Monday, February 20, 2012

Mohonlah Kepada Allah Yang Maha Memakbulkan Doa...

Antara doa-doa yag Ummi sentiasa panjatkan selepas solat fardhu dan hajat.

Setelah munajat setiap kali solat fardhu....

Allahumm Inni Astakhiiraka biilmik Wastaqdiruka biqhudratik . Innaka taqdhiru walaa akdhiru, Innaka Ta'alam walaa A'alam, Innaka Anta allamul Ghuyuub.

اللهم انى استخيرك بعلمك واستقدرك بقدرتك انك تقدر ولا اقدر انك تعلم ولا اعلم انك انت العللام الغيوب .

Inkunta ta'alam annahazaa dawaa..Chemotrapy khairun li fi diniini wamaasyi wa'aakibatu amri ..faqdhurhu li wayassarhu li wabaarikli fiihi, Wainnkutta Ta'alam annahaza Syarrun li fi diini, wamaasyi waakibatu amri...Fasyrifhu anni Fasyrifni Nganhu wakdhurhu lii alkhairaa min khaithuma Kunta....Innkaanal Khayaata Khairunli liadhaai..amaanati kulliha fathowwil umuri wabaarikli fiiha, wakdhurli asyifaa wal khaira min khaithuma kunta...wainnkaanal 'aaksa...Rabbanakhtim laana bikhusnul khatimah walaa takhtim alaina bisuuil Khatimah.

Allahummaa Inni asaluka ridhaka Wal jannah Wanauuzubika min sakhotika Wannar...Allahumma innaka 'afunn karimm tuhkibbul afwa fa'afu anna waliwalidiina waadhilna jannataka birahmatika Ya Ar khamar Rahimin...

Waj'aal liqaaii mangaaka..liqaan mubaaraka, liqaan muta'abbida, liqaan mutaqarribaa,liqaan mutmainna, wa mahbuban ilakka Ya Rahman Irhamnaa...

Ya Maalikusa samaawaati wal alrdhu waman fiihinn...Ya Malikunnabaataati wal Asyjaar , Aiqontu Anna 'Indakaa Syifaa waa dhawaa limaradhi haaza..qaddarali wayassarali wasyfiini Antal Waliyyi Waailaikal masyiir...

Friday, February 17, 2012

SELAGI ADA HAYAT......

SIRI (2)

HIDUP DAN MATI UJIAN PIAWAI AMALAN

Surah al-Mulk: 2:

{2} الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Bila ditakdirkan kita hidup ia umpama kita bersedia memasuki "DEWAN UJIAN/PEPERIKSAAN" sepanjang hayat. Apabila telah mukallaf bermulalah amanah yang dipikul dibahu . Benar seumpama orang yang akan menghadapi peperiksaan maka banyak strategi , ilmu, latihan yang perlu disediakan sebelum memasuki peperiksaan.

Itu merupakan tanggung jawab kedua ibu bapa yang perlu menyediakan asas agama kepada semua anak-anaknya dalam fasa awal kelahiran hinggalah mumayyiz. Fasa yang hanya difahami oleh yang " belajar" jadi ibu bapa muslim sejati yang tidak mengagongkan nilai budaya dan pegangan selain Islam sebagai way of life...

Ramaikan kita lihat..anak-anak memulakan persekolahan awalnya di tadika-tadika , pusat asuhan yang tidak membudayakan ajaran Islam....Apakah hala tuju pendidikan,persiapan anak-anak ini untuk menjadi muslim yang mukallaf dapat diterapkan dari awal2 lagi di institusi pendidikan seperti ini......??

Namun kehidupan selepas baligh merupakan madrasah dan latihan sepanjang hayat. Diuji dengan pelbagai tools, cabaran, dugaan, halangan dan pelbagai lagi hingga benar-benar iman, minda, ruh, fizikal,emosi semuanya teruji....ADAKAH BENAR-BENAR IMAN KITA BENAR DAN TULUS KEPADANYA... Adakah akhiran Ujian ini kita akan menjadi orang yang berjaya...?

Ini persoalan yang perlu ibu bapa,pendidik dan semua kita yang ada tanggunjawab mendidik generasi warisan selalu mempersoal dalam diri..SUDAHKAH AKU MENUNAIKANNYA....???

KERANA IA AKAN MENJADI PERSOALAN UTAMA BILA DIIDUPKAN DI ALAM:

1) BARZAKH.

2) DI HARI HISAB DIPADANG MAKHSYAR.

