Friday, June 17, 2011

Titian Siraatal Mustaqim merentangi neraka Jahannam..



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,


Sebagaimana yang sudah kita ketahui bahwa setiap Ahli Tauhid sebelum berhak sampai ke pintu gerbang syurga dimestikan melalui ujian yang berat iaitu menyeberangi jambatan yang membentang di atas Neraka Jahannam.

Nabi saw menggambarkan jambatan itu sebagai :

  1. Lebih nipis dari sehelai rambut.
  2. Lebih tajam dari sebilah pedang.

Di antara mereka :

  1. Ada yang berjaya menyeberanginya.
  2. Ada yang berjaya namun terluka disebabkan terkena sabitan duri-duri dan besi-besi pengait yang merobek sebahagian anggota tubuhnya.
  3. Ada yang gagal sehingga terjatuh dan terjerumus dengan wajahnya terlebih dahulu masuk ke dalam api Neraka Jahannam yang menyala-nyala.

Setiap orang yang mengaku beriman sudah tentu berharap dirinya akan masuk ke dalam golongan mereka yang selamat menyeberanginya sehingga berhak masuk ke Syurga dan dijauhkan dari azab api neraka.

Namun persoalannya ialah bagaimana perkara ini boleh tercapai?

Apakah syarat-syarat agar seorang Mukmin berhak menikmati kejayaan tersebut?

Sebenarnya dalam hadits berikut, Nabi saw telah mengisyaratkan sebahagian jawabannya.

"Allah akan memanggil umat manusia di akhirat nanti dengan nama-nama mereka yang ada tirai penghalang dariNya. Adapun di atas jambatan, Allah memberikan cahaya kepada
setiap orang yang beriman lelaki dan perempuan dan orang munafiq.

Apabila mereka telah berada di tengah jambatan, Allahpun segera merampas cahaya orang-orang munafiq lelaki dan perempuan.

Mereka menyeru kepada orang-orang yang beriman :

"Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahaya kamu." (QS Al-Hadid : 13)

Dan berdoalah orang-orang yang beriman :

"Ya Rabb kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami."(QS At-Tahrim : 8)

Ketika itulah setiap orang tidak akan ingat orang lain." (HR Thabrani)


Di antara jawapannya ialah:

i) seorang mukmin mesti mengusahakan agar dirinya kelak memiliki cahaya yang cukup agar mampu menyeberangi kegelapan dan panasnya api neraka kerana pada ketika akan menyeberangi jambatan tersebut, setiap orang akan dibekalkan oleh Allah cahaya agar mampu melihat jalan yang sedang ditelusurinya di atas jambatan tersebut.

Jika ia termasuk mukmin sejati, cahaya yang diterimanya itu akan setia menemani dan menyinari dirinya sepanjang penyeberangan itu hingga sampai ke hujung berhadapan dengan pintu syurga.


Namun jika ia termasuk orang yang imannya bermasalah lantaran begitu banyak dosanya, apalagi kalau ia termasuk orang munafik, maka di tengah perjalanan menyeberangi jambatan tersebut, Allah tiba-tiba memadamkan cahaya yang menemaninya sehingga ia dibiarkan dalam kegelapan dan akibatnya ia tersesat dan terjatuh ke dalam api neraka.

Apabila cahaya orang-orang munafik itu serta merta dipadamkan oleh Allah, maka mereka akan berteriak dalam keadaan panik dan memohon kepada orang-orang yang beriman dengan sebenar agar diberi sebahagian cahaya yang setia menemani mukmin sejati itu.

Seseungguhnya gambaran yang mengerikan itu dihuraikan secara jelas oleh Allah swt di dalam ayat-ayat berikut ini:

"Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak, (iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu'min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka) :

"Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar.

Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman :

"Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu".

Dikatakan (kepada mereka) :

"Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)".

Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mu'min) seraya berkata :

"Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?"

Mereka menjawab :

"Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu. Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu. Dan dia adalah sejahat-jahat tempat kembali." (QS Al-Hadid : 11-15)

Jadi:

Aapakah amal perbuatan yang akan menyebabkan seorang mukmin memiliki cahaya yang cukup untuk berjaya dalam menyeberangi jambatan tersebut?


