Tuesday, February 9, 2010

Wahai Ibu Ayah...kenalilah anakmu.......

Assalamualaikum.....ust...boleh bercakap sebentar..

" Harap bantu pelajar ini ya...smlm ayahnya telah menelefon saya mengenai anaknya. harap sekolah dapat membantunya...Ust Boleh ya...".

Ok...". Umi meletakkan gagang telefon sebaik habis bercakap dgn pentadbir. Ummi juga bertanya beberapa soalan mengenai butir diri murid. Begitulah antara rutin Ummi dan semua kaunselor sekolah bila-bila sahaja akan menjadi orang rujukan di sekolah. Fokus UBK di sekolah walaupun 'Core-businness 'nya adalah sesi kaunseling murid Individu dan kelompok. Namun demikian UBK juga di harap membantu kes2 yang berkaitan guru dan kakitangan bahkan ibu bapa, pekerja2 kontrak yang bertugas sebagai jaga, pelayan dewan makan dan pekerja pembersih kawasan....

Pendek kata UBK perlu berperanan dan bersedia memberi perhidmatan bantuan kepada semua kategori warga sekolah.

Antara 'isu biasa' yang dihadapi jika awal tahun begini ialah anak2 yang tak selesa tinggal di asrama. Ada anak yang mudah melakukan perubahan dan penyesuaian diri dengan rakan sosial, persekitaran baru dll.

Bila anak2 mula tinggal di asrama terutama pelajar tingkatan 1 dan 4,apatah lagi jika tiada pengalaman tinggal di mana2 asrama sekolah sebelumnya, ada yang amat tertekan lantaran banyak asbab:
1- harapan ibu ayah yang terlalu tinggi kepada anak agar si anak segera berubah agar cpt berdikari,bijak berhubung dgn rakan sebaya dan membiasakan diri dgn peraturan2 sekolah dan asrama. Sedangkan semasa di rumah pula ramai yang dimanjakan. Tidak berapa perihatin.

2- Tidak pandai berkomunikasi dgn rakan sebaya. Di asrama adik beradiknya ialah semua rakan asramanya. Mereka juga terpaksa berkongsi banyak perkara dan benda...yang tidak berlaku di rumahnya. Ini semua amat rimas dirasai oleh setengah penghuni asrama yg baru.

3- Di asrama segalanya ada jadual yg rigid bagi semua aktiviti murid. Ini amat memenatkan. Murid hanya dpt berehat mengikut waktunya. Jika di rumah dia boleh mengatur sendiri waktu study dan rest....!
4- Di asrama segala keperluan peribadi kena di urus sendiri. Sedangkan jika di rumah ramai yg membantu. Ada kakak,Emak,Atok atau nenek bahkan ada bibik pembantu...

PESANAN UMMI BUAT PARA IBU/BAPA ANAK2 CEMERLANG...

1. Jika anak anda merupakan anak cerdas pintar pastikan anda juga melatihnya bijak bersosial/berkomunikasi dan bijak mengurus emosinya. Bagaimana..? Tingkatkan kemahiran anda menyantuni anak2 dgn membaca dan mendalami ilmu berkaitan.
2. Jika ANDA bercita2 tinggi anak anda akan belajar di sekolah berprestasi tinggi suatu hari, Latihlah anak anda mengurus sendiri keperluan peribadinya di rumah sehingga menjadi satu kebiasaannya.
3. Jika ANDA berharap anak anda memilih "kerjaya profesional" suatu hari nanti, bantulah/bimbinglah anak anda menjadi pelajar yang 'SMART' belajar dari kecil lagi. Dorongan dan disiplin perlu diterapkan sebijak mungkin sehingga menjadi budaya dalam dirinya.