BENAR...! Allah menjaga , membimbing dan menyediakan segalanya yang di langit dan di bumi untuk membantu manusia menghadapi ujian2 itu....Tetapi semua hanya diberikan kepada orang yang hati,minda, roh dan fizikalnya MENCARI DAN MAHU DENGAN PETUNJUKNYA (AL-QURAN & SUNNAHNYA) BERSUNGGUH2...dan tiada ragu2 serta sak wasangka dengaNya zahir dan batinnya, pertuturan dan tingkah lakunya...yang tidak bercanggah dengan syariat ALLAH...!!


Dengan Rahmat Allah yang tidak terbatas atas kehendakNya Dia akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Namun bila kita sebagai muslim kita wajib mencari,membina, mengukuh dan berusaha mengekalkan IMAN dan HIDAYAH yang telah diterima dengan sedaya upaya..


Pasti...akhirnya hanya kepadaNya lah kita memohon dan bertawakkal atas segala usaha. Sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janjiNya kepada hambaNya yang ikhlas dan mencari kebenaranNya...


Marilah kita jangan culas, lalai dan mengabaikan tanggung jawab dan amanah . Pasti Allah tetap bersama hambaNya yang mengasihiNya.


Aminn.

Ummu Watrdah.

Bdr Puteri.

Wednesday, February 15, 2012

2nd Chemo......

8 Feb. 2012, sekali lagi Ummi ke HKL...

Petang 9 Feb. 2012..." Nurse..baca bismillah kuat sikit ye nurse...saya nak baca doa....". Pinta Ummi kepada jururawat yang siap berselubung dengan baju khasnya ketika memasukkan jarum untuk Chemo kali ke 2...".

Anak Ummi Achik ingin mengambil gambar dan bertanya kepadanya ," Kenapa nurse kena pakai baju cgni...masa rawat Ummi..? sambil membetulkan hpnya untuk mengambil gambar..

" Eeh dik tak boleh ambil gambar ye maaf ya..tidak dibenarkan. Ni pakai baju mcni sbb ubat ni bahaya..ha..gi jauh-jauh sikit...". Lantas Acik beredar dan memerhatikan dari jauh dan tak jadilah mengambil gambar tu..

Bila dimasukkan sahaja ubat , entah tetiba terbayang dikotak fikiran ayat-ayat yang dihafaz setibanya di hospital. surah Al-Fath: 1-5 , terbayang-bayang jelas di minda bagai disuruh menyebut, " Bacalah.....!!!", lalu Ummi membacanya dengan sepenuh hati berulang-ulang sehinggalah habis semua ubat -ubat yang diberi..Masya allah Ummi merasakan satu ' kedamain" yang Ummi tidak bisa mengungkapkannya....sehingga Ummi tidak measakan apa yang Ummi rasa semasa rawatan yang pertama dulu...ia umpama pokok di sembur racun rumput...kesan 'segeranya' terus terasa...

Terpacul di mulut Ummi , " Hasbunallahu wanikmal Wakiill......Alhamdulillah....Ya Allah Engkau sedang Melihatku Ya Allah.....Istajib Ya Allah". Ketika itu juga 2 ayat surah Yasiin ini tebayang-bayang diminda....82-83: Yasiin. Jika Allah berkehendak....

{82} إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.









" OK puan..dah habis..tinggal tunggu air ni habis sahaja....Ok puan rehat dulu...". Lantas Ummi meneruskan rehat sehingga benar-benar merasa cukup kuat untuk bangun...

Setelah berehat 45 minit Ummi gagahi untuk bangun dan mandi membersihkan diri dan menunaikan solat jama' maghrib dan Isya' serta semua solat2 sunat yang ingin dilakukan .

Alhamdulillah Ummi masih diberi kekuatan hingga dapat melakukan semua rukun fi'ili solat seperti biasa. ..Seusai solat witr Ummi dan Acik terus berkemas-kemas barang kerana malam itu juga Ummi akan 'Charge out" dari hospital..Ummi juga terus bersalaman dengan semua pesakit di wad yang sama, kerana tidak mahu mengganggu tidor mereka nanti, masa charge out nanti..emm..tgh malam..!!
Acik membantu memastikan semua surat-surat dan ubat-ubatan telah disiapkan oleh jururawat yang bertugas...TK nurse..

Disebabkan masalah eletrik masa rawatan yang ditunggu dari tengahari hanya dapat dilakukan lewat petang. Atas faktor keselamatan Ummi mengambil rukhsah jama' solat jama' maghrib dan isya'.