PERTAMA : BERTAUBAT DARI SEGALA DOSA-DOSA

Kesungguhan seorang mukmin untuk bertaubat dari dosa-dosa yang selama ini dia kerjakan disebut dengan aktiviti ‘Taubat Nasuha’ (Taubat Yang Murni). Taubat Nasuha inilah yang akan menyebabkan seorang mukmin memperolehi cahaya yang disempurnakan untuk berjaya menyeberangi jambatan Neraka. Ia bukan Taubat Bermusim atau taubat yang tidak menyebabkan seseorang benar-benar meninggalkan perbuatan dosa yang dilakukannya.

Perhatikanlah ayat-ayat Allah berikut ini:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan Taubatan Nasuhan (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". (QS At-Tahrim : 8)

Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, baginda Rasullah saw bersabda :

"Shirath itu setajam pedang dan sangat menggelincirkan."

Beliau meneruskan :

"Lalu mereka melintas sesuai dengan cahaya yang mereka miliki. Maka di antara mereka ada yang melintas secepat kilat, ada pula yang melintas secepat kerdipan mata, ada pula yang melintas secepat angin, ada pula yang melintas seperti orang berlari, dan ada pula yang berjalan dengan cepat. Mereka melintas sesuai amal perbuatan mereka, hingga tibalah saat orang yang cahayanya ada di hujung jari kedua kakinya melintas, satu tangannya jatuh, dan satu tangannya lagi menggantung, satu kakinya jatuh dan satu kakinya lagi menggantung, kedua sisinya terkena api neraka."

KEDUA : RAJIN BERJALAN KE MASJID DALAM KEGELAPAN

Seorang Mukmin akan dijamin memiliki cahaya yang cukup ketika menyeberangi jambatan di atas Neraka jika ia rajin berjalan ke masjid dalam kegelapan untuk menegakkan solat wajibnya semata-mata ingin meraih keridhaan Allah swt.

Nabi saw bersabda:

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid-masjid dalam kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari Kiamat." (HR Ibnu Majah)

Nabi saw seringkali ketika berjalan menuju ke masjid berdoa dengan doa berikut:

"Ya Allah jadikanlah cahaya dalam hatiku, dalam penglihatanku, dalam pendengaranku, di sebelah kananku, di sebelah kiriku, di sebelah atasku, di sebelah bawahku, di depanku, di belakangku dan jadikanlah aku bercahaya." (HR Bukhari)

KETIGA : MELINDUNGI SESAMA MUKMIN DARI KEJAHATAN ORANG MUNAFIK

Seorang Mukmin akan berjaya menyeberangi jambatan neraka bila ia melindungi sesama mukmin dari kejahatan orang Munafik dan sebaliknya barangsiapa yang mengucapkan perkataan buruk untuk mencemarkan seorang Muslim, maka Allah akan menghukumnya dalam bentuk ia ditahan di atas jambatan neraka hingga dosa ucapannya menjadi bersih.

"Barangsiapa melindungi seorang Mukmin dari kejahatan orang Munafik, Allah akan mengutus malaikat untuk melindungi daging orang itu –pada hari Kiamat- dari Neraka Jahannam. Barangsiapa menuduh seorang Muslim dengan tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas jambatan Neraka Jahannam hingga orang itu dibersihkan dari dosa perkataan buruknya." (HR Abu Dawud)

Sesungguhnya kita semua sangat memerlukan cahaya yang mencukupi untuk menyeberangi jambatan neraka dengan selamat.

Semoga Allah masukkan kita bersama ke dalam golongan Mukmin sejati dan membersihkan hati kita semua dari penyakit kemunafikan kerana kemunafikan akan menyebabkan cahaya seseorang tiba-tiba padam ketika menyeberangi jambatan neraka sehingga ia tergelincir lalu jatuh ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Na'udzubillahi min dzalik...!

Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan, dan amal perbuatan kami dari riya' dan lisan kami dari dusta serta pandangan mata kami dari khianat. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu pengkhianatan pandangan mata dan apa yang disembunyikan oleh hati.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Sambutan Hari Ibu

KENYATAAN MEDIA

WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

18 Jun 2011 bersamaan 16 Rejab 1432 H

Sempena Sambutan Hari Ibu 2011

APAKAH SENTUHAN IBU KIAN LUNTUR DAN KEHADIRAN BAPA SUDAH TIDAK DIRASAI?