Ummi mencadangkan ini semua kerana:

i) Pelajar yg cerdas pintar akan berpeluang untuk bersekolah di sekolah2 terbaik di seluruh negara .Yang pasti mereka akan berpisah dgn keluarga ketika berumur 13 tahun/tingkatan 1 lagi.

ii) Mereka akan menjadi penghuni asrama yg menjadi rumah keduanya, bahkan mungkin tempoh masa di asrama lebih banyak berbanding di rumahnya. Anak anda memerlukan kemahiran mengurus diri dan keperluan-keperluan peribadinya sendiri.

iii) Anak anda terpaksa berkongsi dgn rakan sebaya yg menjadi adik beradiknya di asrama. Mereka akan berkongsi banyak perkara, dgn 'adik beradik' yg ramai.. Kemahiran bersosial,berkomunikasi memudahkan anak anda terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah/akhlak diri.

Moga tips ini membantu untuk Anda terus melihat anak anda bijak bestari...!!

Ummi Wardah
SAMT Sultan Hisamuddin.

Hari ini Kursus dan Lawatan ke College NICHe, Klang..














Dr Zainal sdg menyampaikan Kemahiran Kaunseling.









Lawatan ke Wad Latihan
Kejururawatan
di Kolej Niche..


Hari ini semua kaunselor daerah telah dijemput mengikuti Kursus Pengurusan kaunseling Sekolah. Kursus kali ini di buat dengan kerjasama Kolej NICHe klang. kolej ini merupakan kolej kejururawatan dan Sains Kesihatan. Terletak betul 2 ditengah2 bandar Klang. Ia merupakan cawangan kumpulan syarikat IBM yang salah satu daripadanya kolej Niche yg juga merupakan rangkaian cawangan dgn Universiti/kolej yang lebih besar lagi. Antaranya juga UCSMC (Fakulti Perubatan), ADAM (Diploma Animasi ) dll...

Kami juga di bawa melawat ke kuliah dan bilik2 latihan...
Sebelum balik kami semua telah dijamu dengan makanan tengahari dgn menu yang sedap iaitu nasi beryani dan kari ayam, kurma kambing dan acar serta porpedam dan buah...Eemm...yummy...!!

Pihak kolej berjanji untuk mengaturkan satu lagi Bengkel Kaunseling Individu dan Kelompok pada suatu hari nanti.Ia amat berfaedah kepada kaunselor baru juga yang lama untuk ulangkaji....Ialah ilmu tu kena selalu digilap barulah nampak bersinar2....dan mudahlah untuk dimanfaatkan..

Itu sahaja catatan hari ini..

Ummi Wardah
Klang.

Teknik Belajar Berkesan....



Adakah anda pelajar yang bijaksana, tekun belajar...?

Kadang-kadang anda menyatakan anda telah pun banyak membaca,mengulangkaji, berbincang, menghafaz dll.........!Anda juga telah memperuntukkan masa yang panjang dan banyak untuk itu semua tetapi ANDA belum juga mendapat atau mencapai kejayaan seperti apa yg anda hajati. Mengapa berlaku demikian..?

Mungkinkah ANDA sebenarnya bukan org yg bijak belajar.....? Anda belajar tidak mengikut cara yg betul mengikut type diri anda.....
Anda mungkin telah membazirkan masa,tenaga ANDA..Andaterikut2 gaya orang lain....Anda telah meninggalkan banyak perkara yang sepatutnya anda lakukan.....!

Jika anda tahu SIAPA DIRI ANDA,GAYA BELAJAR ANDA, PERSONALITI ANDA...dan anda membuat pilihan yg tepat untukmelakukan suatu perubahan anda pasti akan BERJAYA...!!
Setiap kita dilahirkan untuk berjaya. Kitalah yg memilih dan menentukan apakah kejayaan yang diingini dan apa yang kita mahu di masa akan datang....!!

Impian hari ini adalah kenyataan hari esok....Allah menjanjikan demikianlah bagi ahli2 syurga atau sebaliknya...di dunia inilah kita membuat pilihan dan merancang dan melaksanakan apakah jalan-jalan,amal2 yg boleh menentukan bagaimana kedudukan kita di Akhirat nanti....!!

