Thursday, December 31, 2009

Isu Penggunaan Kalimah Allah di gereja...depa menang..???

Faham ke depa makna sebenar lafaz tu..
Kristian hari ini amat membenci Islam
Kemenangan mereka satu lagi muslihat jahat yg telah dirancang

"Mereka merancang dan Allah juga merancang, pasti perancangan Allah sebaik-baik perancangan".

Setiap yang berlaku pasti ditakdirkanNya dan dgn kehendakNya..Moga Allah menetapkan yang terbaik untuk umat Islam akhir zaman ini..

Penjelasan akh Hj Shamsul Maarif dlm isu ini..Kenapa muslim perlu bersatu menentang keputusan mahkamah ini...

Ini bukanlah isu nama Allah di zaman Nabi atau di tanah arab. Ini adalah sebahagian dari rancangan jahat musuh Islam yang sedang cuba sedaya upaya bagi menghakis Islam di tanah air ini sedikit demi sedikit hinggalah akhirnya hak yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan ditafsir dengan cara yang salah. Tanah air Muslim ini adalah salah satu benteng terakhir umat Islam maka pertahankanlah.

Dalam hal ini semua kita perlulah jelas apa yang ada di dalam perlembagaan dan bukan redha atau membiarkan usaha jahat ini menang begitu sahaja. Kedudukan Islam dalam perlembagaan hendaklah dipertahankan dengan apa sahaja cara. Orang bukan Islam dilarang berdakwah kepada Muslim dan usaha ini adalah satu tipu muslihat halus bagi menyebarkan dan menambah kekeliruan umat islam yang jahil. Dalam hal ini usaha menolak mafsadah agar tidak terjadi mafsadah yang lebih besar mestilah dilakukan.

Dalam hal ini pihak KDN pasti akan memfailkan Rayuan dan kita pohon kesatuan fikrah dari aktivis gerakan Islam. Mencari yang sahih dan paling tepat dalam pandangan. Jika sesama kita berbeza dalam hal ini maka bergembiralah musuh-musuh Allah.

Moga Allah memberi taufik dan inayah dalam hal ini.

smhi

Moga usaha yg dilakukan akan berjaya. Kita wajib bersatu memberi sokongan dalam usaha yg dilakukan mereka yg arif dan mahir dengan kenyataan yg terkandung dlm perlembagaan negara.
Sebagai rakyat biasa kita juga amat wajar maklum dan faham hakikat perlemnbagaan negara kita. Agar kita tidak mudah diperbodohkan orang lain lantaran kejahilan kita mengenainya. Apatah lagi jika berl
kaitan hak muslim dan isu ummat Islam...

Mari kita sama berdoa...!! sekurang2nya.
Ummi Wardah
1 Jan 2010.

Kasih seorang sahabat...

Sahabat.......yg sama-sama berjuang menghadapai ujian sakit....

Namun keduanya amat tabah..sabarr..dan tidak putus asa mencari ubat /penawar..dan sangat kuat semangat untuk terus melaksanakan tuntutan dakwah ..lebih baik dari orang yg sihat tubuhnya...
Suara takbir AKAD dalam majlis pasti semua sahabat akan ingat,
Itulah sahabat Ummi....
Akh Ahmad Khairi & Dr Hafidzi...
Moga Allah mengampuni dan memberkati kalian berdua.

Berikut catatan beliau ketika menziarahi akh Ahmad Khairi (AKAD ).

Assalamualaikum,

Tadi pagi spt setiap hari khamis ana ada follow up di hospital Serdang, di temani anakanda Mawardi. Selepas ambil darah ana beredar utk ziarah akhi Akad di ICU. Tapi jam baru pukul 8.30 pagi. waktu melawat pesakit ICU strict - pukul 12.30 - 2 ptg dan sebelah petang shj yg dibenarkan. Tapi kami berdua tawakkal dan redah aje. Kami naik dari tingkat 3 sebab klinik nephro di tingkat 3 - di situ tiada kawalan keselamatan. Kalau tingakt 2, lobby mesti tak boleh lepas insyaAllah. Sampai di ward ICU kami bagitau nak ziarah pesakit bernama Ahmad Khairi. Nurse yang bertugas kata dia sudah pindah ke ward HWD? (betul ke ni). Maknanya sudah keluar dari tahap kritikal dan transit untuk masuk ward biasa.

Kami ke sana tapi ditahan oelh attendant, dia kata memang tak boleh ziarah waktu ni. Dia tanya siapa pesakit dengan kami, anha jawab kawan baik. Dia masih tidak membenarkan. Sebaik kami nak beredar dia suruh kami tunggu. Dia masuk sekejap dan keluar sat tu dan melambai-lambai kami untuk masuk. tapi 5 minit aje. alhamdulillah.

Ketika kami masuk Akad sedang duduk bersandar. Dari jauh dia tak perasan sebab ana pakai mask. dah dekat baru dia kenal. Kami berpelukan dan menangis bersama. Akad kata sebelum ni dia ada buat follow-up di HUKM. Doktor kata dia nak tengok liver (hati) Akad kesan dari ubat yang dia makan selama ini. Akad jadi risau - persoalan timbul dalam dirinya 'adakah ubat yang aku makan selama ini merosakkan hati aku?' Kebimbangan ini menyebabkan Akad tak makan ubat selama seminggu. Inilah punca kepada masalah kesihatan yang dihadapinya.

Tapi doktor telah buat pemeriksaan dan mengesahkan hati dia tak terjejas langsung - seolah-olah dia tak pernah makan ubat tu. Jadi ana kata pada dia 'anta makan ubat, ikhwah semua sayang pada anta'. Ikhwah semua mendoakan anta dan solat hajat untuk anta.

Masa 5 minit berlalu, attentand India itu datang mengingatkan kami 'dah cukup time'. Dia kata ada doktor marah dia, pagi-pagi bagi orang masuk. Dia kata, dia orang tu datang dari Sabah...

Alhamdulillah, dapat juga kami datang jenguk Akad walaupun sekejap. InsyaAllah akan akan dipindahkan ke ward biasa nanti. sama-sama kita doakan.

Hafidzi MN

Wednesday, December 30, 2009

Sedutan Surah At-Taubah

Petikan dari surah At-Taubah. Surah yang Ummi uliti ketika di perpustakaan ini.


Alhamdulillah Ummi telah membaca & memahami ringkasan keseluruhan surah Yg ke 9 ini dan mengandungi 129 ayat.

Ada 3 watak yang dijadikan pokok cerita surah ini. i)Watak seorang mukmin sebagaimana dilakarkan oleh Ar-Rasul & para sahabat Ridwanullahi alihim, ii) Watak Kuffar yang memang jelas memerangi Islam iii) Watak Munafikin; golongan yang hidup bersama masyarakat muslim, bertingkah laku seperti muslim yang lain bahkan turut serta dalam ibadah. Namun Allah menjelaskan hakikat mereka dari tingkah laku zahir mereka. Antaranya mereka : a) menentang/menjadi penentang agama Islam. b) Malas melakukan ibadah, malas/berat untuk berjuang menegakkan kalimah Allah dan menghasut orang lain untuk tidak bersama dlm perjuangan kebenaran.


Cerita paling panjang bagaimana Allah memberitahu sikap dan keperibadian munafikin. Jelas menunjukkan bahawa orang munafik ini bermula memiliki hati yang tidak bersih/ikhlas bahkan penuh hasad dengki serta permusuhan kepada orang-orang yang beriman.

Sebahagian huraian surah ini yang menyentuh hati Ummi dan gementar di jiwa:


Selepas itu, datang pula ayat yang menggambarkan situasi masyarakat dan keadaan manusia dalam berhadapan dengan isu semasa. Keadaan yang membawa kepada perpecahan ataupun kesatuan. Samada mereka memberi pertolongan atau berpaling dari perjuangan menegakkan Islam. Menjadi penyokong dan pendokong atau sekadar menjadi pemerhati yang bersikap tunggu dan lihat. Sehinggalah datang ayat pembeza yang menjadi paksi kepada surah ini.


“ Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa Dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)"…………………”

(at-Taubah: 61)

Mereka cuba untuk menyakiti Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam. Allah Taala mengajar manusia bahawa sesungguhnya Baginda Sollahu’alaihiwasallam tidak sesekali bersifat dengan sifat yang berada dalam fikiran mereka. Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam adalah rahmat kepada kamu semua.

“ Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa Dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”

(at-Taubah: 61)


Sesungguhnya banyak kesilapan dan kesesatan manusia itu berpunca dari kejahilannya mengenai hakikat sebenar dirinya, matlamat kejadiannya dan alam. Ditambah pula jahil dengan Kandungan Al-Quran dan buta serta pekak dan bisu dari mengambil ilmu dan pengajaran dari sirah Ar-Rasul s.a.w.

Moga Ummi & keluarga serta anak-anak Ummi dijauhi dari sifat2 tercela kaum munafikin dan Kafirin atau Musyrikin.

Ummi Wardah

31/12/2010

Gedung Ilmu.....

Seketika di Perpustakaan Negeri S.Alam

Sepi ruang ini mengimbau kenangan lalu
Zaman remaja menjadi 'ulat buku'
Kenangan lama zaman remaja
Jelas terbayang, hati amat gembira.....

Tika berada di perpustakaan awam
Itulah saat dan zaman paling indah
di situ.... Ummi membina cita-cita dan impian
Ingin berkarya bagai seniman,wartawan dan orang budiman..!!

Berbasikal, 5 batu dari rumah riadhah harian
Niat dan hajat jadi ahli perpustakaan awam
Di Sg Besar, Di Klang dan Di Shah Alam
Pasti ada nama Ummi dalam senarai ahli...

Itu ...dulu-dulu
20 tahun lebih telah berlalu
kini rumah Ummi juga ada mini perpustakaan
setiap tahun pasti ada buku-buku baru koleksi tambahan
Lantas ke perpustakan sudah menjadi jarang-jarang

Yang pasti setiap kali ada ksempatan
Pustaka Buku pasti di tuju
Menjadi rutin Ummi sekeluarga
Khasnya jika ke pasar raya..
Semua pasti ada minat pada buku
Ada bajet khas untuk itu...!
Terima kasih Abah....

Eeemm....amat terasa
Selalu mencari2 waktu
Bilakah ada masa yang panjang
ingin menyentuh semua buku dalam simpanan...!

Harap2 anak-anak dan ahli keluarga ummi
Tidak membiarkan masa yang terluang
bukan hanya novel menjadi bahan bacaan
Sesungguhnya buku-buku ilmiah
Patut diuliti

Agar minda terisi
Sanubari tambah bijaksana
Fizikal terus menjadi gagah
Rohani semakin kukuh
Minda dan Hati Bijak Bestari

Ampuh menongkah cabaran
Lantaran Nafsu Lawwamah & Mutmainnah
Dapat di handle penuh hikmah
Buat kita jadi Hamba Allah
Yang beriman, Ikhsan dan amat patuh

Sentiasa hampir
dengan Yang Maha Pencipta
Hingga jelas Langkah Tujuan
Lantaran dianugerahi Allah
Jiwa insan yang SOLEH & SOLEHAH

Itulah bahagia sebenar
Yang sepatutnya dicari insan
Dalam kehidupan yang hanya sebentar..
Satu perjalanan yang akan ada noktah
Bukan suatu yang berkekalan....
hidup untuk mencari bekalan.

Ummi Wardah
Perpustakaan Negeri
Shah Alam.
31 Disember 2010.

Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat Akademik 2010

Hari ini mesyuarat....2010......

Wlpn sesi baru 2010 akan bermula pada 4 Januari 2010, tetapi cikgu-cikgu sekolah telahpun memulakan siri persediaan persekolahan dgn pelbagai mesyuarat dan kerja-keraja persiapan awal untuk menyambut pelajar baru dan lama yang akan " back to school" minggu depan..!!

Bagi murid2 tingkatan 2,3,4 mereka telah bercuti panjang.
Tetapi bagi kebanyakan guru-guru sekalipun "bercuti" tetapi sepanjang tempoh tersebut ramai yang terlibat dengan mengawas peperiksaan,menanda kertas peperiksaan PMR,SPM,STPM,SMA dan STPM juga STAM.
Selain daripada itu cikgu-cikgu terlibatkursus-kursus dalam cuti,program-program murid,Kem-kem motivasi Murid anjuran PIBG dan sekolah serta proses menambah-baik,membaik pulih sekolah bagi persiapan tahun baru dll menyebabkan cikgu sebenarnya....tak cuti..!!! Hampir setiap minggu cikgu perlu hadir ke sekolah kerana menghadiri mesyuarat dll jika ada arahan Pengetua untuk hadir. contohnya masa cuti Nazir datang melawat sekolah, asrama dll....

Betullah ..cikgu..
sesiapa yang berminat menjadi guru pastikan niat,azam dan tekad yang bulat...
Sedia berkorban,berkhidmat dan berjuang demi membina generasi dan ummah cemerlang.
Jangan berkira mengenai gaji dan elaun...kerana cikgu amat ramai seantero negara..
kot ada kenaikan pun tak boleh dpt banyak mcm dlm perkhidmatan lain...ialah rameii...

Apa pun kerana untungnya jadi cikgu, anak beribu-ribu...ada di seluruh dunia..jika mereka boleh jadi unsur yang baik ..MasyaAllah ganjaran Allahlah yang terbaik buat cikgu. Tulah antara sebab utama yg ramai cikgu kekal bertahan mahu terus jadi "GURU".
Moto memotivasikan diri sndiri:

Be Smile & Happy ..Let's ..........Enjoy Your self...

Guru...
Ummi Wardah
SAMTSH
Kg Jawa Klang.

Friday, December 25, 2009

Majlis Walimah .....Antara Budaya & Hukum Agama

Ummi ...Abah, majlis walimah zaman dulu.....!
Tiada bersanding, tak bersolek sakan, tiada makan beradapa-adapan, tiada renjis-merenjis air mawar, tiada menepung tawar dll....
Alhamdulillah masih dianugerahi "barakah & bahagia" hingga kini..

Sepanjang bulan Disember 2009 ini, 2 majlis walimah keluarga telah diadakan...
Menyebut majlis dan acara di majlis walimatul urus ni, apa yang Ummi terfikir...mana satu yang menjadi keutamaan......

Dulu dulu ada sahabat2 yang tak mahu menghadiri majlis walimah kerana adat persandingan dan kugiran/jemputan pancaragam di adakan di dalam majlis. Mereka mengambil hujjah jemputan itu sudah tidak wajib dihadiri. Nampaknya kini 'fikrah' itu sudah banyak berubah atau diubah suai...lantas yang aktif dalam jamaah dakwah/NGO Islam,yang terlibat dalam institusi agama atau yang berpendidikan agama, atau yang faham agama pun sudah ramai yang menerima pakai budaya masyarakat yang dulu amat tidak disukainya. Bercanggah hukum dan sunnah katanya...!!

Pelbagai adat istiadat yg dulu ramai kalangan duaat atau yang faham agama 'alergic' dengan acara-acara itu, sekarang sudah boleh menerima dan mengadakannya pula untuk acara dalam majlis walimah yang diadakannya sendiri.....Mungkinkah kerana keinginan anak-anak yang tidak menerima pendidikan/kefahaman seperti ibu/ayahnya.......... eemmm.....atau kerana kelebihan nikmat rezeki yang ibu bapanya ada...Allahu A'alam...

Moga jika yang benar dalam agama yg menjadi pendukung dan pejuang agama tetap mempertahankan nilai dan hukum sedaya upaya...

Istiqamah dan Iltizam mempertahankan hukum perlu kekuatan dan keazaman. Kemahiran komunikasi menyantuni mereka yang menjadi maduu (anak-anak,anak menantu,bakal besan & keluarganya) amat perlu agar perkahwinan anak-anak juga menjadikan hubungan kekeluargaan bertambah rahmat dan berkat.... kerana majlis yang menekankan aspek budaya & adab sopan Islam dan hukum perlu ditegakkan.....!!

Segalanya bergantung kepada kebijaksanaan ibu dan ayah....
Jangan pula ibu/ayah yg suka nak tengok ..anak lawa/handsome di hari bersejarah..!!!

Ummi Wardah
9 Muharram.

Mesjid di negeriku..........

Masjid & peranannya,,
Mesrakah masjid kepada golongan wanita..
Masjid tidak mesra wanita pd hari Jumaat...?


Semasa Ummi pernah mengunjungi Ireland suatu ketika dulu, Ummi berada di masjid terbesar di IRE...kebetulan pula hari Jumaat, so dapatlah ummi bersolat jumaat di sana. Sudah tentu yang hadir solat Jumaat tidak seramai di M'sia.

Sebelum solat Ummi, Abah dan ukht Aisyah bersarapan dulu. Dr Aisyah sengaja mengambil cuti khas meraikan dan menyantuni kami berdua sepanjang kami di Dublin. Tak terbalas layanan baik ukht Aisyah kepada kami..