Hampir 12 tgh malam, selepas selesai mesyuarat katanya, barulah Abah datang menjemput Ummi dan Asma di lobi hospital dan kami terus pulang ke rumah dan hampir 1 pagi sampailah kami di rumah..

Alhamdulillah....
Di dalam perjalanan pulang Ummi sempat menyebutkan pada Abah, " Bang kalau cgni esok Ummi boleh sertai Bengkel DPN..insyaAllah Ummi rasa kuat bang..". " Betul...??". Abah bertanya dengan agak heran.... " Ia ..I. Allah...". Jawab Ummi memberi kepastian.

Alhamdulillah Allah mentakdirkan Ummi dapat menyertai bengkel DPN selama 2 1/2 hari dan pada hari Isnin malam juga Ummi masih ditakdirkan Allah turut serta di dalam mesyuat tarbiah bersama akhwat di Malawati....
Hasbunallahu wanikmal wakiil....

Moga ' kekuatan' yang Allah anugerah ini dapat Ummi manfaatkan sebaiknya untukMu ya Allah...keranaMu lah juga memungkinkan Ummi masih boleh beramal sehingga saat catatan yang ku tulis ini...

Engkaulah Yang Maha Gagah Perkasa. Teguhkanlah keimananku padaMu ya Allah. Sungguh hanya lantaran iman yang teguh Ia benar... kekuatan hakiki bagi insan yang lemah lagi kerdil ini..

Walhamdulillah thummalhamdulillah...

Ummi Wardah.
Bdr Puetri
9.15 pagi.

Pengalaman 2

...bersambung...
masuk minggu ke 3 Alhamdulillah kesihatan Ummi semakin pulih..
Ummi sudah boleh memandu ke sekolah untuk menghantar surat cuti, mengambil Sofiah di sekolah dan ke kedai...bila ada keperluan...

Ummi juga masih boleh menerima jemputan ceramah di Cahaya SPK untuk kaum ibu. Tak sampai hati menolak jemputan sahabatku Fadhilah yang beriya-ia mahu Ummi yang menyampaikannya...Tajuk " Stress dan Menangani dari segi Agama" amat2 menguja Ummi. Kebimbangan Ummi bila menyampaikan sesuatu tajuk lantas nanti diuji dengan apa yang disampaikan kadang-kadang menjadi satu enxity...

Sungguh...!! minggu itu juga Ummi diuji dengan situasi yang agak mendorong stress...Ye lah dgn kesihatan yang kurang stabil, menyantuni sahabat-sahabat AJK program yang bertanyakan beberapa perkara ditambah dengan kesebokan menguruskan urusan keluarga terutama di pagi2 hari, ia mendorong ketegangan komunikasi yang menyebabkan stress....

Kalau sebelum ini (terutama dalam keuzuran ummi ini) Alonglah yang banyak membantu mengurus adik ke sekolah setiap pagi, kali ini Along tidak dapat lagi membantu, kerana dia sendiri baru mula bertugas dan perlu bergegas awal-awal pagi ke tempat kerjanya di PJ...Setelah munajat dan berdoa moga dileraikan kekalutan yang ada Alhamdulillah kekusutan akhirnya dapat dirungkai...semula..Alhamdulillah.

Ummi juga masih menyertai sahabat-sahabat Ummi mengenadalikan mesyuarat untuk melaksanakan program Keluarga dan Syariat. JK Wanita IKRAM Kuala Langat akan mengenadalikan programa Indahnya Berkeluarga Bersyariat: Bercinta Hingga ke Syurga pada 11 Febuari..sepanjang tempoh melaksanakan perbincangan Ummi ditakdirkan Allah diberi kekuatan mengikuti dan menyertai perbincangan yang di adakan. Menghubungi individu yang diperlukan dan membantu mana2 yang Ummi boleh lakukan.

Kadang-kadang terfikir sendiri...bila Allah memberi maka amat wajarlah Ummi manfaatkan pemberian yang diberi itu untuk kebaikan...mengingati seperti ini, Ummi cuba sedaya upaya tidak memberi peluang untuk "mencari alasan" untuk tidak terlibat dengan apa sahaja yang masih mampu dilakukan asal sahaja memberi kebaikan...kepada diri atau orang lain.

Selalu terfikir, " Mungkin inilah peluang terakhir Ummi bisa melakukannya..entahkan esok atau lusa sudah tidak mampu atau medapat peluang lagi..??".