" Barangsiapa yang beramal soleh dan ia mukmin ..pastilah rahmat Allah(kejayaan)
bersamanya "

Jika kita bijaksana dgn ilmu, dan amal serta azam dan usaha yg kuat kejayaan psti menjadi milik kita...

Itu antara tips 2 yg disampaikan oleh fasilitator yg UBk telah jemput bagi memenuhi Program Motivasi Kecemerlangan PMR untuk semua pelajar Tingkatan 3. Dua jam bersama fasilitaor semua para pelajar nampak bersunguh2 memberi perhatian..!
terima kasih kepada penceramah dan kaunselor yang menjadi penganjur Pn Rafidah dan Pn Suriyana. sesungguhnya kesempatan Ummi bersama kalian dalam tugas memberi bimbingan memberi satu tekad dan azam baru..bahawa kita akan terus berusaha membangun generasi ini menjadi orang yang berjaya di hari muka....sungguh bukan kita yg memberikan kejayaan tetapi menjadi penyebab kepada satu kejayaan juga suatu kegembiraan dan Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Pencipta. Moga generasi penerus ummah ini akan terus dipupuk dan dibimbing menjadi insan, hamba Allah yang benar2 menjadi hambaNya.....

Ummi Wardah.
SAMT Sultan Hisamuddin.

Aktiviti Bersama ......Anak Abah.....


Gambar 1, nie....Eemm....Sofia tengah sebok bernasyid 'karouke' dgn abah . PC kami baru je dibaiki. Lebih 2 minggu PC kami meragam dan tak acsess internet.....

Bila dah elok tu yg abah ngan Sofia seronok tu....

Nak katanya zaman sekarang komputer dah jadi satu keperluan hidup, terutama penduduk bandar. Jika PC bermasalah jadi tak keruan juga. Aktiviti harian dan urusan2 seperti pembayaran bil2, urusan bank, janji temu mesyuarat, penghantaran laporan dan sebaran maklumat, arahan pimpinan dll lagi tergendala....

Betull.....! Dunia begitu cepat dan pantas berubah ..semuanya di hujung jari..!!



Aha.....yang ni gambar yg 'best' Ummi rasalah......sbb mcm ' country' je la . Sekali tengok macam di mane lah tu............!

Tu yang Ummi rase best nak ambil dan rakamkan.....Sekarang ada satu hobi ummi yang best sekali bila dapat merakamkan apa2 peristiwa yang berlaku dan boleh disimpan untuk sharing...khasnya dgn anak2....dan ahli keluarga.


Azamnya suatu hari Ummi akan dapat terbitkan buku hasil tulisan Ummi sendiri...Dah ada dlm minda...tgh berfikir2 nak mula sahaja....Moga angan2 kan jd kenyataan. Sekurang2nya sebelum Allah menjemput Ummi ada satu buku Ummi di pasaran moga jadi warisan yang bakal ditinggalkan..

Ya Rabb...!
Unsurni Wayassirli amri , Wahlul Uqdatam mil lisani Yafqahu Qauli...

Ummi Wardah.
Bdr puteri.



Friday, February 5, 2010

Muslim must be A Global Champion....Umatan Wasatha..

Tahniah buat sahabat Ummi Ukht Hjh. Noor Zaiton..!



SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.

Ummi Wardah,
Bandar Puteri,
Klang.

* Turut brkesempatan dgn beliau semasa kunjungan Ummi ke UK dulu...
Dah Chat dgn Noor zaiton ptg td dan ucapkan tahniah & nyatakan rasa gembira dan syukur atas anugerah yg diberikan kpd beliau...Moga kejayaannya menjadi qudwah hasanah kpd semua bahwa daie sepatutnya sentiasa berusaha menjadi Global Champion' Ummatan wasatha" /Org Cemerlang, dlm kemahiran dan apa2 tugas/kerja yg telah,sedang dan akan dilakukannya.