Selepas bersarapan pagi di Cafeteria masjid dengan hidangan yang sedap Roti Nan dan Daging masak dengan kacang kuda.. ...emmm..yummy..!!Ummi dipersilakan ke tempat solat wanita oleh pekerja di masjid. Ditemani ukht Aisyah Ummi naik ke atas dewan solat muslimat . Sama seperti dewan solat wanita dimasjid-masjid di Malaysia. Bezanya di sana orangnya antara bangsa. Hari itu solat Jumaat selepas beberapa ketika ( tak lama dalam 15 minit kot) terus solat asar sekali. Waktu masa tu baru menunjukkan 2.15 ptg..

Antara yang Ummi temui seorang muslimah Armenia Aminah namanya. Baru memeluk Islam 2 tahun tetapi boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik. Ummi tanya bagaimana dia boleh menguasai BA dengan baik tu.

Setelah memeluk Islam dia dan suaminya( kini salah seorang imam di masjid Dublin yg kami solat itu) telah belajar BA di France selama 1 tahun. Selepas itu dia mengikut suaminya yg juga Armenian revert ke Dublin, IRE. Alhamdulillah ummi dapat bersembang banyak bersamanya dalam BA. dan sempat possing juga..Nanti kalu jumpa gambar tu ummi kongsikan di sini....ya..!

Di takdirkan pada 25/12 yg lalu ummi menunaikan solat jumaat di masjid negeri S.Alam. Walaupun mulanya tidak bercadang bersolat jumaat tetapi bila dah tersekat laluan keluar masuk masjid , gara2 lambat dtg nih...ummi pun cuba naik ke dewan solat perempuan di tingkat atas. Ummi berpusing2 2-3 kali mencari laluan yang boleh dilalui....ternyata kecewa kerana semua laluan naik ke atas telah dipenuhi jemaah lelaki.

Akhirnya dengan bertemankan sekeluarga pakistanian yang juga ingin bersolat kami pun menaiki tangga ke dewan solat wanita di tingkat 2. Pegawai masjid yang ternampak kami mundar mandir tu tidakpun memberi tunjuk arah....Terasa di hati ..agaknya pengawal tu berkata2 di hati," Kenapalah yang engkau ni pun nak datang masjid ari jumaat ni..hari ni kan hari lelaki sahaja ..!". So , sesiapa ke masjid pada hari jumaat di mana2 masjid di Malaysia ni memang tak berapa menggalakkan wanita ke masji, apatah lagi jika masjid kecil...

Kenangan bersolat jumaat di dua masjid ini amat berbeza...sekali..!!
Di Dublin sekalipun aku bukan orang tempatan bahkan wajahku pasti mereka akan kenali sebagai Asian, tetapi pegawai masjid ramah mempersilakan masuk dan menunjuk arah ke dewan solat wanita. Di masjid ramai wanita turut serta memenuhi ruang dewan solat wanita turut bersolat jumaat.

Di masjid negeri, susahnya nak ke dewan muslimat . Tak ramai yang bersolat jumaat. Ada yang bersolat zohor sahaja. Mungkin tak tahu kelebihannya bersolat jumaat bila berpeluang. Ada ramai juga muslimat yang duduk menunggu suami/ahli keluarga di bawah pokok teduhan sementara suami menunaikan solat jumaat. Ini kerana budaya solat jumaat bukan budaya kepada muslimat di Malaysia. Eeemm, pegawai masjid pula amat tidak mesra dengan muslimat yang ingin menunaikan solat jumaat. Agaknya di rasakan muslimat golongan yang tak perlu ke masjid hari jumaat walaupun mungkin dia seorang Aayishah/monopouse....!!

Bersambung.....

Ummi Wardah.


Thursday, December 24, 2009

Remaja......dan Ujian

Mengapa... Remaja dikata banyak melakukan kesilapan..??


Di mana-mana media ramai yang risau dengan remaja...
Dikatakan remaja sering dikaitkan dengan perlakuan negatif. Isu remaja , salah laku remaja sering menjadi perdebatan umum...!!

Ummi tidak mahu membincang punca atau sebabnya...kerana hakikat remaja dalam Islam adalah seorang mukallaf. Seorang mukallaf bermakna seorang yang tahu/faham dan bertanggung jawab. Dipertanggung jawabkan pula atas semua tindakannya.

Perlukah perkataan remaja dibuang atau ditukar dengan pemuda sahaja/mukallaf....!!

Amat sinonim dengan remaja....Seolahnya remaja itu golongan yang harus dimaafkan silapnya..."Alaahhh..budak2 remaja...!! budak ingusan...".Begitu kita biasa mendengar telahan orang dewasa kepada mereka. Seolahnya mereka golongan yang 'tidak apa' jika melakukan kesilapan. Alasan mudahnya ..Alahh.....mereka remaja.....!!!

Dalam hukum Fiqh Islami, manusia itu dibahagi kepada kanak-kanak , mumaiyyiz,baligh dan mukallaf. Mukallaf samaada seorang pemuda lelaki atau perempuan (شاب أو شابة) pertanggung jawabannya sama dengan seorang رجل أو رجال wanita/مرأة. Seorang tua pula Syeh شيخ/Syaeihahشيخة ada perbezaan jika dilihat berdasarkan kemampuan/istitaah.

Oleh itu seorang remaja akan dipertanggunjawabkan atas dirinya akan tindakannya. Dengan kata lain jika salah yang dilakukan, ia "berdosa". Jika thabit bukti atas kesalahan jenayah yang dilakukan ia dihukum kerana dia seorang mukallaf. Jika berzina mithalnya maka dirotan sekiranya belum bernikah. Jika mencuri dan thabit bukti maka dipotong tangannya....jika meminum arak dengan sengaja maka dirotan 40 kali..dll.

Namun....!
Hakikatnya ini amat berbeza dengan kedudukan mereka yang dikira 'bawah umur' dlm undang-undang sivil. Bawah umur bermakna belum mencapai umur 18 tahun. Jikapun thabit kesalahan yang dilakukan mereka, mereka tidak akan dihukum sebagaimana orang dewasa, sekalipun kesalahannya sama. Seolah-olahnya undang2 itu melindungi mereka kerana status ' remaja'...!! Mereka terlepas dari hukuman semasa masih remaja...

Jikalah Syariat Allah yang menjadi dasar hukum pasti mereka juga tidak akan terlepas....!!
Kerana mereka seorang mukallaf مكلّف ..Ini...Pasti boleh mengurangkan jenayah yang banyak /sinonim kini dengan remaja....

Justeru dalam pendidikan Islam, peringkat paling penting mendidik anak-anak adalah seawal mungkin selepas si anak dapat membeza baik vs buruk. Pendidikan mengenai halal & haram didedahkan sejak dari awal lagi. Pergaulan yg halal/baik bermula dgn mengajar anak beradab jika masuk ke bilik tidur ibu bapanya...seawal umur 7 tahun anak sudah perlu disuruh sembahyang.

Bermakna latihan solat itu perlu diajar lebih awal lagi. Solat yang mengajar muslim/muslimah menutup aurat, bijak mengatur masa, menjaga kebersihan, mengajar taat, bersopan santun sudah pasti pendidikan awal supaya setiap muslim bila sampai waktu "baligh" ia amat bersedia & bertanggungjawab dan boleh/bersedia dipertanggung jawabkan atas semua tindakannya.

Inilah tanggungjawab "besar" ibubapa dan sekolah kepada anak sebelum mencapai umur baligh. Memastikan anak-anak menjadi orang yang bersedia dengan tanggung jawab dan dipertanggung jawabkan atas semua tingkahlakunya bila "tempoh Mukallaf" telah sampai.

Maka di sini...
Kegagalan menyediakan/memberi pendidikan berasaskan wahyu kepada diri para remaja...agar apabila sampai umur baligh & mukallaf itu,..... dilihat, ramai ibu bapa yang gagal....sekolah juga banyak yang gagal...kecemerlangan banyak diukur hanya berdasarkan nilaian angka-angka, aktif dalam kesukanan, sijil-sijil dll......

Ramai remaja sekolah yang cemerlang tapi minda terbelenggu dengan pemikiran-pemikiran songsang kepada agama dan budaya...akhirnya agama hanyalah menjadi 'warisan' dan " kebudayaan". Amat jauh untuk difahami dan diakui ia adalah Addin atau " Way Of Life..". Bahkan ramai yang tidak tahu.....! atau, Tak mahu ambil tahu/tak kesah. Mereka juga amat selesa..ya dalam zon selesa................!!