Lantas mengingat ini, setiap pagi antara perkara pertama yang difikirkan sebelum melakukan apa-apa sahaja...
" Apa lagi amal/kerja yang Ummi perlu buat hari ini....? " Paling-paling ringan pun Ummi akan pastikan dapat memenuhi masa yang ada dan terluang dengan sebanyak mungkin tahmid,tasbih dan tahlil.....Ia ..ia amal yang selalu terlupa bila waktu-waktu sebok bekerja sebelum ini...

Dengan nikmat sakit, rehat, cuti yang diberi Ummi dapat mengisi dengan aktiviti -aktiviti ini juga...Mungkin kita selalu membaca, menelusuri sirah dan hadis Rasullullah s.a. w., Ar-Rasul beristighfar sehingga 100 kali, dapat bertasbih, bertahmid dan bertahlil dengan menyebut bilangan atau jumlah sekian-sekian..terfikir sendirian, " Apakah hikmahnya bilangan-bilangan bacaan ibadah kecil2 ini...3X,10X, 33X, 100X itu......??". Bahkan kita juga terbaca kesah salafus salih dan ulama' silam mengamalkan wirid2 tertentu beribu-ribu kali sehari....??

Pada Ummi ia tiada lain betapa mereka memahami pengajaran surah Al-Asr dan kaitannya memenuhi masa dengan amalan jika boleh ....setiap saat waktunya tiada yang terluang kecuali " merebut peluang" beramal, kebajikan, pahala dan ganjaran dan redha serta pandangan Allah pada dirinya selaku hamba...hamba yang hati dan ruhnya sentiasa hampir dan merasa hampir dengan Pencipta..lantas mulutnya tidak lepas mengingat kekasihnya...!!

Sampailah saat yang ditunggu ..penuh debaran..bimbang dan takut...Chemo rawatan ke 2.

Entah ..setiap kali akan menghadapi rawatan Ummi sentiasa tinggi rasa kebimbangan dan takut, walaupun tetap bertawakkal....memanglah dr selalu mengingatkan " Pn mesti tabah...kuat semangat dll...". Tapi dr hanya memberi nasihat..hakikatnya tiadalah pengalaman itu dirasainya...Sungguh hanya yang berpengalaman merasainya ' benar2 tahu' apa yang Ummi ungkapkan ini...

Benar kata Liya, sahabat Ummi, Pakar ubat yang menjadi rujukan semua jenis2 ubatan yang dr berikan pada Ummi, " Kmar Liya pun hanya membancuh dan menyediakan ubat chemo utk pesakit tapi ya..hakikatnya tak pernah merasai penangannya.....". Terima kasih Liya dan Mas kerana amat simpati dan empati dengan Ummi.." I love... both of U so much..". Moga kasih kita kekal hingga di Syurga......

Masih teringat seorang sahabat Ummi ( Dr Mai) seorang dr pakar yang diuji dengan cancer rahim...akhirnya mengalah setelah 3X rawatam chemo yang diambil. Bertawakkal menghentikan rawatan berikutnya kerana " Tak tahan" penangan kesan ubat2an chemo...." akhirnya sahabatku itu mengambil air2 yang dibaca dengan ayat2 Al-Quran dan bertawakkal dengan usahanya ...setakat ini Allah masih memberinya kehidupan dan kekuatan..dan masih bertugas..May Allah bless U ya ukhti...

Maka apatah lagi Ummi tiadalah banyak maklumat ubatan2, ilmu kedoktoran jauhlah lagi diketahui..mmg wajar "Takut,bimbang,harap...semuanya memenuhi kotak fikiran tiap kali tarikh rawatan hampir menjelang....".

Namun..Ummi pasrah...moga Allah memberi yang terbaik dari sisiNya. Apa dia.?? .tiadalah ummi ketahui..yang selalu ummi panjatkan doa hanya doa istikharah setiap kali waktu solat fardhu khusus menyebut, " Jikalah Chemo ini ada kebaikan untuk pengubatan ku dan ugamaku,hidupku dan akhiran hidupku..permudahkanlah ia , berkatilah ia......

Rabbana alaika Tawakkaltu wailaikal masiir..

Ummi Wardah.

Sunday, February 12, 2012

SELAGI ADA HAYAT......

Selaku pesakit, selalu mengingatkan diri bahawa ajal terasa amat hampir.....
Namun hakikatnya tiadalah siapa yang tahu bilakah ajal kita akan tiba? Sakit tidak semestinya mati. Namun sakit umpama PERINGATAN utk pesakit lebih insaf diri, dan lebih bersedia akan kedatangan ajal itu...