Ummi Wadah
up-dated 9/2/010.

Motivasi SMA.......

Hari ini Ummi diminta pengetua untuk memberi sedikit "Tazkirah" berkaitan isu ada beberapa murid yang ingin berpindah sekolah dgn alasan takut dan tidak mahu mengambil SMA.

Ummi memulakan dgn sedikit sejarah SMA. Ummi merupakan generasi murid pertama yang mengambil peperiksaan SMA pada tahun 1976. Ketika Ummi berumur 16 tahun dan berada di Ula Thanawi...Tingkatan 4. Perubahan sistem pembelajaran dan peperiksaan ini diperkenalkan oleh JAIS bagi meningkatkan mutu dan pandangan masyarakat terhadap institusi pendidikan agama di Selangor. Ia juga mengubah satu paradigma besar kepada para pelajar. Di mana jika sebelum itu SAM Negeri selangor bagi yg telah lulus Rabi' Thanawi dan Darjah 9, pasti sudah boleh mengajar sebagai guru agama/ustaz,ustazah.

Dengan memperkenalkan sistem ini para pelajar lebih jelas hala tuju pendidikan selepas di peringkat menengah , mereka boleh menyambung pembelajaran di peringkat universiti pula dalam dan luar negara. Ada pula kemudahan biasiswa bagi pelajar yang akan ke luar negara. Ini membuka mata pelajar betapa luasnya peluang untuk menentukan hala tuju pendidikan dan membina kerjaya masa depan yang pelbagai.Oleh itu sambutan masyarakat amat menggalakkan terhadap perubahan ini. walaupun pertama kali pada tahun tersebut keputusan SMA pelajar cemerlang. Akhirnya Ummi juga berjaya menjadi salah seorang murid yang mendapat kejayaan cemerlang dalam SMA 1976 d sekolah Ummi.

Namun amat sedih kerana selepas lebih 30 tahun ia dijalankan di sekolah, penerimaan murid hari ini terhadap SMA amat mengejutkan...ada ibu bapa murid tidak menggalakkan anaknya mengambil SMA...dan ada murid yang memberi alasan tidak mahu mengambil SMA kerana takut dan tak mahu bahasa arab...

Ummi kemukakan persoalan untuk difikirkan sebagai penutup bicara...antaranya:
i- Kenapa takut tak lulus....SMA tahun ini bukan baru pertama kali ..sudah lebih 30 tahun...tanya yg telah melaluinya..Adakah susah peperiksaan SMA untuk cemerlang..? ( Semua murid tingkatan menengah atas menyatakan TIDAKKK! Jika tidak susah apa sebenarnya?

ii- Kenapa tidak suka/tidak mahu mempelajari B.Arab? Bukankah ia bahasa komunikasi harian dgn Allah? Tidak sah solat tanpa berbahasa Arab? bahasa yg boleh membina hubungan intim dgn Allah? Apakah tidak gembira memahami bahasa Pencipta?
Ummi ingatkan bahayanya alasan pertuturan ini...seolahnya yg ia juga tidak suka Allah kerana benci /tak suka bahasaNya...?

iii- Apalah ertinya segulung ijazah 'first class' jika ia tidak menjadikan pemiliknya ' kenal Allah'.
Apalah ertinya pangkat yang tinggi jika tidak dapat membawa manusia/pekerjanya terus beribadah kepada Allah? Apalah ertinya harta yang menimbun jika tidak menjamin menjadi ahli syurga...?

Semua hadirin diam membisu dgn pengakhiran motivasi ummi yang penuh cabaran di hujungnya....

Ummi Wardah.
SAMTH.

Guru...Sayangilah anak didikmu...!

Dipetik dari antaran seorang kawan....

Pengalaman seorang guru ..

Janji ! anda jangan menangis...

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Ummi Wardah

Bandar puteri

Klang.