Mendalami ilmu agama...Dianggap perkara sampingan atau waktu lebihan sahaja. Ia bukan lagi keutamaan...memada ia dipelajari sikit2 secara rangkuman.....

Tidaklah hairan jika ramai remaja muslim/muslimah hari ini, Al-Fatihah pun tidak dapat difahami maknanya...berbanding subjek2 lain/perkara lain yang ia mahir di dalamnya.. ...mereka tidak berasa apa2 kekurangan atau gusar...bahkan tetap selesa dan tenang sahaja. Sekalipun telah bersolat berpuluh tahun lamanya tanpa faham semua yang dibacanya/disebut dalam solatnya....
.Sungguh..! Pengkajian ilmu yang tidak seimbang antara keperluan ilmu dunia dan akhirat menjadi semakin "membudaya" dalam masyarakat secara amnya......

Masih terngiang-ngiang di telinga Ummi bila suatu hari...seorang rakan guru sejarah menyebut dengan bangga...! Saya seorang sekular...!! Sehingga hari ini Ummi masih berfikir...bagaimana ummi harus memberitahunya ucapannya itu boleh menyebabkannya ' syirik'. Setahu Ummi sekular bermaksud " mengasingkan agama dengan urusan kehidupan dunia lainnya. Satu idealisme di barat/Europe dicetuskan kerana pertelingkahan antara gereja dan pemerintah di negara2 mereka.

Sedangkan Islam adalah seluruh kehidupan insan patuh dan tunduk kepada keesaan Allah yang Esa.....Tiada pengasingan.Islam itu agama dan negara,aqidah dan syariah dalam kehidupan. Ibadat dan Muamalat,iman dan sistem sosial, ekonomi dan politik. Semua bergabung dalam kehidupan berlandaskan aqidah tauhid....(Ibn Taimiah,AlGhazali dalam Ishamudin Hj Ismail,2000)

Aaarrghh ...banyak lagi tugas seorang daie....menyampaikan yang hak dan benar...Moga suatu hari Ummi bisa menyampaikan yg benar/hak pada guru berkenaan..
Ya Rabb..Bantulah hambaMu ini menyampaikan yang benar sekalipun ianya pahit..!! يا رب انصرنى للحق ولو كان مرّا


Remaja...!!
Sekalipun tidak dinafikan, persekitaran yang membelenggu remaja menjadikannya payah untuk memastikan dirinya menjadi seorang yang soleh/solehah, namun tanggung jawab ibu bapa dan masyarakat memastikan remaja menjadi baik menjadi tanggungjawab bersama.

Di zaman di mana ledakan maklumat dan kemudahanICT, penyebaran unsur2 negatif yang amat berleluasa menjadikan tugas ' menunaikan tanggung jawab mendidik' ini menjadi amat mencabar. Ia bukan lagi tugas tunggal keluarga sahaja.....!!

Biasa kita dengar seorang remaja yang sudah diasuh dan dididik oleh keluarga beragama dan bersekolah di institusi agama atau telah didedahkan dengan pendidikan agama sewajarnya, masih terjebak dalam masalah sosial yang melanda.

Tidak terkejut jika kesah Nor Aishah Bukhari anak seorang imam di kampung dan Nor Azlina Jailani /Lina Joy dll. akhirnya telah terjebak dalam isu yang mendebarkan jantung keluarga dan umat Islam di Malaysia.

Tetapi amat malang kerana 'sensitiviti beragama" muslim Malaysia hari ini tidak sehebat di zaman kesah Natrah yang menggegarkan Singapura.Demonstrasi jalanan umat Islam, hingga sanggup mengorbankan jiwa. Bencinya umat Islam kepada penjajah dikejutkan dengan demontrasi puluhan ribu muslim .....sekalipun Natrah bukanlah asal anak seorang Melayu muslim...!!

Hari ini, puluhan, bahkan ratusan, mungkin ribuan remaja muslim dikhabarkan telah 'murtad'...Masyarakat muslim senyap seribu bahasa......tiada demontrasi jalanan muslim kerana isu murtad....mendesak pemerintah yg ramai juga muslim, atas bicara mereka...
bahkan amat malang, bila kes-kes tertentu.. seolah2 undang2 menyebelahi tingkah laku si murtad itu....

Sesungguhnya kembali kepada Syariat Allah pasti ada jalan penyelesaiannya...Dunia dan segala isinya Allahlah yang mencipta. Pastilah SyariatNya yang terbaik buat INSAN dan ALAM..
Bukankah Ar Rasul diutus sebagai RAHMATAN LIL ALAMIN...!!
Walaupun tidak mudah ibarat mengenggam bara api....namun Allah menyatakan melalui hadis Ar-Rasul yang Jihad menegakkan Syariat itu akan berkekalan hingga kiamat tiba....Justeru tanggung jawab mengembalikan syariat menjadi tanggung jawab setiap muslim...hingga akhirnya ia menjadi suatu REALITI..!!

Adakah ia suatu yang mustahil...!! Lantaran begitu gagah dan Gahnya golongan yang membenci Syariat ini..!!!
Tidakkkk..............!!!! Kerana Allah berjanji sebagaimana firmannya yang bermaksud:

" Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) dengan mulut2 (ucapan2) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang2 kafir membencinya". " Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama, meskipun orang-orang musyrikin membencinya". ( Al-Hujuraat :8-9.

Ikuti cetusan minda Ummi seterusnya....

Ummi Wardah
25 Dis. 2009

Hari Raya Aidil Adha...1430 Hijrah

Aidil Adha datang lagi........!!

Kali ini kami sambut Aidhil Adha seperti selalu....selepas solat berjamaah Aidul Adha, adik beradik kaum kerabat datang ke rumah selepas solat Jumaat. Eeemm...memang ramai..!! Kami hidangkan lontong dan laksa....
lauk-pauk yang saudara mara bawa dimakan bersama-sama...
Hingga hampir sebelas malam barulah lega ...anak2 Ummi semua bergotong royong membersihkan ruang tamu dan pinggan mangkuk yang telah digunakan...Alhamdulillah mereka semua melakukannya dengan sukarela....Moga-moga anak-anak ummi akan jadi suri rumah yang berjaya belaka...tahu mengurus dapur dan rumahtangga..!! Sementelahan pula bibik pembantu pergi bercuti...Jikalah bukan kerana ada nenek yang perlu diteman pastilah ummi tiada pembantu rumah.

Bagi Ummi pengurusan rumah lebih baik dilatih untuk anak2 remaja mengasah bakat. Moga jika berumahtangga nanti tidak kekok dengan rutin tugasan di rumah. Walaupun ia 'sunnat' namun alangkah besarnya pahala bagi isteri...pemudah jalan ke Syurga...Tugasan yang mula terabai oleh para isteri dewasa ini..
Bahkan banyak isu keruntuhan dan masalah rumahtangga dek terabai " kemahiran" mengurus ini...
Moga anak2 Ummi akan tabah menjadi pengurus kehidupan mereka kelak..Jauhilah Ya Allah kecuaian dalam emnunai amanah dan tanggung jawab mengurus rumahtangga mereka ya Allah...Rahmatilah kehidupan mereka...

Hari ketiga hari raya kami mengambil kesempatan pula berjalan2 di pelabuhan Kelang Barat...Pulau Lumut antara tempat yang di tuju..
Kami lawati jeti nelayan hingga ke gigi air....
Aaarghh..indahnya pemandangan tepi sungai...muara sungai....
dari kejauhan nampak laut Selat Melaka yang terbentang.....
Nelayan, sampan dan aktiviti memancing....
Subahanallah...!!


Ummi & Keluarga di ruang tamu..sambil melayan tamu yang datang...





Wednesday, December 23, 2009

Ust...saya sedang bercinta...Apa komen ust (2)

Lagi ....Apa ummi kata mengenai isu Cinta Remaja...

"Ok Ahmad,...Ahmad sebut tadi Ahmad bercinta sebab ikut kawan. Kawan ada special Ahmad rasa ingin juga ada rakan berlainan jantina yang special. .Begitu". Ummi merumus dan meminta penjelasan apa yang Ahmad telah nyatakan mengenai sebab 'dia jatuh cinta'.

Ummi tahu, zaman remaja memang menjadi resam remaja, pengaruh rakan sebaya membawa suatu perubahan ke atas nilai yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. Jika semasa kanak-kanak sistem moral diikuti bulat-bulat dari ibubapanya tetapi diperingkat ini mereka mula mengubahsuai atau melupakan ajaran yang ditanamkan oleh ibubapanya sebelum ini.

