertinggal dengaq satu episod.....walhalnya semua cerita mcm karut belaka...sbb dok cerita ' kayangan tu lah...he he...
Alhamdulillah Allah temukan hidayahnya buat Ummi terus syukur dgn nikmat iman dan Islam...
Dah kenal Islam tak minat langsung la cerita2 lagu tu...kerana masa menyantuni buku dan khazanah ilmu juga tak cukup2...

Ummi Wardah,

Thursday, April 22, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?


Tazkirah Jumaat....

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Diambil dari hantaran email seporang sahabat.

mailto:haslinda@ incontrol- tech.com
Ummi Wardah


Wednesday, April 21, 2010

Saturday, April 17, 2010

Allah Yang Maha Perkasa

Gunung Berapi Melumpuhkan Seluruh Eropa

Jumat, 16/04/2010 13:45 WIB | email | print | share

Lebih 6.000 penerbangan di seluruh Eropa dibatalkan. Perdana Nowegia yang sekarang berada di AS, tak dapat kembali ke negaranya.

Inggris, Irlandia, Swedia, Norwegia, Belgia, Denmark, Perancis, Belanda, menutup bandara mereka, dan mengalihkan para penumpang pesawat dengan menggunakan perjalanan darat.

Penutupan ini diakibatkan abu gunung berapi di Islandia, yang menyelimuti seluruh Eropa. Dan, akibat abu gunung berapi itu, membahayakan bagi mesin pesawat.

Seluruh Eropa menghentikan penerbangan mereka. Sehingga di seluruh Eropa mengalami lumpuh total, akibat penutupan semua bandara yang ada di seantero Eropa. Inggris menutup bandara Heathrow, mulai Jum'at sore, ujar pejabat bandara Inggris.

Setidaknya dalam waktu 48 jam, sampai ada kejelasan dari badan penerbangan Inggris, dan ilmuwan negeri itu, baru memungkinkan akan adanya penerbangan kembali. Sekarang bandara Heathrow telah membatalkan 6,000 penerbangan ke seluruh penjuru Eropa.

Penundaan penerbangan ini telah dikoordinasikan ke seluruh pejabat penerbangan di seluruh Eropa, dan ini untuk menghindari kemungkinan terjadi kecelakaan akibat abu gunung berapi di Islandia, yang sekarang ini menyelimuti Eropa. Pemerintah di setiap negara Eropa juga telah mengkomunikasikan kepada biro perjalanan yang ada.

Ribuan penerbangan dan tak terhitung jumlah penumpang yang menggunakan penerbangan yang tidak dapat melaksanakan perjalanannya. Hampir semua negara di Eropa menutup bandara mereka, seperti bandara Heathrow London, Schiphol di Amsterdam, dan Charles de Gaule Paris.

Perdana Menteri Norwegia, Jens Stoltenberg, tertahan di bandara New York, yang menghadiri undangan konferensi dari Presiden AS Barack Obama, tentang larangan penyebaran senjata nuklir, ujar sekretaris presiden, Sindre Fossum Beyer.

Perancis, Jerman, Irlandia, Swedia, Norwegia, Belgia, Denmark, Belanda, dan hampir seluruh negara Eropa menutup bandara mereka. Ini bukan hanya mengacaukan jadwal penerbangan semata, tetapi menimbulkan kekacauan dan kelumpuhan di seluruh Eropa.

Nowegia yang menutup bandaranya, dan menunda penerbangan halikopter yang digunakan untuk melakukan angkutan bagi para tenaga yang melakukan ekplorasi minyak di lepas pantai. Jerman menutup bandaranya di Berlin, menghindari bahaya yang diakibatkan abu dari gunung berapi, yang sekarang sudah sampai di wilayah Jerman.

Perusahaan penerbangan Delta juga mengurungkan 65 penerbangan, yang dimulai sejak Kamis malam hingga Jum'at pagi. Keputusan untuk menghentikan penerbangan ke Amsterdam, London, Dublin, Brussel, Mumbai (India), karena adanya cuaca buruk, yang diakibatkan hujan abu.

"Untuk dapat selamat ketinggian setiap pesawat komersial harus mencapai antara 30 - 35.000 kaki dari permukaan laut", ujar Mattew Watson, seorang ahli geopisik dari Universitas Bristol, Inggris.

Semua otoritas bandara di Eropa belum menentukan kapan penerbangan bisa dimulai lagi. Mungkin memerlukan beberapa hari, sampai situasi letusan gunung berapi di Islandia ini, benar-benar mereda, karena menyangkut kesalamatan para penumpang. Karena abu gunung berapi itu dapat merusak dan mematikan mesin pesawat. (m/cnn)


Dipetik dari:

http://www.eramuslim.com
Ummi Wardah

Iceland volcano erupts.Smoke billows from a volcano in Eyjafjallajokull, Iceland April 17, 2010.


Gunung Berapi di kawasan Artik




Stranded traveler from Malaysia

Electronic board show canceled flights

Part of traffic sign is seen
Ice chuks carried downstream

Swans on round pond at sunset

Passangers sleep at Orly airpot

Volcano sends ash just prior to sunset

Volcanos scientists leave area

Ariel image shows crater spewing ash.