Jika inilah hakikatnya, bersabarlah dan bersyukurlah jika anda ditimpa sakit...kerana ia anugerah dari Allah. Tapi anda perlu cukup sabarrr ...pastikan anda Tidak Hilang FOKUS UTAMA kehidupan.

Mohonlah tetap diberi Allah ketenangan dan berfikiran rasional yang menghasilkan tindakan,keputusan yang WAJAR..

Ingat ....!! janganlah ujian sakit ini membantutkan tugas asal anda sebagai khalifah Allah yang bertanggung jawab beribadah hanya kepadaNya...!!

Janganlah ada terlintas di hati untuk " TIDAK MELAKSANAKAN AMANAH/BERCUTI" menunaikan amanah dengan alasan sakit....pohonlah kekuatan dariNya..pasti Dia Maha Pemberi..

Sebab itu, Ibadah SOLAT tetap wajib ditunaikan oleh orang yang mukallaf sekalipun hanya dgn isyarat sahaja.........Ini hujjah jelas bahawa insan WAJIB beribadah walau apa keadaan pun selagi waras aqalnya.. ramai yg lupa ini..betapa ramai pesakit sengaja tidak solat...!!! apatah lagi amal2 yg lain..tp masih tidak lupa makan....kerana makan ini kehendak nafsu..lupa sakit sebagai ujian.


Di saat yang sama Ummi sentiasa mengingat bahawa kita juga perlu melakukan apa sahaja amal kebaikan selagi masih ada peluang dan ruang. Jika kebaikan itu kita dapat kongsikan dengan ramai orang , moga-moga pahala kebaikannya itulah amal jariah yang bakal ditinggalkan.

Ramai teman-teman meminta Ummi menulis pengalaman sakit yang boleh dijadikan panduan/pengajaran kepada insan lain yang memerlukan.
Ummi memang berhajat menulisnya, tetapi lantaran kesibukan tugas selalu menjadi alasan yang menghalang cita-cita. Menulis ini juga perlukan ketenangan dan idea yang perlukan waktu tertentu....

Moga -moga dengan luang masa yang dianugerahkan Allah ini Ummi bisa menukil pengalaman yang bisa jadi bahan panduan atau just sharing ..jikalah ada kebaikan darinya pastilah Allah yang mentakdirkannya. Jika tidak jadikanlah ia sempadan..

Selepas Ummi mencari apa-apa sahaja maklumat melalui google yg berkaian sakit cancer , terdorong dihati utk menulis perkongsian pegalaman sendiri . Rupanya Ummi salah seorang yang sangat ingin mencari apa-apa perkongsian maklumat, ilmu dll bagi mereka yang sama takdirnya...

Ummi yakin di sana ramai insan lain yang mendambakan cetusan pengalaman agar ia bisa jd semangat,dorongan, motivate, sumber kekuatan dan sekurang-kurang just utk sharing.....

Moga apa yang bakal ditulis diberkati Allah yang memberi manfaat kpd yang mahu membacanya.


Ummi akan tulis mengikut tajuk-tajuk yang difikirkan terbaik.

SIRI (1) KITA INSAN MULIA

Ketika mentadabbur dan menghafaz ayat-ayat Surah Al-Baqarah: ayat 30 -39, hati selalu merasa amat insaf. Betapa insan ini makhluk istimewa yang dicptakan Allah. Diciptakan kerana mahu dilantik sebagai khalifah yang bakal mengurus DUNIA dan segala apa yang ada di dalamnya. Walaupun hakikat insan itu lemah namun Allah berjanji MENGUATKANNYA dengan sebab iman yang mendalam dan benar kepadaNya.

Insan dibekalkan segalanya , Iman sejak di alam roh, aqal yang boleh menimba ilmu, Basyirah yang bisa membezakan yang baik dan buruk, yang benar dan yang salah. Diberi segala bantuan, perhatian dengan penegasan apabila di persoal oleh mlaikat dengan jawapan yang tegas, " Aku lebih tahu apa yang Aku lakukan dari kamu".

Insan juga dimaklumkan siapa musuhnya. Bagaimana menghindarinya. Allah amat memahami tiada manusia yang maksum kecuali para rasul lagi ulul Azmi. Lantas ditunjuki bagaimana langkah kehidupan yang perlu dilakukan jika tersalah dalam tindakan.