Kadang-kadang mereka mula menokok tambah dan mengadun nilai lama dan yang baru dipelajarinya. Ada juga yang berani memperkecilkan nilai yang diasuh oleh orang tua semata-mata merasakan diri mereka lebih faham dan matang dengan persekitaran baru...

Inilah antara punca yang menyebabkan ibu bapa selalu risau dan bimbang dengan perkembangan anak remaja mereka..semakin lama semakin merasa anak remaja mereka semakin jauh dari kuasa pengaruh ibu bapa. Bahkan ramai yang tidak dapat dikawal langsung lantaran mereka merasa ingin menikmati kebebasan........dan itu hak mereka ! kata remaja...?

" Ya....saya ingin mencuba. Lepas tu rasa seronok dan gembira bila ada seseorang memberi perhatian yang berbeza dari sebelumnya...ialah sebelum ni kita budak-budakkan..". Jelas Ahmad memberi pengesahan.

"Ooo.....Nampakna Ahmad rasa gembira bila dapat berhubung dengan teman wanita tu ya..?". Ummi terus membuat refleksi perasaan Ahmad. " Ya...ya....gitulah...". jawab Ahmad lagi sambil tersenyum..
Kenapa pula tiba-tiba selepas itu Ahmad putuskan..?". Soal Ummi lagi ingin kepastian. "Oooh..entah... sebab saya rasa lama tu mcm tak baik kot..rasa bersalah,..apa tu berdosa..".Ahmad menjawab. Namun nyata ragu-ragu atas apa yang telah dilakukannya. Tangannya digenggam dan dibuka, dipicit-picit jari jemarinya.
" Ahmad tahu berhubung dengan bukan muhrim berlainan jantina haram dan berdosa..?". Ummi ingin menguji kefahaman Ahmad mengenai agama.
" Heeh...salah ..tahu, tapi...entahlah ust..kenapa saya buat. Terikut kawan la agaknya.". Jawab Ahmad sambil tersenyum semula..

Ahmad seperti ramai remaja lain, sebenarnya tidak memahami kenapa harus bercinta. Tindakan dan tingkahlakunya sering kerana ikutan dan dorongan rakan sebaya. Namun oleh kerana memahami apa yang dipelajarinya di sekolah agama, agaknya memikir semula tindakannya. Ingin pula mencari kaunselor untuk mengadu sesuatu. Alhamdulillah Ahmad seorang dari murid yang memahami fungsi Unit Bimb. & Kaunseling di sekolah. Betapa ramai di sekolah yang begitu negatif dgn UBK dan bimbang untuk menemui kaunselor kerana rasa seperti orang bersalah.

"Boleh ust tanya, Ahmad kata bercinta tu betul2 ke? Maksud ust bercinta ni perasaan suka yang amat mendalam dan ingin selalu memenuhi keperluan pasangan dan sanggup berkorban dan membuat tingkahlaku atau tindakan bagi memenuhi keperluan cinta tu. Adakah Ahmad macam tu....?" . Soal Ummi lagi . Ahmad kelihatan ragu-ragu dengan apa yang telah dilakukannya.
:Eerr...entahlah..tak rasa .".

" Iya lah ...dalam kes Ahmad ni macam mana...setakat mana tujuan cinta Ahmad kepda teman wanita tu..?". Soal ummi lagi ingin tahu setakat mana kefahaman Ahmad berkaitan cinta.

"Ooo...takda la sampai gitu ust..cinta monyet kot..takda la sampai nak kahwin tu..jauhla...". Ahmad menjawab sambil ketawa besar..

" Ok..Ahmad. Jadi Ahmad sebenarnya jatuh daalam situasi 'Cinta Monyet" tidak pun berniat nak kahwin!". Ummi cuba membuat parafrasa apa yang telah dinyatakan Ahmad.Tujuannya supaya Ahmad dapat berfikir dengan lebih fokus kepada situasi yang sedang dialaminya.
" Ahmad ....suka pada seseorang hatta berlainan jantina suatu yang normal/fitrah. Cuma perlu ada kawalan diri yang beradab dan dlm batas-batas /norma agama dan budaya kita. Apatah lagi jika orang tu banyak kebaikan atau kelebihannya..bukan..contohnya orangnya cantik/handsome,berbudi bahasa dll...betul tak..?". " Betul...". Akui Ahmad.

"Ok..sekarang ni pandangan ust la...meh kita renung dan fikir..kot nak bercinta dgn that's girl pun Ahmad kata tak la sampai nak berkahwin...tak sampai masa lagi.So apa yang penting untuk Ahmad fikirkan untuk kebaikan Ahmad..sekarang...?" Ummi ingin memendekkan perbincangan.

" Eemm....ya la ni yang nak tanya ust nih..".

" Ok Ahmad tadi kata rasa bersalah dan berdosa kan...". Jika dah rasa berdosa apa nak buat..". Umi menduga kefahaman agama Ahmad sekali lagi. " Bertaubat...dan tak nak buat lagi...". jawab Ahmad . " Ok ..nampaknya Ahmad tahu apa yang perlu dibuat..!". Ummi mengiyakan langkah yang perlu dilakukannya.

Seterusnya ummi menambah lagi, "Ahmad Cinta/sayang ni tabii setiap orang. Orang beriman kena ada perasaan kasih/sayang. Khasnya kepada saudaranya seagama kan. Cinta/suka tu perlu tapi mestilah atas dasar iman, bukan kerana nafsu...". Terang Ummi. Ummi perhatikan Ahmad yang memandang Ummi sambil berfikir jauh. Ummi menambah lagi,

".Cintailah diri sendiri dulu, maksud ust cari,kenali apa kelebihan diri dan kekurangan kita. Bajai ia dengan menambah ilmu bagaimana nak membangun diri menjadi terbaik. Cintailah Allah & Rasulnya dengan mendalami AlQuran dan Hadis serta sirah Rasulullah untuk dijadikan panduan dan contoh tauladan. Lepas tu cintailah ibu bapa, cintailaah kecemerlangan membina jati diri dulu...bila dah rasa diri dilengkapi dengan cinta2 ni dahulu dan rasa dah cukup bersedia untuk mencintai yang berlainan jantina....ok la..kan masa tu memang dah cukup bersedia untuk bertanggung jawab....". Terang Ummi panjang lebar. Ummi perhatikan Ahmad mengangguk-anggukkan kepala seperti faham.

"Yang ust tahu bercinta dengan erti kata kepada seorang wanita/lelaki yang bukan muhrim tu untuk bertanggung jawab bersama-sama menyempurnakan tuntutan ibadah kan..yang halalnya dengan berkahwin..bercintalah tu.... menyebabkan ketenangan dan mampu untuk memikul amanah yang lagi banyak dan besar....ialah amanah sebagai suami/isteri, ibu/ayah, pemimpin kepada keluarga, masyarakat dan negara kan....!! Kalau tak niat itu,untuk apa bercinta ya Ahmad..? Lagi-lagi kalau belum cukup bekalan agak2 bagaimana jadinya orang tu ya..". Sekali lagi Ummi menduga kefahaman Ahmad mengenai fikrahnya mengenai cinta. Ummi lihat Ahmad tersenyum-senyum..tanpa menjawab sepatah perkataan.

Ummi terus menambah lagi,"Cinta untuk penuhi nafsu shaja, tanpa peduli halal dan haram dlm agama..lupa dgn yang Maha Melihatnya dan mengira semua amalan kita...kan. Terbuai oleh dorongan nafsu yang dihiasi amalannya oleh Syaitan...Itulah cinta yang buta dan sia-sia tu kan...!!". Sambung ummi .." Ahmad tahu apa tugas syaitan ni..?". " Ya menganggu manusia....". Jawab Ahmad spontan.
" Ya..mengacau dan menganggu supaya manusia tidak dapat membina diri untuk memahami perkara-perkara yang membolehkannya menunaikan tanggung jawabnya kepada diri sendiri, kepada Allah dan RasulNya, kepada ibu bapanya dan orang lain....! nak dijadikannya teman yang sama-sama melakukan dosa dan masuk neraka...gitu kan Ahmad..". " Ya...he..eh...". Angguk Ahmad.