Ash covers road in Eyjafjallasveit.

Ash covers vegitation in Eyjafjallasveit.

Gunung berapi meletus menjelang senja

Smoke billows from volcano & Footprint is seen in ash.

Plane flies past smoke billowing from volcano

Horses run near town as volcano


Friday, April 16, 2010

Bila Allah Berkehendak......

Jumaat, 16/04/2010 –

Kempen “Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza”, yang berpusat di Brussels, menegaskan penyertaan dari sejumlah anggota parlimen Eropah dalam armada kapal menuju Jalur Gaza bulan depan awal Mei , bersama-sama dengan beratus-ratus penyokong Palestin.

Ini adalah kempen Eropah untuk menghidupkan isu pengepungan dikenakan di Semenanjung Gaza pada peringkat Kesatuan Eropah, terutama di parlimen, undang-undang, hak asasi manusia dan di tahap popular di mana mereka membuat promosi bagi penyertaan jumlah terbesar ahli parlimen di armada, terutamanya selepas kejayaannya dalam melakukan konvoi empat bulan yang lalu dengan lebih daripada lima puluh ahli parlimen daripada Eropah dalam sokongan kepada rakyat Palestin terkepung di Gaza. Kempen kali ini akan membawa lebih daripada lima ratus penyokong dengan beberapa buah kapal yang datang dari 20 negara, di samping lebih dari 5000 tan kargo, yang meliputi semen, dan sejumlah rumah yang dibuat terlebih dahulu dan bahan bangunan yang lain dan peralatan serta perubatan, serta bahan-bahan pendidikan untuk diserahkan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Ini diumumkan di Istanbul bahawa gabungan yang dicipta oleh kempen “Eropah untuk menamatkan pengepungan di Gaza” dan Gerakan Pembebasab Gaza, Gabungan Bantuan Kemanusiaan di Turki, dan Kempen Perahu Pembebasan Greek ke Gaza, dan Kempen Perahu Pembebasan Sweden ke Gaza, di mana mereka semua bersama-sama akan melancarkan armada kapal, yang mengandungi tiga kapal kargo besar di samping kapal kecil.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Komen Ummi:

Allahu Akbar....sesungguhnya Allah Maha Berkehendak akan apa2 yg berlaku...di luar pemikiran lojik manusia seluruhnya. Jihad kebenaran akan berterusan hingga Kiamat. Hanya yg dipiliNya akan sanggup memikul amanah ini. Yg tak nak/enggan/menhalang dijanjikan azab yg pedih....

Ummi Wardah.

Wednesday, April 14, 2010

Pantun Nasihat

Lagi Nasihat buat anak-anak Ummi yang dikasihi...

Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa papan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbal jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Puali Gosong,
Pandang di Jawa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.

Cik Embung orang Melaka,
Tanam peria tepi pantai;
Jangan sombong tuan berkata,
Adakah buaya menolak bangkai?

Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.

Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk Inderagiri;
Jikalau berdagang di rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

Petikan pantun : Puisi Melayu Tradisi, Mohd Yusof Md. Nor

dan dr Abdul Rahman Kaeh. Fajar Bakti 1985.

Anak-anak Ummi yang dikasihi...

Anakda Sofiah Kauthar
Angah Nusaibah


Along Ummu Hani & Angah

Angah & Usu



Pesan Ummi buat anak-anak yang dikasihi....


Dinukil dalam pantun Melayu:

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurangnya jangan

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

SK...

Di ambil dari blog Pantun nasihat.

Ummi Wardah


Bagaimana membantu pelajar Merancang Kerjaya mereka..


Penceramah sedang menyampaikan mengenai "langkah-langkah Bimbingan Kerjaya"
kepada pelajar di sekolah.

Dengan menggunakan ekroname HELP:
H - Handling Yourself
E- Exploring The job market
L - List down fasilities
P - Plan & put it into action

-
En. Eric pula menerangkan mengenai Disiplin di sekolah.
Bagaimana punca kes disiplin berlaku di sekolah & Bagaimana
menanganinya dengan bijaksana.
Teknik dan pendekatan bagaimana Kaunselor harus mainkan..



Peserta sedang mengikuti ceramah.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari Pegawai Kaunsling PPDK.

Ummi Bergambar di depan Help College, Petaling Jaya bersama teman sekerjaya dari SMK Datok Hamzah & STAR Klang .

Semalam 13 April sekali lagi Ummi menghadiri kursus di Help College di Damansara. Seramai lebih kurang lebih 60 orang kaunselor Daerah Klang telah menghadirinya. Kami menaiki dua buah bas yang disediakan oleh pihak kolej. Perjalanan dari Klang ke Damansara melalui PJ sebenarnya tak jauh tetapi disebabkan jam yang teruk bas hanya sampai selepas 11/2 jam di perjalanan. Ye lah masa kemuncak kesesakan lalulintas di Lembah Klang..! Semasa balik pula masa yang diambil hanya 30 ninit sahaja.

Ummi Wardah.
Bdr Puteri Klang.