Arus globalisasi dengan pengaruh ideologi kebendaan yang dipelopori barat telah menyaksikan penghakisan kepada peranan ibu bapa dan pengaruh institusi kekeluargaan dalam pembangunan masyarakat. Natijahnya gejala keruntuhan akhlak semakin berleluasa dan ini memberi kesan negatif kepada pembinaan generasi yang bakal memimpin dan membangun negara. Statistik berikut jelas menunjukkan bahawa institusi keluarga sudah tidak lagi berperanan dalam membangunkan nilai-nilai moral dan etika yang tinggi di dalam pembentukan ahli masyarakat.

  • Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan sebanyak 257,000 (2,500 kes sebulan atau 84 kes sehari) kes kelahiran tanpa bapa dalam tempoh 2000-2008
  • Polis diRaja Malaysia (PDRM) mencatatkan 857 kes buang bayi sepanjang 2001 -2010 dan 7,450 kes melibatkan jenayah remaja berusia antara 7 hingga 18 tahun sepanjang tahun 2010

Wanita Pertubuhan IKRAM, sebagai satu pertubuhan yang prihatin terhadap pembinaan masyarakat meyakini bahwa jalan keluar dari permasalahan ini adalah dengan kita memperkukuhkan institusi keluarga secara holistik berasaskan ajaran agama, budaya dan nilai murni .

Dengan ini kami menyeru supaya perhatian serius diberikan oleh semua pihak bagi menggerakkan usaha secara bersepadu dalam menggukuhkan institusi keluarga. Wanita IKRAM mengesa supaya:

  1. Pihak ibu bapa mempertingkatkan komitmen untuk memberi keutamaan kepada pembangunan keluarga bagi mengembalikan keharmonian rumahtangan dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak generasi akan datang agar menjadi ahli masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, nilai moral dan etika yang tinggi serta akhlak yang mulia dan dapat menjalani kehidupan berdasarkan tuntutan syarak.
  2. Suami sebagai peneraju utama sesebuah keluarga perlu berperanan sebagai pembimbing, memberikan didikan agama kepada ahli keluarga agar mereka terselamat dari api neraka. Suami juga tidak boleh lari dari tanggunjawab menyediakan nafkah terhadap isteri dan keluarga bersesuaian dengan kelebihan yang dianugerah Allah kepada mereka seperti firman Allah swt di dalam surah An-nisa ayat 34 yang bermaksud :

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

  1. Isteri mentaati suami selagi mana ianya tidak melanggar hukuman Allah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bagi melahirkan keluarga bahagia dan mendidik anak-anak menjadi manusia berguna. Tanpa menafikan hak wanita memilih untuk berkerjaya di luar rumah, seorang isteri dan ibu itu perlu menyedari bahawa tanggungjawap utama sebagai pengurus kepada keluarga dan mendidik anak-anak tidak boleh diabaikan demi mencapai kemajuan kerjaya.

4. Persefahaman serta kesepakatan bagi mewujudkan sistem sokongan yang baik di antara suami dan isteri amat perlu diusahakan bagi isteri yang memilih untuk bekerjaya agar tanggunjawab utama isteri dan ibu tidak terabai. Pemilihan kerjaya yang sesuai, menetapkan matlamat yang betul akan tujuan keluar bekerja dan memelihara maruah diri dan kemuliaan suami adalah elemen penting yang perlu dijaga.

5. Pembelaan kepada ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik serta anak-anak mereka perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak berwajib agar anak-anak mereka juga turut diberi peluang untuk membesar menjadi ahli masyarakat yang berguna di masa hadapan. Usaha-usaha perlu dibuat bagi menggeluarkan mereka dari kemelut kehidupan dan kemiskinan hidup. Ahli masyarakat sekeliling juga perlu berperanan mengambil tahu hal dan kebajikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka yang berada di dalam masyarakat setempat mereka.

6. Pihak majikan perlu peka terhadap tanggungjawab pekerja kepada keluarga mereka dengan mewujudkan sistem kerja yang anjal bagi membolehkan mereka memberi keutamaan kepada kebajikan keluarga dan bukan memberikan penekanan kepada produktiviti organisasi semata-mata. Pekerja yang mempunyai keluarga yang stabil dan terurus akan dapat menghasilkan produktiviti kerja yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai keluarga yang sentiasa bermasaalah.