Ummi menunggu reaksi Ahmad selanjutnya. Ummi perhatikan Ahmad mengangguk2kan kepala..tanda faham atau sebaliknya Ummi tak tahulah....Tapi seolah-olahnya Ahmad seperti baru tahu dan sedar diri....
Agaknya selama ini siapalah yang dibawa berkongsi masalah dan perasaannya itu. Adakah ibu bapanya....adakah rakan sebayanya....Sebenarnya ramai remaja yang seperti Ahmad ini. Walaupun pelajar yang baik,bersekolah di sekolah agama, tetapi kerana dorongan rakan-rakan yang lebih banyak merubah norma dan sistem nilai remaja yang akhirnya menyebabkan anak remaja terjebak dalam masalah sosial negatif yang membinasakan diri. Ditambah pula ibu bapa sudah tidak dijadikan rujukan dan tempat mengadu atau meminta nasihat lagi....
" Eerrr...baru saya faham ustazah. Eemm terima kasihlah ust. selama ini takda orang beri nasihat saya macam ini...". jawab Ahmad lurus..."OK Ahmad, selepas ni ,Ahmad nak buat apa...?". " InsyaAllah lepas dah taubat saya nak tumpukan kepada pelajaran saya. Saya nak memastikan impian dan cita-cita saya tercapai dulu....saya nak jauhi dirilah dari melakukan seperti perkara yang sama tu...saya cuba hindari diri terjebak dengan mengikut kawan2 lagi...".
" Ahmad pasti , Ahmad kuat ke..?".Ummi menduga keazamannya.. "InsyaAllah...jika perlu nanti ust boleh nasihat saya lagi kan ust....! " . Jawab Ahmad sambil tersenyum puas..dan meminta diri untuk berlalu .....

Itulah catatan ummi dengan remaja sekolah...
Semenjak ummi berada di bilik UBK ini, ini kali kedua pelajar lelaki berjumpa ummi mengadu prasaan" suka/cinta' dengan rakan sebaya berlainan jantina ini. Kedua2nya menyatakan perasaan yang sama bila dah rasa rindu tu rasa ingin selalu bertemu/bercakap/bertemu. Dah tak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dengan baik. Asyik terkenang sidia. Ingin selalu bertemu dan berjumpa. Fikiran selalu terganggu. Memikirkan yang bukan-bukan termasuk aktiviti yangmembangkitkan nafsu seks dll. Semuanya menjadi"duri-duri' yang menggangu perjalanan insan membina jatidiri di tengah perjalanan mencari jalan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah..... bagi memenuhi visi dan misi kehidupan seorang INSAN/KHALIFAH...!!!

Aaahh...betullah agaknya Ummi selalu terfikir agaknya bila seseorang itu terkena api "cinta" di sana ada seekor syaitan CINTA yg kerjanya menjurus orang melakukan maksiat, sehingga buta mata dan hati. Jika yang masih bujang akan didorongnya sehingga melakukan 'zina' . Zina mata,fikiran, telinga dan sentuhan....

Jika sudah berkahwin pula didorong bukan sahaja berzina bahkan bercerai berai....yang akhirnya membawa kehancuran kepada insan yang bercinta kerana nafsu ini...Betullah pepatah melayu mengatakan " Cinta itu buta.." Dan yang lebih parah lagi sehingga di kata "Makan tak kenyang, Tidur tak lena, Mandi tak basah". Gambaran menunjukkan betapa jika "api Syaitan CINTA" sudah mengena, pesakitnya akan "hilang akal budi, norma dan etika, bahkan agama dan budaya..". Hilang perasaan kemanusiaan... yang ada nafsu serakah, dendam kesumat sehinggalah tercapai maksud kehaiwanannya....Insan adalah haiwan yang bertutur..
الإنسان حيوان ناطق" Itu antara ungkapan yang Ummi ingat lagi dalam pelajaran falsafah/mantiq semasa di universiti dulu..!!
Waliyazubillahi min zalik. justeru remaja amat2 wajar memohon Allah melindunginya dari menjadi mangsa cinta yang sia-sia ini. Sesungguhnya di zaman ini bukan mudah bagi remaja soleh dan solehah untuk istiqamah mempertahankan syariat, iltizam dlm kebenaran dan kebaikan, lantaran banyaknya gangguan dan dorongan yang membelenggu diri dan persekitarannya.............!!!

Ummi Mar.
Bandar Puteri 24 Dis 2009..

Monday, December 21, 2009

Lagi....Ulasan Dr Yusof Qardhawy

Ulasan dari pendengar lain....

Salam,

Nak juga berkongsi catatan sendiri moga kalau ada manfaat dapat juga saham akhirat. An attachkan terus apa yg dicatat dlm hp semalam. Jadi guna bahasa pantas sebagaiman yang terlintas semalam, tanpa ulasan hanya catatan. Mungkin berulang dgn yg lain tapi dalam bahsa berbeza, biar lebih mengukuhkan J.

Dr Yusuf Qardawi

Masjid Negeri 19/12/09

  1. Harapan supaya tahun ini Al-Aqsa akan dibebaskan
  2. Kisah burung merpati & labah2 tiada sandaran kukuh dari hadith. Yg sahih adalah bantuan dari malaikat.
  3. Hijrah adalah satu kemenangan walau pun terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana berjaya pertahankan prinsip dan aqidah walau pun diancam.
  4. Hijrah diizinkan selepas ummah diuji dgn hebat termasuk syahidnya beberapa sahabat spt Sumayyah dan Yassir. Pemulauan menyebabkan penderitaan sehingga terpaksa memakan daun berduri.
  5. Kenapa tidak mahu menyokong perjuangan Rasul sedangkan Allah sendiri menyokongnya?

  1. Ibrah/Pengajaran:

o Kesabaran Rasul adalah kemenangan

o Perancangan/Strategic Planning -Penyusunan hijrah serta pemilihan individu spt Saidina Abu Bakr, Ali, penunjuk jalan yg mahir, Asma' sbg pembawa berita.

o Yakini bantuan Allah - Dlm keadaan genting dlm Gua Tsur, Rasul menegaskan bhw Allah menjadi yg ke3 dlm misi hijrah ini.

o Umat Islam wajib buat perancangan dlm semua tindakan.

o Hijrah/Berubah/Perubahan, adalah permulaan kpd pembinaan masyarakat berasaskan Islam.

o Rasul mencari rakan utk bersama berjuang secara berjamaah; menunjukkan Islam bukan agama individu. Seruan disambut oleh bani Aus dan Khazraj. Krn itu Madinah dipilih.

7. Ayat yg bermula dgn "wahai orang2 yg beriman.." diturunkan di Madinah. Mekah ketika itu hanya ada individu beriman sedangkan masyarakat beriman hanya ujud di Madinah.

Pembinaan Madinah

o Baginda memulakan dgn pembinaan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat

o Kemudian Baginda membina pasar yg sebelumnya dikuasai yahudi. Pasar ini lengkap dgn bahagian2 binatang mengikut jenis, tanaman dan sebagainya.

o Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar antaranya bagi urusan bantuan awal yg akhirnya telah melahirkan jutawan dari kalangan Muhajirin.

9. Membina Masyarakat ;Masyarakat Madinah adalah masyarakat contoh yg pernah cuba dibina oleh ahli falsafah lalu tetapi gagal - masyarakat beriman, merdeka, sama rata, berasaskan keluhuran budi dan jati diri, pentingkan org lain berbanding diri sendiri, masyarakat yg cepat menyesali kesilapan (kisah Abu Dzar dgn Bilal), yg memberi lebih dari yg diminta dan kemampuan (kisah wanita berikan unta kecil yg satu2 miliknya)

Cabaran Daulah Madinah; Musuh dalaman:

  • Surah Al-Taubah banyak dedahkan keburukan golongan munafik termasuk fitnah mrk terhadap Saidatina Aisyah.
  • Golongan munafik pergi solat dgn malas dan memberi dgn amat berat sekali. Golongan munafik kini lebih dahsyat lagi.

Itu antara catatannya, tetapi semangat dan kecintaan terhadap Islam dan para ulama ikhlas yang terzahir dari pertemuan ini tidak dapat dinukilkan dengan kata-kata.

RH

Ulasan Pidato Ulamak Tersohor dunia .....

Hijrah - Syeikh Yusuf Qardhawi di Masjid Shah Alam

Alhamdulillah semalam berpeluang ke Masjid Shah Alam untuk bertemu dan mendapatkan mutiara-mutiara ilmu dari tokoh ulama' tersohor, Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Lantunan suara beliau dengan nada dan semangat yang tinggi sungguh menginsafkan dan memberi pengajaran, juga menyuntik semangat baru kepada ribuan orang yang hadir mendengar dengan penuh ikhlas.