Bermulalah kisah Adam dan Hawa melakukan pelanggaran batas hukum ketika di Syurga. Berlaku perdebatan dan pertentangan yang berakibat hukuman kepada Iblis, malaikat, Adam dan Hawa. Malaikat makhluk yang sentiasa taat, maka maqamnya sentiasa hampir dengan Pencipta. Syaitan dengan sombong dan bongkaknya maka laknatlah akhirnya. Insan (Adam & Hawa) tersalah atas tipu muslihat syaitan, dicampak ke bumi, akhirnya sedar diri, bertaubat dan menghampr diri pada Allah, akhirnya diampunkan dosanya olehNya. diberi lagi jalan petunjuk buat pilihan untuk hari mendatang....

Peristiwa ini ,Adam dan Hawa ( bapa manusia semuanya) menunjukkan jalan bagaimana perjalanan hidup seorang insan di dunia ini. Allah menciptakan kita insan mulia bermatlamat satu supaya menjadi HAMBA ALLAH yang taat dan ikhlas hanya kepadaNya dari awal menjadi mukallaf hingga lah ajal tiba.

Visi dan Misi kehidupan manusia mestilah mengikut acuan yang di kehendaki Pencipta. Tiada manusia yang tidak bersalah , namun jika tersalah kembalilah memohon ampun kepadaNya. Jangan jadi seperti Iblis yang Engkar lantaran sombong dan bongkak, tidak mengaku bersalah bahkan hasad dengki serta dendam kesumat menyelubungi diri. Akhirnya laknat Allah kepadanya lantaran SOMBONG dan BONGKAK hingga dikunci hatinya oleh Allah .

Lalu mata, telinga, hatinya buta,pekak dan keras kepada peringatan dan kebenaran....!!!!.

Allah menunjuki jalan kebenaran iaitu orang yang mengambil pengajaran dari Al-Quran dan Sunnah Rasullullah sebagai cara kehidupan way of life pasti berjaya. Ia tidak akan ditimpa perasaan bimbang dan ketakutan. Ini kerana IMAN YG MENDALAM pasti menjadi sumber kekuatan kepada insan yang mulia itu.Kerana Allah suka menghampirkan diri,membantu,menolong kepada insan yang sentiasa merasa dekat denganNya.

Sesiapa yang enggan/engkar dengan petunjukNya pasti dirinya dipenuhi sifat-sifat negatif syaitan dan ahli neraka dari mindanya , lisan dan tingkah lakunya.

Sungguh manusia diberi ruang PILIHAN...!!! PILIHLLAH.....NAMUN KITA HAKIKATNYA, BILA TELAH MENGAKU BERIMAN TIADA PILIHAN KECUALI YANG ALLAH KEHENDAKI SAHAJA....


Rumusannya :
1.0 Insan - makhluk yang terbaik dan termulia yang dicipta Allah dengan penuh pengawasan dan perhatian.

2.0 Setiapa insan - telah dipilih untuk menjadi pemimpin di dunia. Matlamat kehidupannya memastikan kehidupan dunia sentiasa mengekalkan IMAN kepada Allah dan menghambakan diri kepada Allah. Inilah TUGAS BESAR seorang insan yang telah ditunjukkan melalui utusan para rasul-rasul hingga akhir zaman.

3.0 Syaitan - adalah musuh sebenar insan yang ia akan menggunakan segala tools yang ada di dunia utk memastikan insan tidak dapat melaksanakan tugasnya dan boleh menjadi temannya untuk menjadi penghuni neraka Jahannam.

4.0 Insan - pasti akan tersalah dan tersilap. Allah menunjukkan cara untuk kembali bersih dengan bertaubat , mendekat diri kepada Allah dan mengambil Al-Quran dan Sunnah Rasul sebagai petunjuk jalan. Kedua petunjuk ini Allah menyatakan TIADAK DIRAGUI petunjuk hidup bagi orang yang bertaqwa dan orang yang berjaya.

5.0 Insan - yang GAGAL hakikatnya gagal memahami dirinya, fungsinya, tujuan kehidupannya dan bagaimana ia perlu hidup di atas muka bumi ini yang sementara , apakah petunjuk yang patut digunakannya. Ditambah pula dngan GAGAL dalam pertarungannya dengan musuh sebenar insan iaitu SYAITAN. Musuh yang melihat kita tetapi kita tidak dapat melihat mereka, namun dialah yang menyelaputi NAFSU yang ada di dalam dada setiap insan.

Hasbunallahu wanikmal wakil....

Ummu WardahBdr Puteri
13/2/2012