7. Setiap pembentukan polisi dan dasar Kerajaan antara lain seperti dasar pendidikan, pembangunan wanita, tenaga kerja dan penetapan gaji minimum, pengambilan pekerja asing, kesihatan dan keselamatan, rancangan pembangunan fizikal negara perlu meletakkan pengukuhan dan kesejahteraan institusi keluarga sebagai salah satu dari objektif utama yang perlu dicapai. Indikator yang bersesuaian perlu dibangunkan bagi mengukur pencapaian dan kesan pembangunan dasar-dasar ini kepada institusi keluarga.

8. Unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan moral, kehancuran institusi keluarga perlu dikawal dengan tegas. Penyebaran dan paparan bahan-bahan pornografi, penganjuran program-program hiburan melampau yang boleh merosakan akal pemikiran dan moral samaada melalui media cetak atau pun elektronik perlu dibendung.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim

Timbalan Ketua Wanita

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Wednesday, June 15, 2011

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor


Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina.

" Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor.

Lagi....Gempa Bumi...semakin hampir dgn kita...



Satu gempa bumi kecil melanda Kuala Lumpur jam 8:08 pagi tadi berpusat di pergunungan Sumatra pada skala 5.3 dan pada kedalaman 22km. Gempa ini menimbulkan panik di beberapa kawasan di Damansara, Petaling Jaya dan Putrajaya. Gempa yang berlaku di garis sesaran ini telah disusuli dengan gempa yang sedikit besar, kira-kira 5.4 pada skala Richter dengan kedalaman 8 km, pada jam 11.01 pagi. Perlu dimaklumkan, gempa bumi ini berlaku di pergunungan Sumatra, dan bukannya di jurang lautan luar pantai Sumatra seperti kebiasaannya.


Cerita dari Sibolga

".......Saat ini saya masih berada di Sibolga, tempat terdekat untuk menyeberang ke pulau Nias dimana bencana alam tengah terjadi.

Saya tiba di sini 3 April jam 5 pagi setelah semalaman menumpang mobil cater L 300 dari Medan. Tidak lama saat kami masih duduk di Aula vihara sempat mengalami gempa dan ikut lari bersama mencari tanah lapang yang jauh dari bangunan tinggi.

Semalam kami tidur layaknya masyarakat Sibolga yang lain, dengan perasaan was-was dan gelisah apakah esok kami masih bisa bangun dengan tubuh utuh dan nyawa masih di badan. Apakah esok pagi langit2 dan dinding kamar kami masih merupakan langit2 kamar dan dinding
ketika kami bangun, bukan menjadi beton yang menindih kami dan menjadi penyebab berakhirnya hidup kami di sini...................................................................."


Adakah anda tahu di Si Bolga ini gempa berlaku berlaku tiap-tiap bulan....!!!
Ada catatan, 2011 ia berlaku pada Jan, Febuari,Mac,April,Mei dan semalam Jun..

Ummi Wardah
mari kita beringat2 bahawa bencana dan ematian yg datang tiba2...




Monday, June 6, 2011

Jaulah keluarga ke Kuala Kangsar....dan Tasik Raban


Joging......di tepi sungai Kangsar..


Resort di Tasik Raban...tempat yang nyaman..udara masih bersih..jauh dari hiruk pikuk bandar raya....jika dapat menginap di sini pasti ' best'...
" Nantilah lain kali". Abah kata..

"Persimpangan menuju ke Tasik Raban...destinasi seterusnya..


Mengambil kesempatan beriadhah sambil melihat air sungai Kuala Kangsar mengalir perlahan..Kabus masih tebal ketika kami sampai di tepian sungai ini kerana jam masih menunjukkan jam 7.30 pagi...walaupun hampir dinihari baru kami tiba di penginapan, tetapi seusai solat subuh berjamaah, kami gagahi juga ' program jalan-jalan' ini kerana ada destinasi dan tugas lain seterusnya yang perlu dituju dan dilakukan...kerana Abah sebenarnya 2 hari ini bertugas di utara...

Selamat Datang ke Kuala Kangsar....pintu gerbang menyambut tetamu yang
datang ke pekan ini..