Saya kongsikan sedikit catatan yang tidak seberapa dari pertemuan semalam. Semoga bermanfaat, walaupun ianya pasti tidak dapat menyaingi kekuatan, perasaan dan izzah yang wujud ketika mendengar sendiri kata-kata daripada beliau.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi memulakan kalimahnya dengan rasa syukur pada Allah SWT kerana mempertemukannya sekali lagi dengan masyarakat Malaysia, dan mengizinkannya juga bertemu dengan pemuda2 yang memperjuangkan Islam serta sahabat2nya yang telah lama tidak berjumpa. Rasa syukur ini lebih hebat lagi kerana dipertemukan dalam tempat yang terbaik di muka bumi, dalam taman-taman syurga di rumah Allah SWT.

Gambar dari tempat duduk


Beliau memilih tajuk hijrah dalam kuliah malam tadi, sempena tahun baru 1431H ini, dan mengingatkan yang ingin dibawanya bukan sekadar kisah2 hijrah yang diketahui umum, tetapi pengajaran2 / ibrah yang dapat diambil dari peristiwa hijrah.

1) Beliau berpesan apabila membaca kisah2 seerah, rujuklah dahulu kepada sumber yang shahih dan jangan percaya bulat2. Misalnya dalam peristiwa hijrah, diceritakan ttg kisah merpati dan labah-labah di hadapan pintu gua yang padanya tiada sumber atau sanad yang shahih ditemui. Allah SWT sendiri dalam al-Quran menceritakan bantuan yang diberikan adalah dari tentera yang tidak nampak, sedangkan merpati dan labah-labah itu boleh dilihat dengan mata kasar.

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.

Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya) , kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [at-Taubah: 40]



2) Hijrah adalah suatu kemenangan. Walaupun Rasulullah SAW dan para sahabat diusir, mereka dikira menang kerana berjaya mempertahankan prinsip, pendirian dan keimanan di dalam diri walaupun dianiaya dan disiksa oleh kaum kafir quraisy ketika itu. Beliau mengingatkan detik2 kesusahan melalui kisah pemulauan Bani Hasyim sehingga mereka terpaksa makan rumput2 di sekitar Makkah, juga kisah Ammar, Yasir dan Sumayyah sekeluarga yang syahid dalam mempertahankan keimanan mereka.

3) Beliau bertanya kepada kaum muslimin, mengapa mereka tidak menolong dan menyokong perjuangan Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT sendiri menolong baginda? (*rujuk ayat 40 surah Taubah di atas)

4) Beberapa pengajaran dari kisah hijrah:

* Kesabaran Rasulullah SAW adalah suatu kemenangan

* Perancangan dan persiapan rapi Rasulullah SAW dalam berhijrah, dengan gerak kerja secara berjamaah, tidak seorang diri dan meletakkan individu2 yang dipercayainya di tempat2 yang sesuai dengan peranan dan kelebihan mereka. Ini termasuk pakar pemandu arah (yang bukan muslim), Asma' (peranan dimainkan wanita), juga peranan penting Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali Abi Talib dalam peristiwa hijrah.

* Orang kafir quraisy dapat menjejak Rasulullah SAW dan Abu Bakar sehingga ke Gua Thur, kerana mereka juga punya pakar2 pemandu arah dan pemikir strategi. Kisah Abu Bakar yang cemas semasa di dalam gua, lalu ditenangkan oleh Rasulullah SAW dengan ungkapan yang cukup baik dan tenang, "La Tahzan, Inna-Allaha Ma'ana" (Jangan kau takut, sesungguhnya Allah bersama kita). Kesimpulannya, orang Islam harus bijak merancang dan mengatur strategi dalam berkerja, dan serahkan yang lainnya pada Allah SWT.

* Hijrah merupakan permulaan kepada terbinanya masyarakat berasaskan Islam. Rasulullah SAW sebelum hijrah lagi sudah mula mencari tempat untuk membina masyarakat Islam, kerana Islam bukan agama individu dan tidak boleh berdiri sendiri2 tetapi perlukan pada kesatuan dan jamaah. Dalam surah al-Fatihah yang saban hari dibaca, kita meminta secara beramai2 bukan kepada diri sendiri sahaja, "Hanya kepada Engkau kami beribadat dan hanya pada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus."

* Rasulullah SAW menemui potensi dan ciri2 asas yang boleh membantu dan menyuburkan perjuangan Islam pada kaum Aus dan Khazraj, penduduk Yathrib ketika itu. Lalu baginda dan para sahabat berhijrah ke tempat yang terpilih ini untuk menjadi tapak pada penyebaran Islam.

5) Di Madinah, masyarakat yang berteraskan Iman dan Islam dibangunkan dengan petunjuk dari al-Quran. Ayat2 madani yang diturunkan mendidik tentang asas2 hukum dan peraturan dalam Islam. Ayat2 yang bermula dengan "Wahai orang2 yang beriman..." hanya diturunkan ketika di Madinah kerana ketika itu sudah ada kelompok orang beriman untuk diseru, tidak seperti semasa di Makkah.

6) Beliau mengingatkan, menurut banyak pendapat para sahabat, jika kita membaca ayat2 yang dimulakan dgn seruan “Wahai orang2 yang beriman…”, saranan-saranan dalam ayat ini perlu diperhalusi. Pengajaran dan perintah2 penting di dalamnya perlu diberi perhatian manakala larangan, batas serta sekatan tertentu di dalamnya perlu segera dijauhi.

7) Binaan pertama di Madinah selepas hijrah Nabi SAW adalah masjid, yang bukan sahaja menjadi tempat solat, tetapi juga sebagai tempat sosial, pusat pendidikan dan pusat aktiviti masyarakat.

8) Setelah masjid, baginda mewujudkan pasar (kepentingan perdagangan) . Sebelum ini di Yathrib hanya ada pasar bani Qainuqa’ (salah satu bani Yahudi di Madinah). Pasar yang dibina lengkap untuk semua barangan dagangan dalam kawasan tertentu dan diurus tadbir dengan baik. Rasulullah SAW sendiri turun padang memastikan peniaga2 bersikap amanah dalam jual beli.

9) Kemudian baginda mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj (Ansar) dengan kaum Muhajirin bagi urusan bantuan awal kepada Muhajirin yang meninggalkan harta juga keluarga di Mekah.

10) Membina masyarakat contoh, masyarakat madani yang mengamalkan perintah2 Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan berjaya mengaplikasikan teori kepada praktis. Masyarakat ini lebih berjaya dari teori2 yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani hanya yang tinggal teori dan tidak berjaya diaplikasi. Ahli masyarakat semuanya sama rata, merdeka dan yang membezakan mereka hanyalah ketaqwaan.

11) “Manusia bagai gigi sikat. Tiada yang membezakan mereka kecuali ketaqwaan.” Beberapa contoh dibawa seperti kisah Abu Dzar dan Bilal r.a. (cepat sedar akan kesalahan dan mohon doa keampunan), kisah Abdul Rahman Auf r.a. (kemurahan hatinya), memberi lebih dari apa yang diminta (kisah wanita yang memberikan seekor unta kecil miliknya) dan kisah penzina yang mengaku sendiri berzina dan minta dihukum supaya terampun kesalahannya.

12) Walaupun begitu, wujud kaum munafiq yang tinggal bersama masyarakat ketika itu. Di lidah mereka beriman tetapi tidak di hati. Mereka memporak-perandakan masyarakat dengan fitnah dan tipu helah mereka, seperti kisah hadith al-ifk (fitnah pada Saidatina Aisyah). Mereka ini wujud di tengah2 kaum muslimin setiap ketika dan masa. Mereka bangun mengerjakan solat dengan malas, dan berat untuk memberi. Kaum munafik zaman ini lebih dasyat lagi.

2009/12/20 Nadzra Mohamed Daud



Assalamualaikum

Tambahan:
.....sempat mengikuti Muhadharah Perdana oleh As Syeikh Yusuf Al-Qaradawi Sabtu Pagi di PICC . Ceramah beliau lebih menerangkan pengertian Jihad di dalam Islam yang banyak diselewengkan oleh golongan orientalis walaubagaimanapun beliau sebagai seorang scholar Islam tidak menafikan ada golongan orientalis yang bercakap benar berkenaan Jihad ini.

WaAllahuallam
Abu Mujahid
Ipoh

Friday, December 18, 2009

Bila bertemu sahabat-sahabat lama.........








Notsaljia...!!

Seorang sahabat
umpama catatan sejarah dlm perjalanan
Bertemu kerana Allah
Bermuayasah demi mengukuh cinta dan pengorbanan
pada Allah & Rasulnya
Berpisah juga kerana Allah
Tiada yang lain yang didambakan
Rahmat & kasihNya di sana.............!!