Menginap di Rumah Rehat betul-betul di tebing Sg Kangsar. Dulunya sungai ini pasti menjadi laluan utama penduduk bandar di raja ini..

Masjid Ubudiah...menampilkan ciri-ciri binaan seni Islam yang unik..

Hampir pukul 12 malam baru lah kami sampai di pekan Kuala Kangsar.



Jika malam, rupanya Kuala Kangsar ni bermandi cahaya yang berkerlipan dengan pelbagai bentuk dan warna warninya....


Catatan
ummi Wardah

Balik Kampung...Amalan berziarah/Bersilaturrahim...

Cuti sekolah kali ini ( penggal 1) kami mengambil peluang melakukan ziarah keluarga di kampung. Ya..agak lama kami tak balik...

Ziarah keluarga kali ini kami singgah di Taman Rapat Setia, Ipoh dahulu. Rumah Pak Ngah Hj Nazmi dan Mak Ngah Hjh Zainab. Pak Ngah tiada di rumah ketika kami sampai sebab sudah bertolak ke Putra Jaya. Kalau ta silap Pak Ngah sudah agak lama bekerja di Putra Jaya. Hujung minggulah baru mereka dapat berkumpul..Mengenang ini Ummi teringat saat Abah juga terpaksa bekerja berjauhan seketika dulu...
Aaargh...Moga mereka akan terus tabah mengahadapi situasi terpaksa berjauhan begitu....Lagipun anak-anak Pak Ngah sudah besar panjang belaka. sudah tentu apa-apa keperluan Mak Ngah ada yang membantu...Ha...Tu dia..mereka semua ceria di dalam gambar kan..! Tapi yang tak nampak dalam gambar ni, Safiq...sbb dia jadi cameraman...satunya anak bujang yang ada di rumah.

Semasa kami sampai jam sudah pun menunjukkan pukul 10.10 malam. Namun mak Ngah dan anak-anak telah sedia menghidangkan kami Laksa Special nya. Seingat Ummi antara masakan special Mak Ngah ialah laksanya ni la, macam rasa laksa arwah Tok Hjh Saadiah...
Apa lagi, kami pun makan lah sehingga kenyang...Emm...dibekalkan lagi laksa tu untuk Sofia yang tidak mahu makan disebabkan baru bangun dari tidur sepanjang perjalanan tadi...



Rumah keluarga yang ke 2 yang kami singgah rumah Mak Lang Nazmah. Pak Su Nazli pun tinggal sekali dengan Mak Lang. Sebenarnya tiap kali balik kampung di Lunas ni, rumah Mak Langlah jadi rumah keluarga berkumpul semenjak Tok dan Tok Wan dah tiada. Sampai di rumah Mak Lang seperti biasa, Mak Lang tengah menguliti soalan/jawapan kertas peperiksaan pertengahan tahun.

Gitulah cikgu, walaupun cuti namun hakikatnya cuti sambil bekerja, cuma tak ke sekolah seperti hari persekolahan biasa. Tapi ramai cikgu yang cuti pun masih ke sekolah juga kerana ada pelbagai program cuti sekolah yang telah di atur oleh sekolah sewaktu cuti. Ada pula guru-guru yang perlu/ditugaskan membantu pengurusan sekolah dengan pelbagai perkara juga....

Selepas solat isya' dan makan malam kami pun berangkat balik ke Klang. Sebelum tu kami singgah sebentar di rumah Pak Anjang Nazri dan Mak Anjang Norizan. Tapi kami tiada gamba di sini...

Pak Anjang juga tiada di rumah. Hanya Mak Anjang dan anak lelakinya yang bongsu Nikmat yang sedang mengajar beberapa orang kampung mengaji Al-Quran. Pak Anjang dan anak-anaknya juga mengadakan kelas2 mengaji untuk orang-orang kampung yang memerlukan perkhidmatan mereka di rumahnya. MasyaAllah..... dan Tahniah...moga usaha dan amal yang mereka berikan diberkati Allah...Sebenarnya tak ramai orang yang mampu atau bersedia mengajar orang awam untuk khidmat masyarakat seperti ini , sekalipun mereka berpendidikan tinggi...Ya..lah bukan mudah mahu membimbing orang yang telah ' dewasa' mengenal/menyebut Kalam Allah...kerana lidah orang dewasa yang dah 'telo' berbanding kanak-kanak kecil...pelbagai sleng sebutan yang telah kelat tu pasti memerlukan ' cikgu' yang sabar mahu menyebut huruf2 arab hijaiyah dengan makhraj dan tajuwid yang betul...

Tapi bagi Ummi yg paling bangga dan syukur serta tahniah kepada orang-orang ' dewasa yg sedar' walaupun ketika sudah berusia untuk ' kembali' menghayati ayat-ayat suci di hujung perjalanan usia.....

Sungguh, Al-Quran adalah umpama ' FAIL MEJA' bagi seorang pekerja...jika pekerja tidak membaca/mengetahui fail mejanya untuk melaksanakan tugas pastilah banyak kesilapan yang pasti dilakukan...nama pun fail meja..jika dipantau ia mesti ada di atas meja yang menunjukkan ia mesti dijadikan rujukan utama para pekerja...

Begitulah kita dengan Al-Quran ini, ia bukan setakat sahaja berpahala apabila dibaca tapi mesti diusahakan dengan gigih untuk memahaminya dan menghayatinya sepanjang kehidupan ini..Itulah tuntutan kepada setiap muslim, yang pastinya Allah akan persoalkan bila saat bertemuNya nanti....Namun ramai manusia yang lupa saat pertemuan denganNya walaupun sudah berusia tua....!!! Padahal hidup dan mati umpama pertukaran siang dan malam..ia amat dekat...!

Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).
Al-Furqan:[63]


Justeru alangkah mulianya jika dapat mengajarkan, menyampaikan, dan memaklumkan Al-Quran kepada orang lain..!! Itu adalah tuntutan hidup muslim...supaya mewarisi tugas Rasullullah s.a.w. ..meyampaikan, mengajarkan, membimbing manusia sehingga akhirnya mengenali Allah, tunduk dan patuh kepadaNya serta menjadikan Al-Quran adalah panduan hidupnya...bukan barat atau pun timor atau budaya nenek moyang yang bercanggah dengan kehendak Al-Quran...

Moga kita dijauhi dari menjadi orang yang 'buta' dengan Al-Quran...sungguh sebenarnya betapa ramai muslim yang tidak kenal/tahu al-Quran kecuali hanya rutin bacaan dalam solat..itu pun jika solat...




[17:72] Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).






[13:19] Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran,


Moga kita diberi peluang sebelum bertemuNya agar kembali kepada pengajaran Al-Quran dengan sebenar-benarnya.
Ya Allah..hilangkanlah sifat 'sombong dan takabbur' dari dalam hati kami, kerana sifat ini selalu mendinding diri dari mengenal kebenaran. Sebaliknya, hiaskanlah jiwa kami dengan sifat hilm/lembut, tawadhuk dan akhlak yang mulia. Ampunilah dosa dan kesilapan kami. Golongkanlah kami di kalangan as solihin di dunia dan di akhirat..

Amin..

Berbalik kepada cerita ziarah, ziarah adalah sunnah Rasul. Bahkan ziarah/menghubungkan silaturrahim merupakan sebab kepada kerahmatan Allah kepada ahli rumah. Ada pepatah Arab memuji mereka yang sering ziarah untuk tujuan yang mulia ini...
Rasullullah amat-amat mencela orang yang memutuskan silaturrahim. orang memutuskan silaturrahim dikatakan tidak mencium baunya syurga...bahkan seorang muslim tidak boleh marah/tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi 3 hari..jika melebihi ia dianggap memutuskan silatur rahim...insyaAllah jika jumpa matan hadisnya nanti Ummi akan sisipkan di sini..

Apapun amalan sunnah ini dalam keadaan hari ini kadang2 memerlukan kos yang bukan sedikit. Al-maklum keluarga yang tinggal berjauhan menjadi kekangan untuk melakukan amalan yang mulia ini..Justeru sesiapa yang dimudahkan Allah ambillah peluang pengajaran ayat yang bermaksud,
" belumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan dan kebajikan...". Sungguh Allah tidak akan mensia-siakan amalan yang ikhlas sekalipun kecil...
Alhamdulillah moga ziarah kami diterima sebagai amal kebajikan di sisiNya jua..