18-19/12, Ummi amat gembira. Ummi jumpa ramai sahabat lama. Yang sama-sama di awal2 dulu mengenal dakwah dan tarbiah. Memahamai dan menghayati erti sebenar tuntutan persahabatan kerana Allah.

20 tahun dulu Ummi berjumpa mereka. Semua muda belia. Berlari, bekerja amat pantas dan kuat. Kerana kami semua muda belaka. Punya tenaga dan stamina fizikal yang gagah.Minda cerdas sepantas pergerakan tingkah laku.

Sekarang.....
Semangat ...masih membara. Minda masih matang dan wibawa terserlah. Pantas kerana ramai yang sudah hebat-hebat di arena kerjaya dan khidmat masyarakat bahkan nasional serta antarabangsa. Heemmm........terasa nikmatnya ..
Namun di samping kehangatan semangat yg tak padam, jiwa yg membara, tawakkal dan kesabaran yang tinggi...Ummi teringat sahabat-sahabat yang sudah tiada lagi.....!!

Tiada mereka...kerana sedang sakit dan uzur, sedang sebok dan memilih perjalanannya sendiri. Ramai pula yang telah menemui Pencipta....
Namun amat ummi kagumi , sahabat-sahabat yang telah amat berusia...namun Allah beri peluang dan ruang serta keupayaan untuk terus istiqamah ..merapatkan ukhuwwah dan mengukuhkan organisasi....

Ya Rabb..Taqabbal minna wajngalna min Ibadika Solihin...

Ummi Mar.

Wednesday, December 9, 2009

Ustazah....Saya sedang Bercinta, Apa komen Ust..

Cinta & Remaja...!!
Benarkah Cinta itu Indah..?
Perlukah setiap remaja melalui Alam Bercinta..?

"Dialog murid & guru GBKSM"

Ahmad (bukan nama sebenar) seorang murid yang lampai. Berkulit putih cerah.Baru di tingkatan dua. Antara murid di kelas cemerlang. Wajahnya handsome. Mudah tersenyum. Ringan tulang membantu cikgu. Berbudi bahasa orangnya. Anak sulung lelaki di dalam keluarganya. Memang 'pantas' peribadinya sebagai ahli "Rakan Membantu" di sekolah Ummi.

Suatu hari dia bertemu ummi di bilik UBK sekolah.

" Ust sebok ..? jika ust lapang saya ingin nak berbincang sesuatu". Ahmad meminta izin pada Ummi hari itu. Setelah Ummi memberi keizinan Ahmad terus melabuhkan punggungnya di sofa panjang di ruang tamu Bilik Ummi bertugas. Duduk di sofa sisi sambil menunggu Ummi menghabiskan sedikit tugasan yang sedang dilakukan. Setelah itu, Ummi menutup notebook dengan kemas. Tujuan Ummi untuk memberi perhatian yang sewajarnya ketika bercakap dengan Ahmad nanti. Memberi perhatian kepada klien sepenuhnya merupakan antara teknik yang wajib seorang kaunselor memahami dan menggunakannya ketika mengadakan sesi terapi.

Setelah bertanya Ahmad apa yang ingin dibincang , inilah antara dialog antara Ummi danAhmad. Moga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan.

Ahmad, "Apa pandangan ustazah. Saya rasa.. saya sedang bercinta".

Ummi, "Ooo...Ahmad dah besar...!". Sampuk Ummi memahami perubahan dirinya. " Betul...Ahmad sedang bercinta..?".Soal ummi ingin kepastian.
" Eeh..saya rasalah..". jwb Ahmad sambil tersenyum malu-malu.
"Macam mana Ahmad yakin Ahmad dah jatuh cinta..?". Soal Ummi menduga.
" Sebab rasa ingin nak jumpa,bercakap dll". Terang Ahmad lanjut. " Oooh..rasa rindu..?" Ummi terus meneroka perasaan Ahmad. Ahmad mengangguk tanda setuju. Matanya berkaca-kaca. Senyum simpul pula. Fikirannya jauh, seolah-olah mengenangkan sesuatu.

Ummi," OK sejak bila Ahmad mula bercinta...?". " Tahun lepas lagi. Tapi agak serius awal tahun ini. 2009 ni lah". Terang Ahmad lagi dengan ramah.

" Dengan siapa gerangan gadis tu Ahmad..". soal Ummi lanjut. " Pelajar di sekolah lain. Di sebuah SMK di Pulau Pinang ". " Oo..jauhnya ...macam mana ahmad boleh kenal dia..?" Soal Ummi lagi. "Dulu dia dan keluarganya pernah tinggal di Lembah Kelang. Ada satu program tu kami jumpa di situlah.". Terang Ahmad terus terang. "Sekarang masih berhubung lagi..?" Ummi menduga lagi. "Sekarang dah tak. Sebab saya putuskan. Diapun dah tak hubungi saya lagi". Jawab Ahmad bersahaja.

"Ahmad Kecewa..?". Soal ummi menyelami perasaan Ahmad akibat tindakannya. " Eeerr..Entah lah..". Jawab Ahmad sambil merenung jauh, selepas itu tersenyum dan memandang tepat wajah Ummi. Tampak wajahnya bersahaja semasa menberi jawapan itu. Pada pandangan Ummi tidaklah Ahmad menunjukkan rasa kecewa. Tapi mungkin ragu-ragu.

"OK..sebab apa Ahmad putuskan..?". Ummi terus ingin tahu. " Sebab saya rasa payah la ustazah. Tak baik kot.Entahh..."." Ooo..... Dulu kenapa Ahmad bercinta ya..?".Soal Ummi lagi ingin tahu.
" Dulu tu..suka-suka. sebab terikut kawan-kawan.". Ramai juga kawan-kawan yang ada special ustazah" So saya pun rasa mcm ingin nak ada juga...". Jawab Ahmad sambil tersenyum memanjang. Tangannya sekejap digenggam dan dibuka. Tampak wajahnya riang semasa bercerita. Agaknya mengenang bagaimana saat dia berkenalan sehinggalah 'jatuh cinta' . Itu agak Ummilah.

Namun Inilah realiti remaja yang sedang merasai perubahan diri. Perubahan fizikal,emosi dan rohani. Segalanya berubah. Rakan sosial juga berbeza dengan semasa kanak-kanak. Jika semasa kanak-kanak dulu bergaul berlainan jantina hanyalah rakan bermain, bila remaja sudah malu-malu bila bertemu. Jika dulu rakan berkongsi di kalangan sama jantina, bila dah remaja ingin atau suka perhatian dari berlawanan jantina pula.

Banyak perubahan yang mula disedari di peringkat umur ini. Dikata juga, zaman ini zaman mencari dan membina identiti kendiri. Jika betul bimbingan, panduan dan pembelajaran yang diperolehi mudahlah ia menjadi remaja yang baik budi pekerti. Kebijaksanaanlah yang dapat dilihat. Ditambah pula perhatian dan bantuan ibubapa yang sentiasa berjaya menjadi rakan remaja, pasti anak remaja tetap ingat pesan dan nasihat.

Namun, tidak semua bagai yang dihajati. Lantaran pelbagai faktor mengelilingi diri. Ledakan maklumat ,rakan dan sahabat, persekitaran dan budaya yang juga berubah. Semuanya menjadi bukan mudah bagi "seorang remaja Soleh/solehah". Ia bagai adunan yang susah untuk mengasingkan diri dari terbelenggu.

Lihat..!! Betapa Ahmad. Bagaimana akhirnya "terasa bercinta" hanyalah kerana keinginan suka-suka dan terikut rakan-rakan yang juga bercinta. Ianya dianggap aktiviti yang menyeronokkan. Itu.....hanyalah permulaan yang terjadi. Betapa ramai remaja yang selalu dipapar dalam majalah dan medi. Terjebak dalam 'cinta' akhirnya buta mata dan hati. Ramai juga yang binasa maruah, akhlak dan diri. Bahkan sejauh binasa nasab keturunan, keluarga, budaya dan agama juga. Segalanya kerana 'mengikut kata hati". Waliyazubillah hi min zalik.

Untuk seterusnya Ummi akan sambung lagi dialog Ummi dan Ahmad. Ummi selongkari Apa yang Ahmad tahu tetang cinta dan.... Apa kata Ummi mengenai Cinta..!!!

Di sini dulu..
Ummi Wardah
Bdr Puteri
* Memikir kenapa betapa ramainya insan yg 'sesat' dlm cinta.