Catatan,
ummi Wardah.

Pemilihan sekolah Kluster 2010


Begitu bersungguh-sunggu salah seorang nazir ini memberi penerangan aspek-aspek pemantauan yang di nilainya...dan Ust Zaiton menjawab soalan2 yang perlu penjelasan lanjut..

" Sir...action sir.." Pintaku pada salah seorang
nazir yang melawat bilik pameran..

Ruang Pamerana pendidikan Islam.








PMR : singkatan kepada Kebitaraan Pendidikan Islam, Sukan Memanah Dan Rawi, Nasyid dan Marhaban....Pengetua SAMTSH membuat penerangannya...



















Ust Bashasunnahar...setia dan dedikasi menjawab dan mendengar hujahan nazir..wlpn beliau bukanlah expert sgt dalam sukan memanah ini....sikap yang patut dicontohi oleh guru-guru muda..


Moga harapan menjadi sekolah unggul dapat dicapai...menjelang 2012...bagi visi yang tertera..

" Menjadi SABK Unggul menjelang tahun 2012 ".

Selamat Maju Jaya..

Ummi Mar

Eeemm...gi tengok konsert Freedom...Palestine..!!di Pusat Islam, KL





STAM SAMTH 2011

Alhamdulillah ...akhirnya Achik berjaya dalam peperiksaan STAM 2010 dengan Jayid Jiddan. Moga Acik akan terus berjaya meneruskan perjuangan menimba ilmu di mnara gading pula selepas ini...


Ust Afra Zakhwany merupakan KetuaPanitia B.Arab yang dedikasi. Dengan kerjasama dan usaha semua guru-guru mata pelajaran di bawah panitia beliau Alhamdulillah keputusan BA telah berjaya mengekalkan peningkatan keputusan PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut. Tahniah ustazah!!


Ummi amat bangga dengan Anakda Asma' atas kesungguhannya untuk mencapai kejayaan..Kadang2 rasa ..Masyallah, itulah ucapan syukur yang Ummi dapat katakan setiap kali Acik berjaya dalam apa-apa yang diusahakannya. Alhamdulillah...tak sangka rupnya dia ada ' kekuatan' yang tersendiri. Driving Test pun dah lulus.....jadi co-tilor pun...dah boleh la untuk sendiri pakai...


Ini pelajar terbaik STAM SAMTSH 2010, Muaz Yamaniy..dengan keputusan Mumta Shafiy. Dimaklumkan beliau juga menjadi calon STAM TERBAIK di peringkat kebangsaan..! Tahniah juga dari ustazah. Moga bakal jadi ulamak mewarisi keilmuan Islam dan memenuhi keperluan Ummah..


Alamak Cik nie....tak tengok kamera...tak dapat la nak shoot gambar dia..masa ambil hadiah..
" Eerr...dapat duit Mi...Alhamdulillah". Katanya gembira menerima saguhati dari PIBG sekolah.
Esoknya terus simpan bank in dekat belakang rumah tu..Am Bank..?

Ulasan rengkas,
ummi Wardah

Sunday, June 5, 2011

MANY ROSES AT TAIF

rose farms near the Saudi Arabian city of Taif,

Dapat gambar ini dari google search....takjub sebenarnya....di Taif pun ada ladang ros..!! Satu2nya lembah subur di Saudia yang berhampiran Makkah ialah Taif ni. Ingatkan tempat tanaman yang terhad tak sangka ada juga ditanam ladang bunga ros..Eemmm...pasti indah sekali...!!

Taif ini juga amat terkenal dalam sejarah awal Islam ketika di Makkah...Ada peristiwa menyedihkan kepada Baginda Rasullullah s. a.w. sebelum Baginda hijrah ke Madinah.

Moga2 nanti jika umur panjang dan murah rezeki kot la boleh menunaikan umrah dan ziarah sekali lagiakan diusahakan pakej yang menyediakan acara ziarah ke Taif juga..

Ummi Wardah

Thursday, June 2, 2011

Let ...!! The Eternal bliss in heaven. Save yourself from eternal punishment in the hereafter there ... ..!.

للَّـهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّـهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ ;

Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu;

An-Nur: 35

RIYADH 31 Mei 11: Mantan penjaga penjara paling kejam milik AS di Guantanamo yang masuk Islam, Terry Brooks, dijumpai wartawan tempatan di si ini ketika sedang melakukan ibadah Umrah di tanah suci. Menurut Harian berbahasa Arab, Okaz, melaporkan pada Minggu 29 Mei 11.

Brooks ditemui oleh wartawan sedang sholat di salah satu masjid di kota Madinah sebelum ia beranjak ke Mekah untuk melakukan ibadah Umrah pertamanya, yang menurut Brooks telah ia mimpikan sejak lama.

Wartawan Okaz mengatakan pihaknya menunggu hingga Brooks menyelesaikan sholatnya dan menceritakan kisahnya ketika masuk Islam. Brooks mengatakan ia dikirim ke Guantanamo jauh sebelum 2003 dan kemudian mulai bercampor dengan beberapa tahanan di sana.

Beliau di'Islam'kan oleh tahanan nomor 590 bernama Ahmed Al Rashdi asal Maroko. Beberapa saat setelah memeluk Islam, Brooks pun dikeluarkan dari militer. Katanya..

“Saya masih ingat saat itu sekitar 00.49 pada Desember 2003, saya memeluk Islam. Malam itu, saya mengambil keputusan penting setelah banyak berinteraksi dengan Al Rashdi.

“Ini adalah saat yang berkesan dalam hidup saya. Banyak tahanan duduk di sekitar saya ketika saya bertobat dan memutuskan untuk memanggil saya Mustafa, sebagai teman baru mereka. Kemudian saya menambahkan nama Abdullah di belakang nama pemberian mereka, sehingga sekarang nama saya adalah Mustafa Abdullah.”

Brooks mengatakan, awalnya dia senang ketika tentara AS memutuskan untuk mengirim dia ke Guantanamo seperti yang pengembaran bagi dirinya kerana belum pernah melihat penjara sebelumnya.

“Ketika saya tiba di sana, hal ini merupakan kejutan besar bagi saya … bahkan sebelum saya memasuki bangunan penjara, saya benar-benar dapat melihat bahawa penjara itu sangat mengerikan dan hanya cocok ditinggali reptil kaktus dan beracun, bukan manusia. Saya kemudian bertanya pada diri sendiri apakah orang-orang yang ada di dalam penjara itu benar-benar berbahaya.”

Brooks mengatakan ia mulai tertarik dengan Islam setelah pembicaraan Al Rashdi dan tahanan lain tentang Islam, Palestin, Afghanistan dan Timur Tengah.

“Aku biasa duduk di luar sel mereka di malam hari, mendengarkan mereka. Saya tidak pernah percaya pada Tuhan sebelum saya pergi ke Guantanamo. Tapi sekarang saya memeluk Islam., Saya dapat rasakan manisnya keimanan. Islam adalah agama murni dan benar.”

Brooks mengatakan ia pertama kali menyembunyikan keputusannya untuk masuk Islam dari penjaga AS lainnya di Guantanamo. Ketika kawan-kawannya sesama penjaga penjara mengetahui keputusan Brooks, ia mulai memperoleh perlakuan yang kejam dan banyak yang menuduhnya mengkhianati Amerika. Sekitar dua tahun sebelum akhir kontrak, ia dipecat dari tentara.

“Saat ini saya menulis buku tentang pengalaman saya memeluk Islam. Saya baru saja keluar dari pekerjaan saya di Amerika Serikat agar dapat mencurahkan waktu saya untuk membantu tahanan di Guantanamo. Apa yang terjadi di penjara, benar-benar tidak manusiawi dan melanggar prinsip hak asasi manusia,” katanya. (althaf/arrahmah.com/IH)


Ummi Wardah.

Bdr Puteri, Klang


Bunga-bunga berkembang di musim bunga..2011


Antara doa /sunnah jika melihat benda/perkara yang menakjubkan, ialah:
ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحنك إنى كنت من الظالمين ...


Di France

Di Tembok Besar China

Di Al geria



Hokaido, Jepun

Di Jepun...jauh kelihatan Gunung Fuji..



Juga di UK


Ni Bunga2 Tulip di UK...

Nie ..bunga2 di Pakistan..Islamabad..

Keadaan pokok sewaktu musim bunga.

Di Jordan...